Hari raya semakin hampir. Tak lama lagi masing-masing akan bercuti dan akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga atau ibu bapa.
Bagi mereka yang tidak dapat cuti, tentu sedih bukan? Namun mood raya kena teruskan juga. Teringin nak makan lemang tapi nak beli mahal dan adakala rasanya tidak seperti yang kita ingini. Jadi apa salah cuba buatnya sendiri.p
Jom kita cuba cara buat lemang yang cukup mudah, dengan menggunakan cawan. Kaedah ini dikongsikan oleh Zulena Ismail.
Hari raya dah dekat kan.. Kalau setakat beberapa orang je yang teringin nak makan lemang, bole cuba buat ni.. senang je..
Saya Bila2 teringin nak makan lemang, tapi yang makan saya sorang je so saya buat macam ni..
Ads
Ilmu dunia bole je diubah suai ikut mana yang memudahkan.. asalkan ada rupa lemang untuk yang teringin sangat nak makan.
Tapi susah nak cari boleh jer buat macam ni.. Tak dosa pun kan.. Pulut tu basuh dan tos sahaja. Santan tu Kalau nak sedap biar pekat sikit dan lebihkan sedikit.
Ads
Maksud saya, Isi Beras pulut JANGAN penuh dan JANGAN ketuk cawan untuk bagi mampat ye…Tapi santan biar atas sedikit dari paras pulut.. kukus selama 2jam..
Ads
Silalah buat.. mudah jer..
Kredit Resepi : zulena ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu Daging Masak Hitam menjadi antara hidangan yang cukup digemari ramai. Mempunyai rasa manis dan pedas serta berempah boleh membuatkan sesiapa pun makan bertambah. Apatah lagi jika dimasak sempurna hingga daging terasa lembut, memang puas menikmatinya.
Diakui untuk menyediakan menu Daging Masak Hitam ini terdapat pelbagai resipi dan salah satunya adalah resipi yang dikongsikan oleh Rusfaniza Abi Yazid yang nampak begitu menyelerakan.
Bahan-bahan:
2kg daging
kicap manis
kicap pekat
20 tangkai cili kering -dikisar
2 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
5-6 hiris halia
2 batang serai
5 biji buah keras
1 genggam kismis (sepatutnya guna kismis hitam, jika tiada guna sahaja yang kuning)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecik lada hitam
Cara Memasaknya:
1.Perap daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering yang telah dikisar.
2.Perap 2-3 jam.
3.Sementara tunggu daging kita blend bahan-bahan ini dulu.
Bekas biru
Kisaran bawang besar, bawang putih dan halia
Bekas pink
Kisaran serai, kismis, buah keras, jintan manis, lada hitam
4. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan.
5.Masukkan kisaran bawang dan tumis hingga garing.
6. Kemudian masukkan rempah blend pula, tumis hingga pecah minyak macam ni masukkan daging.
7. Guna api perlahan dan jangan letak air nanti daging keluar air dan masak sampai kering macam ni. Ikut kan tak payah tambah gula dan garam lagi dah ngam-ngam rasa tapi sebab saya suka manis letak juga 2 sudu.
Ekstra info : Nak kering macam ni api perlahan… 3 jam juga la tapi berbaloi puas makan
lepas panaskan hari ni makan lagi sedap… letak bekas kecil-kecil simpan dalam peti ais nak makan panaskan ja hampa
Setiap kali tibanya Syawal, bukan hanya pakaian dan juadah yang menjadi keperluan, malah sampul raya juga penting tau. Pemberian duit raya sudah menjadi acara wajib, tidak kira untuk anak-anak ataupun tetamu cilik yang datang berkunjung ke rumah. Jadi, kenalah ada sampul kan.
Jika sebelum ini anda hanya membeli, apa kata kali ini jimatkan bajet raya anda dan buat sendiri. Tak susah pun, hanya dengan kos RM5 sahaja, anda boleh dapat 120 keping sampul duit raya. Cukup berbaloi kan!
Jom tengok perkongsian dari Maznabilah Mahamed ini. Selamat mencuba ibu-ibu semua!
Harini nak share cara nak buat sampul duit raya. Sangat senang. Semua orang boleh buat. Yang penting jimat.
Zaman ni kena la berjimat cermat. Kalau beli RM3 baru dapat 8 keping. So tak payah nak membazir sangat sebab ending dia dalam tong sampah jugek. Isi dalam tu penting.
Satu packet ada 10 keping kertas pembalut hadiah. Satu keping kertas pembalut hadiah dapat 12 keping sampul raya. Jadi, 10×12=120 keping sampul raya dengan harga RM4-7
Bahan-bahan
1. 1 Gulung Kertas pembalut hadiah
2. Pisau
3. Gam
Cara membuat:
2. Setelah itu, potong menggunakan pisau dan jadikan ia4 keping macam dalam gambar.
3. LIpat kepada 3 bahagian. Pastikan ia sama ye. Kemudian potong. Jadi 3 keping macam dalam gambar tu. 3×4=12 kan. So dapat 12 keping sampul raya. Ngam ngam je tak membazir.
4. Lipatkan bahagian kanan dan bawah. Lipat kecik je macam dalam gambar. Kemudian lipat macam gambar sebelah tu.
5. Bahagian atas dipotong sikit. Kemaskan ia untuk dilipat dan dijadikan penutup.
6. Kemudian, sudah boleh gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantik.
7. Sudah siap
Tip:
♥ Nak lagi murah, beli pembalut hadiah secara borong jika dibandingkan beli satu-satu. Contohnya 10 gulung baru dalam anggaran harga RM4- RM7. Murah kan!
♥ Nak lagi cantik letak dolly paper. Ni kertas lain. Memang beli banyak corak. Dolly paper ni RM3 je 100 keping. Kat Mydin pn ada.
Untuk ibu-ibu semua, kalau nak rasa suasana #Betulbetulraya, jomlah datang beramai-ramai ke Karnival Karangkraf bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. karnival ini berlangsung pada 1-3 JUn 2018 bermula jam 2.00 petang – 2.00 pagi. Banyak aktiviti menarik yang #BetulBetulBest. Malah ada juga jualan barangan raya yang #BetulBetulViral dengan 50++ jenama online tekenal di sini. Nak tahu lanjut boleh lihat di poster ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap daripada kita pasti teruja melawat keluarga atau rakan terdekat yang baru melahirkan bayi. Namun dalam keterujaan menziarahi ibu baru bersalin dan bayi baru lahir, ada beberapa perkara yang perlu dipandang berat. Lebih-lebih lagi situasi sekarang yang mana wabak Coronavirus (Covid-19) tengah melanda negara kita.
Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Prince Court ketika sesi live bersama Majalah Pa& Ma menegaskan, langkah keselamatan amat penting dalam memastikan ibu dan bayi baru lahir selamat terutama apabila dibawa pulang ke rumah.
“Mana-mana hospital mengambil langkah ketat terutama dalam mengurangkan orang ramai melawat. Dalam keadaan sekarang, lebih baik kita elakkan dan kekalkan jarak atau pengasingan demi keselamatan baik ibu, bayi dan juga ahli keluarga lain. Tak perlu ada lawatan secara fizikal. Memandangkan sekarang teknologi canggih, jadi memadai kita berhubung melalui telefon baik video call dan sebagainya.
“Bagi ibu-ibu yang sudah mengeluarkan belanja membayar untuk perkhidmatan menjaga kita dalam pantang, dalam situasi sekarang kita tak tahu bagaimana dengan orang itu, datang dari mana, sama ada membawa virus dan sebagainya. Jadi lebih baik elakkan.
“Ada ibu-ibu yang cakap lepas bersalin kena mengurut, itu hanya amalan dalam budaya orang kita sahaja kononnya untuk buang angin dan sebagainya. Kalau nak juga mengurut mungkin minta tolong ahli keluarga terdekat. Misalnya jika ada ibu yang kebetulan tinggal bersama ataupun suami yang bantu,” ujar Dr Maiza lagi.
Dalam pada Itu Dr Maiza menegaskan soal suami nak teman isteri bersalin dalam tempoh PKP ini, mengikut garis panduan (Kementerian Kesihatan Malaysia) KKM tidak menggalakkan berbuat demikian.
“Ada pihak hospital swasta membenarkan dengan syarat kedua-dua telah melakukan ujian covid dua hari sebelum bersalin. Jika negatif maka dibenarkan. Tetapi untuk menjaga keselamatan semua, tidak dibenarkan suami menemani di bilik bersalin. Ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Ibu kena lebih paranoid
Dalam pada itu, Dr Maiza turut menggariskan beberapa langkah keselamatan sewaktu membawa pulang bayi ke rumah.
“Apabila nak pulang ke rumah, ibu-ibu sendiri kena jadi ‘lebih paranoid’. Semua tak bersih sehingga kita sendiri yang bersihkan. Biasanya di hospital yang tiada kes memang terjamin tetapi tak salah kita sentiasa berjaga-jaga.
“Sebagai contoh, panduan sewaktu menekan lif atau memegang peralatan di hospital dan sebagainya. Tak perlu jemput atau benarkan ramai-ramai datang untuk menjemput kita dari rumah. Balik rumah terus, tak perlu singgah mana-mana. Sampai sahaja di rumah terus masuk bilik. Benda pertama buat adalah basuh tangan dan lepas tu nak mandi boleh dan minta tolong suami dalam hal ini.
Kena alert dan jaga diri
Sementara itu ketika ditanya mengenai pemeriksaan rutin yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu mengandung, Dr Maiza memberitahu rutin tersebut boleh dilakukan seperti biasa.
“Mungkin ada ibu-ibu yang takut nak ke klinik memandangkan bimbang dijangkiti, tapi usah risau kerana pihak klinik sudah mengambil langkah-langkah melakukan keselamatan. Pakai mask jika selesema atau batuk. Jika tiba-tiba batuk ketika sampai di klinik, ikut etika atau cara batuk yang betul. Jangan harapkan kepada doktor dan petugas kesihatan semata-mata. Kita sendiri kena alert dan menjaga diri.
“Jika anda pulang ke kampung, jangan lupa sentiasa bawa buku check up anda. Tolong jujur apabila anda mengalami apa-apa simptom atau kontak dengan mereka yang positif. Jangan risau pihak petugas dan doktor akan memeriksa anda dengan baik. Rawatan tetap sama seperti biasa cuma mungkin dalam kes sebegini doktor atau petugas kesihatan akan memakai pakaian PPE demi langkah pencegahan untuk bayi serta orang sekeliling.
“Bagi ibu-ibu yang bergejala dan positif covid-19, ia tidak akan menjangkiti bayi dalam kandungan. Dari segi pemerhatian saintifik tidak ada pemindahan virus dari ibu kepada bayi. Cuma mungkin ada ‘kontak’ di mana si ibu yang positif covid dan menyusukan bayi. Tetapi si ibu tidak memakai perlindungan seperti masak dan terbersin atau batuk. Secara tidak langsung bayi berkenaan terkena jangkitan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di