Susu pekat antara barangan ‘wajib’ ada di dapur. Sama ada untuk digunakan dalam minuman, kuih muih atau masakan lain. Sebab itu, harganya boleh tahan juga jika dibeli di kedai kan.
Nak belajar buat sendiri susu pekat? Tak ada masalah, ini mudah je. kali ini admin kongsikan cara buat sendiri dengan menggunakan tiga bahan je. Mudah dan cepat siap.
Cara buat susu pekat ini hasil perkongsian dari Zan Zafirah Zainal ni. Senang je, cuba ni!
Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya. Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Ads
Cara buat:
Campur semua bahan dalam pengisar dan kisar selama 3 minit. Siap!
Pastikan pengisar berhenti selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
Setiap hari masuk dapur, perkara pertama yang ibu-ibu fikirkan mesti menu kan. Kadang-kadang buntu juga apa yang nak dimasak.
Nasi Beriani memang sedap tapi ada yang anggap cara buat agak leceh. Sebenarnya ada je resipi yang ringkas tapi cukup membuka selera.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh puan Nuryusra Ibrahim Kutty ini cukup ringkas cara menyediakannya tapi sedap. Nasi Briyani Ayam Sorok
Bahan untuk perapan
1ekor ayam
2sb serbuk kunyit
2sb serbuk cili
2sb serbuk kari ayam
4sb yogurt
Perap sebentar ke semua bahan di atas
Cara-cara
Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis.
Kacau seketika.
Kemudian masukkan tomato,cili hijau,cili padi dan garam secukupnya.
Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata.
Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas.
Jaguh Basikal Negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang, yang baru-baru ini menjalani pembedahan jantung di Australia.
The Pocket Rocketman itu dikatakan mengalami masalah yang dipanggil ‘anomalous aortic 0rigin of right coronary artery’ (AOORCA).
Sebelum itu, Azizulhasni mengadu mengalami sakit dada pada Februari lalu dan dirujuk kepada pakar jantung di Melbourne, Dr Barveen Aisha untuk pemeriksaan lanjut. Dia kemudian menjalani pembedahan di Hospital Epworth Richmond di Victoria, Australia pada 21 April.
“Anomalous Right Coronary Artery
“Saya tak rasa apa-apa ke dari kecil? Kenapa baru sekarang rasa symptom dia? Macam mana boleh tiba-tiba nak buat screening?
“Bercakap pasal symptom ni agak panjang ceritanya, tapi jika dipendekkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya semakin kuat dan jelas lagi-lagi ketika saya membuat persiapan ke Sukan Olimpik. Ketika itu saya ingat semua tu adalah disebab oleh proses umur yang semakin meningkat.
“Semuanya bermula apabila saya kembali berlatih selepas tamat Sukan Olimpik. Selepas pulang dari satu sesi latihan tu, saya rasa sakit dada yang teramat dan tidak pernah saya alami situasi seperti itu. Saya tahu kali ini bukan biasa-biasa kerana symptoms dia adalah lain daripada yang lain.
“Isteri saya kerisauan dan memaksa untuk terus ke hospital kerana tanda-tanda itu sedikit seperti serangan jantung. Saya ni boleh pula memilih untuk pergi selepas dah selesai solat Isyak atas alasan nak selesaikan kewajiban dulu serta saya juga tahu mesti akan lama punya kena tahan nanti. Mengamuk member.
Tambahnya lagi, doktor mengesan ada kelainan pada keputusan yang diperoleh membuatkan pelbagai ujian dilakukan untuk mengetahui lebih lanjut.
“Akan tetapi doktor di wad kecemasan telah mengesan sesuatu yang agak berlainan sedikit pada graf keputusan ECG saya. Dari sinilah doktor keluarga saya (family GP) iaitu Dr Ati memainkan peranan penting pada peringkat awal untuk merungkai apakah permasalahan yang sebenarnya.
“Saya berada di wad kecemasan hampir 5jam, mereka melakukan pelbagai ujian dan hasilnya tidak pun menunjukkan yang saya telah mendapat serangan jantung. Tidak ada peningkatan Troponin dalam darah yang menjadi salah satu tanda kalau mendapat serangan jantung,”ujar Azizulhasni lagi.
“Masa pertama kali mengetahui yang saya ada kondisi ni, doktor pakar jantung terkejut dan kata ‘someone look after you and you’re so so lucky’. Ini bukan kali pertama saya terima kenyataan seperti ini. Waktu pertama kali dahulu adalah ketika kaki saya tertusuk kayu di Manchester.
“Doktor tu kata kalau saya seorang manusia biasa yang tidak aktif pun risiko dia dah tinggi, apatah lagi apabila rutin harian saya sentiasa berlatih di tahap intensiti tinggi dan berlumba di peringkat dunia termasuklah Olimpik Tokyo baru-baru ini. Tidak ada mustahil jika Allah mengkehendakinya ujar saya.
“Keadaan saya ini ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa. Doktor juga bagi perumpaan yang melintas jalan raya, kemungkinannya untuk selamat adalah lebih tinggi dari situasi kondisi jantung saya ini. Yang mana faham, mereka fahamlah. Saya memang pasrah waktu tu.
“Saya boleh mati pada bila-bila masa, bayangkan kalau korang dapat berita macam tu. Doktor nasihatkan saya untuk berhenti berlatih dahulu buat seketika waktu sebelum membuat diagnosis kedua untuk ‘double check’.
“Akan tetapi saya sedikit degil, masih teruskan latihan seperti biasa sebab memikirkan Sukan Komanwel tinggal berapa bulan je lagi. Waktu tu juga hemat saya, kalau saya akan mati ‘anytime’ pun, saya nak buat apa yang saya nak buat dulu.
“Saya nak manfaatkan Ramadhan sepenuhnya, teruskan aktiviti kegemaran saya iaitu berkayuh dan setiap hari saya luangkan masa sepenuh-penuhnya dengan isteri dan anak-anak seperti tiada hari esok. Tanpa anak-anak tahu yang abi nya mungkin akan pergi pada bila-bila masa.
“Apa yang kita boleh belajar dari perkongsian saya hari ini? Terus melakukan ‘full screening’ jika anda mempunyai symptoms atau masalah berkaitan jantung kerana ianya adalah ‘life threatening situation’. Kalau anda dinasihatkan untuk berehat maka berehatlah dan janganlah memilih untuk memperjudikan nyawa anda,”kongsi Azizulhasni menerusi laman instagramnya.
Sejak tular wartawan cilik yang petah melaporkan penemuan seekor ular sawa baru-baru ini, adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf kian dikenali ramai.
Kesungguhannya membuat laporan secara LIVE serta lancar percakapannya telah menarik perhatian netizen.
Lebih menarik apabila apabila Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra di sapa Pak Nil turut memberi padangan mengenai adik bertuah ini.
Pak Nil yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan kagum melihat bakat semulajadi adik itu yang mempu berkomunikasi secara spontan bagaikan orang dewasa.
Dalam pada itu, Pak Nil juga percaya bahawa jika diberi latihan dengan sempuran secara berterusan pasti hasilnya akan lebih membanggakan.
Tidak lupa, Pak Nil juga menasihati ibu bapa diluar sana agara memberi galakan kepada anak-anak untuk bercakap semenjak kecil lagi agar komunikasi menjadi lebih baik.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.