Kehadiran cahayamata menjadi penyeri buat pasangan suami isteri. Setiap hari perkembangan anak bagaikan momen yang amat manis.
Bagi pasangan yang pertama kali mempunyai cahayamata, sudah tentu teruja dengan apa jua aksi anak tersayang.
Begitulah detik manis yang dilalui pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, yang bersama anak sulung mereka, Isaac Raees.
Menerusi perkongsian, terbaru di Instagram miliknya, Zahirah meluahkan rasa teruja apabila hari ini anaknya telah berusia tiga bulan. Lebih menarik apabila buat pertama kali anaknya mula ketawa.
Begitulah sikap wanita apabila sudah bergelar ibu.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, peminat Zahirah kelihatan juga teruja melihat perkembangan permata hati selebriti terkenal ini. Antara komen adalah;
Ads
“Pejam celik 3 bulan dah. Moga membesar dgn sihat ya isaac.”
“cheeky nya muka dia.. suka smile.”
“Wow.. Dagu dia.”
Ads
“Eeeeeeii gerammm cutee laa isaac niii 😍❤ kalau dpt kat aunty ni nak gomol ii je diaaa🤭”
Personaliti media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi berita gembira apabila isterinya Syafiqah Aina kini sedang hamil anak kedua mereka.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi satu video di Instagramnya.
Pengasas jenama Aaina Beauty dan Aaina Clinic Dalam kapsyennya memberitahu, isteri kesayangannya itu mengalami beberapa simptom hamil yang agak teruk bagi kehamilan kali ini.
Malah, Hafiz turut memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi yang sudah diberi nama sebagai Rayqal.
“Lain sangat Pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yang kuat
Lately ini, Kalau saya nak manja/duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya,” kongsinya lagi.
Biarpun berat hatinya untuk meninggalkan isteri disaat begini, namun Hafiz tiada pilihan. Sementelah dia terlibat komitmen kerjaya nya dan bertemu dengan usahawan-usahawan di bawah syarikat mereka.
Justeru, dia berharap agar Aina akan terus kuat mengharungi fasa kehamilan.
“Harini saya bergerak tour 1 Malaysia jumpa & train usahawan Ainaa. Ini rutin setiap tahun & Saya kena ada untuk mereka, ini tanggungjawab. Mungkin puasa nanti pun saya berada di Indonesia.
“Kalau terjumpa sahabat yang memerlukan, saya akan turun untuk bantuan juga. Saya bawa semangat anak saya.
“InsyaAllah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri checkup. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ini
“InsyaAllah, isteri Abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik,” ungkapnya.
Pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal serta suami Aeril Zafril sepakat untuk menukar nama anak keempat mereka.
Keputusan tersebut diambil selepas bayi lelaki yang diberi nama Jibril Ibtisam dikatakan kerap menangis
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, memberitahu, anak lelakinya itu asyik meragam dan menangis selepas diberikan nama yang menjadi pilihan Aeril sebelum ini.
Justeru, Pasangan ini sepakat untuk memilih nama Muhammad Fahri sebagai nama baru untuk putera bongsu mereka.
“Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu. Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut memilih untuk melakukan ibadat akikah buat kali kedua. Sebelum ini,mereka telah mengadakan majlis akikah dua minggu selepas Wawa bersalin.
“Saya cakap; asal sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari.
“Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan. Kiranya, dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama.” ujar Wawa lagi.
Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.
Izara Aishah hamil anak ketiga dan bakal menimang bayi perempuan lagi – namun kehamilan kali ini hadir dengan cabaran tersendiri apabila beliau mudah pening dan terpaksa tinggal puasa kerana kesihatan yang sedikit terjejas. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon jelita berusia 33 tahun ini yang kini sedang melalui trimester ketiga dengan penuh berhati-hati.
Walaupun kelihatan berseri-seri seperti kebiasaannya, Izara mengakui kehamilan kali ini lebih mencabar berbanding dua pengalaman terdahulu. Namun sebagai ibu, dia tetap bersyukur kerana hasil pemeriksaan doktor menunjukkan keadaan dirinya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik.
Menurut Izara, pada awalnya dia menyangka bakal memperoleh anak lelaki kerana perubahan minat yang dirasai kali ini agak berbeza daripada dua kehamilan sebelum ini.
“Dua kehamilan sebelum ini saya rasa sangat feminin. Tapi kali ketiga ini lain sedikit. Saya ingatkan lelaki sebab sekarang suka tengok sukan lasak, UFC, MMA, boxing… saya memang minat sangat Khabib. Rupanya girl juga,” katanya berseloroh.
Walaupun begitu, Izara dan suami menerima rezeki tersebut dengan hati terbuka. Malah dua puteri kesayangannya, Irisa Alaia dan Amara Amina, sudah tidak sabar menanti kehadiran adik perempuan baharu dalam keluarga mereka.
Antara cabaran utama sepanjang fasa Izara Aishah hamil anak ketiga adalah rasa pening sehingga hampir pitam, terutama apabila berdiri terlalu lama.
“Saya memang tak boleh berdiri lama. Rasa macam nak pengsan. Puasa pun sempat beberapa hari sahaja. Bukan tak nak, tapi memang tak larat. Doktor beritahu bayi sedang menyerap protein daripada saya. Kadang-kadang sampai terduduk. Jadi kalau rasa tak kuat, saya kena minum dan rehat,” kongsinya jujur.
Keadaan ini sebenarnya biasa dialami ibu hamil apabila tubuh memerlukan lebih banyak nutrien dan tenaga untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan zat besi atau tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan rasa pening dan lemah, terutamanya ketika memasuki trimester ketiga.
Sepanjang tempoh Izara Aishah hamil anak ketiga, beliau turut mendedahkan berat badannya kini meningkat kira-kira 10 kilogram. Namun begitu, dia memilih untuk tidak terlalu tertekan memikirkan soal perubahan fizikal, sebaliknya memberi fokus kepada kesihatan kandungan.
Menariknya, sepanjang tiga kehamilan, Izara tidak pernah mengalami alahan atau morning sickness. Perubahan paling ketara baginya adalah dari segi emosi.
“Saya memang jenis serius bila bekerja dan sangat profesional. Tapi bila orang ambil mudah atau kerja lambat sedangkan benda itu penting, memang saya cepat ‘trigger’,” jelasnya.
Perubahan hormon ketika hamil memang boleh mempengaruhi kestabilan emosi. Justeru sokongan suami dan keluarga amat penting bagi membantu ibu melalui fasa ini dengan lebih tenang dan positif.
Kini memasuki usia kandungan tujuh bulan, Izara Aishah hamil anak ketiga dan dijangka melahirkan bayi sekitar April, berkemungkinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dia berharap dapat bersalin secara normal seperti dua kelahiran sebelum ini sekiranya tiada sebarang komplikasi.
“Insya-ALLAH saya harap semuanya dipermudahkan. Setakat ini doktor maklumkan keadaan saya dan bayi baik. Cuma saya doa agar segala urusan sehingga hari kelahiran berjalan lancar,” katanya.
Untuk Aidilfitri nanti, Izara merancang menyambutnya di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Pulau Pinang pada hari raya kedua.
Sebagai rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan kini bakal menerima kehadiran puteri ketiga yang pastinya menambah seri keluarga mereka.
Semoga segala urusan Izara Aishah hamil anak ketiga ini dipermudahkan dan kehadiran si kecil nanti membawa lebih kebahagiaan buat seluruh keluarga tercinta.