Kediaman Jenis Ruang Tamu Memanjang, Bersambung Hingga Ke Dapur, Ini Idea Cara Dekorasi
Apabila keluasan kediaman terhad jadi idea hendak menghias kediaman pun jadi sedikit ‘terbantut.’ Serba-salah dibuatnya terutama ketika hendak membeli perabot. Perhiasan pun harus yang minimum sahaja. Tak perlu banyak sampai penuh ruang sampai nampak lagi sempit.
Bagaimanapun faktor ini bukanlah halangan untuk kita menghias kediaman. Ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan agar kediaman dengan ruang memanjang kelihatan menarik.
Berikut perkongsian Adawiah Burhanuddin
“Saya kongsikan deko hall rumah kami. Hall memanjang sambung terus ke dapur. Semoga dapat memberi idea kepada yang sedang mencari-cari idea untuk deko hall.”
BERIKUT DIKONGSIKAN BEBERAPA TIP BAGAIMANA UNTUK MENGHIAS RUANG TAMU JENIS MEMANJANG
BERIKAN RUANG BANYAK CAHAYA
Biasanya ruang yang memanjang terutama kawasan yang paling jauh dari tingkap akan kelihatan gelap. Gunakan langsir yang agak nipis untuk mendapatkan cahaya sebanyak mungkin.
GUNAKAN WARNA PUTIH
Ini adalah muslihat yang berfungsi untuk semua ruang yang kecil. Warna putih membantu memberikan efek luas dengan dibantu dengan pencahayaan yang baik. Gunakan warna putih sebagai asas contohnya dinding. Adunkan bersama perabot dan hiasan rona tanah. Semasa menambahkan warna, lebih baik memilih nada pastel ringan yang memberikan mood ceria tanpa mengurangkan cahaya.
GUNAKAN PERSPEKTIF
Jalur adalah kaedah perspektif yang membantu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Boleh juga buka tingkap bagi memastikan ruang ini mendapatkan cahaya natural.
TELEVISYEN ‘LEKAT’ DI DINDING
Televisyen yang ‘dilekatkan’ pada dinding sangat menjimatkan ruang. Rak televisyen hanya digantung pada dinding. Banyak ruang banyak dijimatkan apabila tiada rak televisyen yang diletakkan di atas lantai.
PILIH SOFA YANG SESUAI
Ruang tamu yang memanjang sukar dihiasi dan anda harus memilih elemen yang benar-benar penting sahaja. Sofa juga mesti memanjang dan hampir lebih baik tanpa chaise longue.
RUANG MAKAN
Letakkan set meja makan (meja makan dan kerusi) yang kecil sahaja pada ruang kediaman yang memiliki keluasan memanjang. Banyak ruang boleh dijimatkan apabila set makan makan dipilih daripada set yang serba ringkas dan saiz yang kecil.
CERMIN PADA DINDING
Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan ruangan kelihatan lebih luas. Pantulan cahaya cahaya menjadikan ruangan memanjang tampak lebih luas. Cermin sangat membantu kita mewujudkan cahaya dan ‘kelapangan’ pada sesuatu ruang.
Sumber: Adawiah Burhanuddin