“Insya-Allah, serahkan pada Allah. Susunan Dia,” kata penyanyi Nourul Depp selepas berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.
Perkongsian sempena ulang tahun Mizan ke -25 itu disambut dengan gembira oleh rata-rata peminat Nourul apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria.
Lebih menarik, Maria turut meninggalkan komen yang mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik.
Ads
“Dia bersyukur dikurniakan teman wanita yang baik,” tulis Maria di ruangan komen.
Ads
Menerusi perkongsian Nourul di Instagram, dia mengaku gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan yang dianggap seorang jejaka jujur.
Ads
“Anak yang baik sebab dia ada mama yang hebat. Saya gembira dapat mengenali anda. Seorang jejaka jujur yang pernah saya kenali. Terima kasih kerana menjadi diri anda dan sentiasa mengambil berat mengenai anak saya,” tulisnya.
Selalunya kita akan mencari cara menyimpan duit atau menabung yang berkesan. Sebenarnya nak menabung ni kena betul-betul ada semangat untuk menyimpan. Kalau tak memang hasrat tak capai.
Ramai di luar sana telah cuba untuk menabung tapi akhirnya kecundang untuk melakukannya. Nak tahu cara sempoi, jom ikuti cara ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
7 CARA SEMPOI MENABUNG
1 Tetapkan matlamat tabungan anda
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan? Jika ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat. Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.
2. Tukar Gaya Hidup
Ramai antara kita suka gaya hidup yang mahal walaupun gaji cukup-cukup makan. Sepatutnya kita ubah gaya hidup dengan cara sederhana sahaja. Percutian memang diperlukan tetapi jika terlampau kerap, anda mungkin tidak dapat berjimat dan menyimpan. Amalkan “staycation” iaitu berehat dan melakukan aktiviti kegemaran di rumah.
3.Simpan rekod perbelanjaan anda
Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.
Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.
4. Menyimpan Sedikit-Sedikit
Mungkin ada antara kita yang merasa menyimpan duit sebanyak RM300 atau RM400 sebulan itu terlalu tinggi. Ia sukar dilakukan. Jadi simpan sikit-sikit namun konsisten.
Mungkin anda boleh menyimpan sehari RM1 atau RM2 dalam tabung. Masukkan ia dalam akaun simpanan atau Tabung Haji pada hujung bulan.
Dah ada duit lebih sikit, bolehlah tambah duit simpanan setiap bulan. Kalau boleh jangan simpan di satu tempat sahaja. Boleh juga simpan di ASB. Sekurang-kurangnya dapat juga dividen setiap tahun.
5. Berhenti menggunakan kad kredit
Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.
Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata. Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.
6. Hapuskan hutang terlebih dahulu
Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda. Anda akan mendapati bahawa menghapuskan h utang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.
Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.
7. Makan Di Rumah
Sebenarnya tak salah makan di luar. Cuma jangan setiap hari makan di luar. Kalau nak jimat banyak, elok korang makan dekat rumah je. Masak sendiri.
Susun jadual harian kita dan tetapkan masa untuk memasak di rumah. Pada zaman yang serba mencabar dari segi ekonomi, makan di luar memakan kos yang tinggi. Setiap wang yang anda jimatkan ketika memasak di rumah, simpannya dalam akaun.
Apa yang jelas, simpanan itu mampu untuk membantu kita menghadapi perkara yang tidak dijangka, dan memberi anda jaring keselematan untuk masa hadapan. Moga istiqomah.
Setiap kali disahkan mengandung, sebagai ibu yang membawa amanah Allah di dalam kandungan, kita bertanggungjawab sepenuhnya menjaganya. Jangan katakan kita sudah banyak pengalaman dan menganggap kandungan adalah perkara mudah dan tidak perlu diberikan perhatian.
Setiap kandungan adalah berbeza dan sebagai ibu kita harus menjaga sebaiknya. Ibu yang mengandung anak pertama pula perlu lebih berjaga-jaga serta dapatkan nasihat dan ilmu sebanyak mungkin.
Jangan main cuba-cuba walaupun tubuh terasa mampu melakukannya. Baca perkongsian wanita ini, Fizah Sobri yang berkongsi kisahnya ketika mengandungkan anak pertama. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.
Pengajaran untuk mak-mak mengandung..especially 1st time pregnent.
1. Jangan terlalu gagah bawa kereta. Tak kira manual atau auto. 2. Jangan rajin sangat kemas rumah kalau tak larat . Biarkan je rumah macam tongkang pecah ?? 3. Tak payah masak, suruh je laki masak atau tapau. 4. Bakal-bakal bapa jangan sedap-sedap je rasa bini kau tu strong walaupun dulu bini kau budak sukan.
Pengalaman yang cukup terkesan. Satu masa dulu boleh kata akak agak aktif. Lepas kahwin pernah gugur sekali sebab berlari turun tangga dari tingkat 4. Gagahkan? Padan muka!
Lepas 6 bulan, alhamdulillah akak disahkan mengandung sekali lagi. Excited. Turun tangga naik tangga slow. Haruuuu..setengah jam kalau nak turun atau naik.
Time ni part time study pjj kat Universiti Tun Hussien On Malaysia (Uthm). Gagah jugak! Hujung minggu drive ulang alik pergi kelas Kulai-Batu Pahat. Drive sendiri okey. Masa ni pregnent dalam 11 minggu. Aakak rasa akak gagah tapi tak. Akak bleeding masa kat kelas. Suami nak tak nak kena la datang ambik bini dia kan.
Esoknya akak warded. Jalan dah bukak. Akak punya sedih meratap nasib bila doc cakap miscarriage. Esoknya cek jalan dah tutup. Time tu punya la gembira. Akak kemudiannya jalani hidup sebagai preggy mummy dengan gembira. Ooo ye..akak pospond semester sebab tak nak drive jauh.Taubat.
29 minggu kandungan, akak teruja nak tau baby laki ke perempuan. Konon nak suprise tapi akak tak boleh tahan. Mula la episod-episod pelik. Mungkin kesan dari bleeding di awal kandungan.
Bila scan, baby kecik dan doktor pelik. Betul ke 29 minggu? Tapi akak memang confirm. Rujuk ke klinik kesihatan yang buat check up. Follow up seminggu, baby memang kecik dari usia.
Terus kene tolak pergi Hospital Sultan Aminah, Johor Bharu. Mulanya ingatkan refer macam tu aje, sekali akak kena tahan wad terus. Uri tak lekat betul kat dinding rahim . Du minggu akak berhuni dalam wad dengan uniform pink. Jiran sebelah katil dah bertukar lebih dari 20 orang. Akak kental!
32 minggu bila scan aliran darah terbalik. Terus emergency czer. 17-june-17. Baby boy. 800gm, 2.40pm.
Anak akak besar tapak tangan. Akak macam berkira -kira, boleh ke si kecik ni survive? Lama akak kumpul kekuatan sampai akak jumpa 1 group yang sangat-sangat membantu, Baby Premature Malaysia – NICU. Tahniah dan tq pada group admin dan ahli.
Berbalik pada anak. Boy 800g 32w 2d 17-6-2017 Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis
Nicu 51 hari. 2 bulan scn a3. Naik semula nicu seminggu sebab rsv virus. Turun scn sebulan. Berat drop. Transfer scn a3. Smpai genap umur 7 bulan baru discharged. Wehooooo .
7 bulan duduk wad. Maksudnya 7 bulan anak tak balik rumah langsung. Dan akhirnyaaa he’s back walaupun dengan oksigen. Dua minggu kat rumah banyak perubahan positif. Harap-harap check up lagi sekali boleh off oxygen. Insyaallah. Aminnnnnnn.
Last but not least. Jagalah kandungan anda. Peace yoooo..
Baru nak relaks di sofa sambil hilangkan penat seharian di pejabat tetapi tiba-tiba anak-anak bergaduh berebutkan barangan. Penat meredah jem belum hilang anak-anak sudah buat hal.
Waktu itu pasti emosi anda menjadi tidak stabil. Itu belum bab rumah sudah macam tongkang pecah, bersepah barangan mainan di sana-sini. Keletihan badan dan minda membuatkan anda naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak.
Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka. Justeru Dr. Siti Ujila Masuri, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan berkongsi tip berikut untuk membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai.
Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
Cuba 5 Tip Ini
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.