Macam mana bersihnya sebuah rumah tu, kalau ada serangga perosak nak singgah, akan singgah juga! Mungkin ada sesetengah orang tak berapa nak takut dengan serangga ini. Tetapi yang jenis penggeli dengan binatang kecil ini, baru nampak pun dah boleh cabut lari tau!
Dah cuba macam-macam jenis cara dah usir serangga ni, tetapi masih ada lagi ‘mereka’ menetap di rumah. Tak perlu nak pening-pening, nak lari dah lepas terjumpa, cer try guna petua yang dikongsikan oleh Doktor Rizal Abu Bakar. Harap menjadilah!
Petang balik kerja. Sampai rumah, terpijak lipas.
Lega. Nasib baik dah mati. Sekali terpijak lipas. Dia buka sayap. Itu bukan lipas dah.
Mesti stres bukan kalau dekat rumah ada banyak sangat serangga. Yang terbang, yang merayap, yang merangkak dan sebagainya. Terutama musim sekarang tak menentu.
Geng ni akan mula cari tempat untuk berlindung dari basah hujan dan panas terik. Tempat paling ideal iaitu dalam kawasan rumah.
Ini beberapa petua alami saya guna untuk halau lipas dan serangga dalam rumah.
5 PETUA HALAU LIPAS & SERANGGA DALAM RUMAH
Ads
1. CUKA
Campurkan cuka dengan air panas. Kacau. Sapu di celah dan tempat serangga selalu bersarang.
Malam malam tuangkan lebihan tadi ke dalam lubang sinki. Nanti serangga takkan naik merayap melalui paip.
2. BAKING SODA
Campurkan perahan lemon, baking soda dan air panas. Kacau. Sapu pada bahagian bawah sink dan bucu kabinet.
Ads
3. ESSENTIAL OILS
Siapa sangka essential oil seperti peppermint dan lavendar juga berkesan halau serangga.
Spray di tempat tempat seperti almari, kabinet dapur dan ruang tertutup. Bau harum semerbak. Serangga pun takdak.
4. TIMUN BATANG
Ads
Bagi kita timun batang ni rangup dan sedap dimakan begitu saja. Tahu tak lipas tak menggemari bau timun batang ni. Bau ni repulsive bagi lipas.
Tak percaya? Nanti letak beberapa keping di tempat lipas selalu lepak. Tengok hasilnya macam mana.
5. KAYU MANIS
Kayu manis pun sama. Nanti tabur serbuk kayu manis di celah pintu. Di dalam kabinet dapur.
Kadang-kadang bila kita lihat jalan bahagian depan pintu pagar rumah yang tidak elok, teringin juga jika kalau dapat diturap dengan jalan tar. Barulah nampak sempurna, namun ramai juga tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Apa yang sering berlaku, tiba-tiba akan ada lori kecil menawarkan perkhidmatan turap jalan. Adakah tawaran yang diberikan itu terbaik untuk kita dan turapan yang dibuat berkualiti?
Menjawab persoalan ini, Malaysian Modders berkongsi info untuk manfaat bersama dan disarankan sebaiknya anda tolak tawaran tersebut. Sebab apa dan kenapa? Jom baca perkongsian di bawah ini.
Bila depan rumah korang tiada turap. Akan datang sebuah lori, offer harga untuk turap tanah berpasir depan rumah korang.
Seeloknya tolak, jangan terima. Turapan yang dia bawa tu adalah bitumen lebihan dari projek turapan jalan besar.
Senang cerita “job duit tepi”.
Turapan yang mereka offer itu adalah hot mix.
Perlu berada dalam suhu yang tinggi untuk campuran dia mengeras. Kalau suhu dah turun lebih paras minimum, satu lori kena patah balik pergi premix plant mereka. Nama pun lebihan, confirm2 turapan yang dia offer tu suhu yang rendah.
Korang pun percaya dengan turapan itu bagus. Try tongkat motor dekat turapan tu, confirm berlubang sebab campuran dalam turapan dengan suhu itu ibarat gam, impact sahaja tak cukup. Sebab tu dah impact pun, turapan tak kuat…
Jadi ini adalah scam yang macam tak scam
Cuma geng ini bergerak dalam kumpulan, biasanya muka berbeza-beza tapi ternyata mereka berkumpulan. Sorang datang korang reject, minggu depan datang lagi dengan muka lain. Harga pun berbeza-beza. Diorang macam dah tahu depan rumah korang takde turap.
Nak turap, panggil orang datang turap. Bukan mereka yang direct selling depan rumah..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen pernah alami didatangi lori dengan menawarkan perkhidmatan turap jalan di hadapan rumah.
“Memang teruk premix diaorang yang datang camni… Dah kena…2 ke 3 bulan hancur semua,” kongsi pengalaman dari salah seorang wargamaya.
“Ye betul. Dah dua kali terkena. Terima kasih bagi peringatan kepada yang lain,” tulis yang lain pula.
“Benda ni seawal 80an lagi.. Semua geng-geng sub con.. Tar nipis-nipis lebih tu pegi jual rumah-rumah..” komen netizen lagi.
“Ada syarikat selenggara buat jalan… Mereka ni ada satu geng yang sedia kan perkhidmatan turap jalan secara mini.. Yang ni geng peralatan turap nya lengkap dan premix on the spot dari kilang.. Madam boleh servey dalam google atau facebook cari syarikat yang menyediakan perkhidmatan turap jalan berdekatan dengan kediaman atau premis perniagaan madam.. Atau ada kenalan yang kerja JKR atau belati wangsa boleh rujuk juga pada mereka,” saranan salah seorang wargamaya.
Bagi orang dapur, bunga kantan ini adalah salah satu bahan wajib ada di dapur.
Paling utama bila nak masak hidangan seperti singgang, tak lengkap kalau tak ada bungan kantan.
Seperti yang kita ketahui kantan atau bunga kantan adalah sejenis tanaman daripada keluarga halia. Bunga kantan banyak digunakan sebagai penyedap dan penaik aroma masakan dikalangan masyarakat melayu.
Ramai cuba nak tanam pokok ini di rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan. Pokok kantan ni kalau tak dijaga dan diselenggara dengan betul memang kedekut untuk keluarkan bunga. Mungkin sebab itulah harganya pun tinggi dipasaran sehinggakan boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.
Jika anda mempunyai ruang tanah yang tak berapa besar dan berdekatan dengan aliran air, ini adalah antara tanaman yang sesuai untuk ditanam. Bagi sesiapa yang ingin mencuba untuk menamam pokok bunga kantan, bolehlah jadikan perkongsian Sadam Arffain sebagai cara tanam dan jaga pokok kantan dengan betul.
1. Panduan Tanam Pokok Kantan
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di atas yang diambil dari rumpunan pokok kantan. Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Cara tanam dan jaga pokok kantan. Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.
Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
Cara tanam dan jaga pokok kantan yang betul, apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
2. Penjagaan Pokok Kantan
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Jika anda dapat manfaatkan panduan cara tanam dan jaga pokok kantan ini dengan betul, insya Allah boleh cuba untuk buat penanaman secara besar besaran mana tahu boleh jadi usahawan muda yang berjaya juga.
Sudah setahun penyanyi terkenal Siti Sarah Raissudin meninggal dunia dan semestinya pemergiaan Sarah sangat meninggalkan kesan yang mendalam buat keluarga terutamanya suaminya, Shuib dan anak-anaknya yang masih kecil.
Sejak itu, Shuib bertindak sebagai ayah dan ibu bagi anak-anak mereka. Ketabahannya menjaga anak-anak terutama yang anak bongsunya, Ayash Affan yang baru dilahirkan ketika itu menarik perhatian.
Acap kali digosipkan bercinta dengan beberapa wanita, Shuib akhirnnya menyatakan hatinya seperti dibuka kembali untuk mencari pasangan untuk dirinya dan ibu kepada anak-anaknya.
“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan dan sebagainya sebab itu mentua saya juga sering bersama mereka. “
Tambahnya, dia melihat dengan jelas bahawa anak-anak seperti memerlukan seseorang untuk menjaga mereka setelah kehilangan seorang ibu.
“Sejak menjadi ‘ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda. Kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.”
Kalau dulu orang tanya bila nak berumah tangga semula, saya tiada jawapan. Tapi sekarang, saya nampak mungkin dah ada ke arah itu, tapi saya belum bersedia untuk berkongsi buat masa sekarang.
“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.
“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya.
“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi.
Shuib dilihat sebagai bapa contoh buat kita semua. Bukan senang untuk menjadi bapa dan ibu buat anak-anak yang masih kecil dan masih belum mengerti kehidupan dan sangat memerlukan perhatian.
Sumber : Gempak
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ungku Ismail Jelaskan Sebab 'Kaburkan' Wajah Anak, "Saya Bertanggungjawab Melindunginya..." Pasangan pelakon Ungku Ismail dan Nad Zainal mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu berkongsi wajah anak mereka kepada umum.