Kalau anak tidak sihat tentunya orang yang paling risau kitalah sebagai ibu bapa. Tak duduk senang dibuatnya bila lihat suhu badan anak tinggi hingga mencecah suhu 39 C. Kalau boleh ingin segera diberi ubat agar cepat sembuh sepertimana saranan doktor.
Namun lain pula kisahnya yang dikongsikan oleh doktor ini berkenaan sikap segelintir ibu ayah yang juga merupakan kawannya, tidak membenarkan ubat demam dimasukkan melalui punggung dek kerana ada tanggapan yang salah berkenaan ubat tersebut.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Baru-baru ni, kawan saya dari Selangor hubungi saya. Dia kata anak dia demam tinggi dan tak kebah-kebah. Bila pergi ke klinik, rupanya positif jangkitan Influenza.
Doktor tu nak bagi ubat demam melalui punggung tapi kawan saya ni tak bagi.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Saya kata gini.
Ada 2 jenis ubat demam yang selalu diberi melalui punggung ni.
Yang pertama namanya Paracetamol.
Bila Paracetamol diberi melalui punggung, kita panggil ia sebagai Suppository Paracetamol.
Ads
Nama pendek dia Supp. PCM.
Yang kedua, namanya Diclofenac dan ia dibawah kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug).
Diclofenac pun boleh diberi melalui punggung dan nama pendeknya ialah Supp. Voren.
Ada 1 kajian yang diterbitkan di Jepun. Dia dapati kadar kematian meningkat bila ubat Diclofenac diberi pada pesakit yang positif jangkitan Influenza.
Jadi, dah jelas yang kita tak boleh bagi Suppository Diclofenac kalau positif jangkitan Influenza.
Saya nasihatkan dia untuk guna Supp. PCM sahaja.
Dos untuk Supp. PCM, kiraannya macam ni:
Umur 3 bulan – 11 bulan : 60 – 125mg
Umur 1 tahun – 4 tahun : 125 – 250mg
Umur 5 tahun – 11 tahun : 250 – 500mg
Selalunya, Supp. PCM datang dalam dos 250mg.
Ads
Jadi kalau anak umur setahun, boleh patahkan ubat Supp. PCM jadi dua dan beri separuh.
“Separuh lagi tu kau simpan. Lagi 6 jam, kau bagi lagi separuh tu kalau masih demam.”
Maksimum boleh bagi Supp. PCM 4 kali sehari dan ubat ni tak boleh ditelan. Kalau masih tak sihat, saya minta dia bawa ke klinik lagi.
Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya.
Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Anna’s Mall & Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apa yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita. Amalan diet yang seimbang dapat membantu menghindarkan stress. Stress yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita. Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil.
Stress boleh menyebabkan kehilangan/ kekurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium. Semasa stres, kita akan mudah untuk :
1. Mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
2. Melangkau waktu makan utama terutamanya sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta berkemungkinan besar untuk memilih makanan yang tidak berkhasiat.
3. Mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.
4. Mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan.
5. Mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan.
Diet yang seimbang dapat membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres. Kepelbagaian dan diet yang seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.
MAKANAN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN STRESS
1. Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
2. Sumber ikan, terutama ikan laut dalam seperti ikan salmon, mackerel (tenggiri, kembung) dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
3. Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.
4. Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.
5. Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.
6. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
7. Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.
TIPS MENGHINDARI STRES MELALUI PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP SIHAT
1. Tabiat diet yang tetap
Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.
2. Ambil diet seimbang
Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.
3. Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.
4. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.
5. Kurangkan gula
Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.
6. Berhenti dari pengambilan alcohol
Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stress.
7. Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang
Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stress. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
8. Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik
Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
9. Kekalkan berat badan
Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.
10. Hentikan tabiat merokok
Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres.
Secara umumnya, cecair antiseptik pembersih mulut digunakan untuk berkumur demi memastikan kebersihan bahagian ini lebih sempurna.
Namun begitu, melalui perkongsian Shairy Hanapiah beliau mendedahkan ada banyak lagi kegunaan cecair ini selain mencuci mulut. Memang awesome!
1. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah
Jika rasa malas hendak basuh tong sampah di rumah dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit cecair pencuci mulut. Kemudian, tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Cecair tadi akan menyerap bau tersebut.
2.Membasmi kuman pada mangkuk tandas
Cecair antiseptik ini bukan hanya boleh membasmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Caranya, tuangkan sedikit dan sental mangkuk tandas dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
3.Bersihkan skrin tv atau monitor komputer
Caranya semburkan sedikit cecair pembersih mulut ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
4. Membasmi kuman pada berus gigi
Berus gigi sering digunakan untuk menghilangkan kekotoran dan kuman pada gigi, tapi bagaimana pula jika berus gigi yang digunakan itu pula berkuman? Tuangkan sedikit cecair antiseptik ini ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi tadi selama 2-3 jam ia membantu mematikan segala kuman dan bakteria yang ada.
5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan cecair pembersih mulut ini dengan air dan semburkan ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
6. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Bagi anak-anak kecil yang sering digigit nyamuk atau semut. Boleh sapukan sedikit cecair ini di bahagian yang terkena gigitan serangga tersebut. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
7. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika telah mencuba pelbagai produk pencuci muka namun tidak berkesan, boleh cuba gunakan cecair antiseptik pula.Caranya, sapukan sedikit cecair ini ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Hasilnya, jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang.
8. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Ia akan menghilangkan bau busuk dan memberikan bau yang lebih segar.
9. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan cecair antiseptik ini secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya.
Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Apa yang penting ia lebih menjimatkan daripada membayar rawatan bagi kulit kepala di salun.
10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan cecair ini ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...