Setiap kali memuat naik gambar si kecil ini, pasti mendapat perhatian ramai. Wajahnya yang comel dengan senyuman manis memikat mata yang memandang. Rizqaa Rizman, buah hati pengarang jantung kepada pasangan Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya.
Terbaru, wajah si kecil ini tampak cukup manis mengenakan baju kurung yang pastinya direka khas oleh si ayah yang merupakan pereka fesyen terkenal.
Tampil sedondon bersama si ibu, wajah Rizqaa menjadi tumpuan dalam majlis tahlil yang berlangsung serentak dengan majlis aqiqah yang diadakan oleh ayahnya baru-baru ini.
Ads
Selain wajah comel Rizqaa yang tampil dengan busana rona merah jambu cair, dihiasi skaf dan reben kecil dikepala membuatkan dia cukup manis.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BEGINI CARANYA!
1. Rajin small talk
Takkan panggil anak time nak marah je. Kalau tak marah tak boleh sembang ke? Sepatutnya small talk kena lebih banyak dari marah..
2. Tanya pendapat
Kakak rasa merah atau pink cantik? Sekali sekala tanya pendapat anak. Tak kisah apa pun perkara, asalkan ada supaya anak tu rasa suara dia didengari..
3. Utamakan anak
Tengah basuh pinggan, anak panggil toleh kejap. Jangan kata “Nak apa, tak nampak ibu sibuk!” Sesungguh tiada sibuk yang lebih bermanfaat melainkan sibuk melayan anak anak.
4. Penuh kasih sayang
Tiada yang lebih menambat hati anak anak melainkan kita layan dia dengan penuh kasih sayang. Tak kasar, tak keras & tak kesat..
5. Marah untuk mendidik
Ya, bonding akan makin kuat apabila ada marah dengan tujuan mendidik dia. Kita buat dia jadi pandai, ofkos dia makin percaya & yakin pada kredibiliti keibubapaan kita..
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perkongsian bapa bernama Basri Husin pasti memberi inspirasi kepada orang lain baik yang normal mahupun Orang Kelainan Upaya untuk mengejar cita-cita dan berjaya tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai satu penghalang.
Semangat dan dorongan isteri antara pembakar semangat buat bapa kepada dua anak ini. Jom baca kisah lelaki ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada kisah hidupnya ini yang mungkin berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
KALAU TIDAK BUAT UNTUK DIRI SENDIRI, BUATLAH UNTUK ANAK-ANAK
Takdir berkerusi roda sudah lama ku terima. Masakan tidak, banyak aktiviti setelah berkerusi roda aku ceburi. Dari memandu, berskuba sehinggalah umrah. Semuanya boleh dilakukan.
Namun untuk kembali menulis tesis amatlah sukar. Hendak menjeling tesis pun malas apatah lagi hendak menyiapkan saki-baki bab penulisan.
2 Semester berlalu begitu sahaja. Aku daftar agar tidak luput pencalonan. Aku daftar kerana nak ambil hati semua orang. Padahal tesis tidak berjalan. Aku tidak menulis pun!
Aku masih mencari kata-kata sakti. Kata-kata yang melonjak motivasi diri. Yang mendorong dengan tindakan. Bukan yang sekadar khayalan.
Segala pujukan dan kata-kata dorongan orang sekeliling aku terima. Tetapi tidak dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan.
Seperti biasa, isterilah tidak jemu-jemu memujuk. Sehinggalah suatu hari, pujukan itu berbentuk sentapan. “Baba,buatlah tesis”. Lantas aku segera jawab “buat apa nak buat tesis lagi, aku kan dah lumpuh, ”. Sungguh beremosi aku pada haritu. Tak tahu entah kenapa.
Riak isteri sudah berbeza, tutur katanya sedikit tinggi tetapi tersentap terus ke dalam jiwa. “Ye memang awak dah lumpuh, jadi buat sesuatu yang buat anak bangga, memang kaki awak tak boleh begerak, tapi otak awak boleh pakai lagi”.
Beliau meneruskan leterannya, kali ini kata-katanya luar biasa. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk anak-anak”. Beliau terus ke dapur meninggalkan aku dengan kata-kata tersebut.
Tersentak!
Sambil melihat anakku diruang tamu, air mataku tiba-tiba bergenang.
Kata-kata ini sungguh keramat diungkapkan oleh isteri. Ia bagaikan satu dorongan untuk terus berusaha demi kepentingan anak-anak. Memang itulah yang aku cari, sekiranya aku tak nak buat untuk diriku, buatlah demi anak-anak. Biar mereka membesar dengan penuh semangat dan motivasi. Motivasi yang tidak akan melumpuhkan semangat mereka kerana mereka mempunyai bapa yang bersungguh-sungguh untuk masa hadapan mereka.
Ia juga sebagai senjata dan persediaan sekiranya kawan-kawan ingin buli mereka berdua. Berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
Pada usia Humaira dan Firdaus yang masih muda. Mereka tak mengerti apa-apa yang mengapa babanya berkerusi roda. Aku yang berkerusi roda tidak di anggap sebagai orang sakit. Kerana aku mengubah pemikiran mereka. Berkerusi roda tapi boleh buat apa sahaja. Dari memandu, pergi umrah sehinggalah berskuba. Namun aktiviti tersebut sekadar aktiviti biasa.
Menghabiskan PhD akan membuat mereka lebih bangga.
Saat paling menggembirakan anak-anak adalah apabila aku kembali memandu dan menghantar mereka berdua ke sekolah. Wajah mereka bertukar ceria.
“Yay!!! Baba hari ini Baba hantar saya ke sekolah”. Pernah aku bertanya, “Humaira malu ke Baba hantar pergi sekolah? Nanti kawan-kawan cakap “ayah awak cacat” pakai kerusi roda.”
“Tak! Saya suka, Ayah saya walaupun pakai kerusi roda dia buat PhD di UM.” Kata-kata ini ku ingat kembali.
Aku dapat rasakan, dia akan kecewa sekiranya aku abaikan pengajian. Semangatnya pasti luntur pada masa hadapan.
Itulah antara semangat untuk aku siapkan pengajian walaupun pada mulanya selepas lumpuh dah taknak lagi pandang tesis. Mereka mengajar dan memberi semangat kepada diriku sebagai seorang bapa yang perlu memikul tanggungjawab membesarkan mereka walau apapun perkara yang terjadi.
Aku sedar aku perlu menjadi hero kepada mereka. Hero untuk masa depan mereka. Hero dalam membesarkan mereka.
Menyedari hakikat ini, langkah demi langkah aku teruskan tanpa menoleh kebelakang. Terus fokus pada kajian. Biar sedikit kesusahan pada hari ini, membawa erti yang besar pada mereka.
Kini, mereka boleh berbangga. Walaupun berkerusi roda banyak benda boleh dilakukan. Yang paling penting memori ini akan berkekalan.
Terima kasih buat isteri yang menyentap jiwaku. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri buatlah untuk anak-anak”.
Beginilah perasaan apabila keluar dari dewan konvokesyen selepas majlis graduasi PhD 2018 di UM. Diberi penuh penghormatan dan sokongan. Selalunya pergerakan wheelchair dilakukan sendiri, tetapi hari ini semuanya diraikan dengan rasa penuh hormat. Suatu moment yang sukar untuk dilupakan.
Posted by Basri Husin on Saturday, October 20, 2018
Sering kita dengar bila seseorang itu mengamalkan minum air rebusan harba daripada ramuan terpilih, ternyata ia bagus untuk tubuh badan. Selain seseorang itu nampak bertenaga malah banyak manfaat yang dirasai oleh pengamalnya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu, berkongsi khasiat amalam minum air rebusan pandan yang dicampur dengan bawang putih dan serai.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Petua Air Rebusan Pandan, Bawang Putih Dan Serai
Bahan-bahan:-
3 batang serai
2 daun pandan
3 ulas bawang putih
3 gelas air
Cara membuat air rebusan ini:-
2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.
3. Kemudian masukkan daun pandan dan bawang putih. Didihkan sehingga menyusut separuh dan tutup periuk.
Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa.
Cara minum:-
Minum air rebusan ini setiap hari pada bila-bila masa.
Kalau yang sakit lutut, nak keluarkan angin dalam badan, lembutkan urat, hilangkan peluh berlebihan dan kuman dalam darah. Boleh amalkan pagi selepas sarapan dan petang
Boleh letakkan dalam peti ais dan minum sepanjang hari. Insha-Allah berkesan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.