Pelakon Izreen Azminda baru-baru ini telah mengadakan majlis tahnik serta aqiqah untuk anak keduanya, Aaron Ibrahim.
Pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan ini tampil berpakaian serba ringkas dengan tema turqoise, sedondon dengan suami dan anak keduanya itu.
Majlis tersebut diadakan dalam keadaan sederhana namun penuh bermakna untuk dirinya dan suami, Ude Wahid. Momen tersebut dikongsikan Izreen dengan memuat naik foto mereka sekeluarga di instagram.
Ads
“Terima kasih bagi mereka yang menjayakan majlis tahnik dan aqiqah semalam. Serba sederhana tapi penuh bermakna,” kongsinya secara ringkas.
Begitu pun, penerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2013 sehingga kini mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak ketiganya pada orang ramai.
Ads
Dalam kesempatan tersebut juga, Izreen turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua kepada suaminya, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Ads
Aaron selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu dengan berat 2.85 kg di sebuah hospital swasta ibu kota.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.
Sejak-sejak dapat ‘lampu hijau’ untuk bercuti dalam negara, apa lagi semua orang ‘gatal tangan’ pegang telefon pintar cari kawasan menarik untuk dilawati dan bercuti. Ye la, lebih kurang 3 bulan terperuk kat rumah dek PKP, jadi bila dah dapat peluang macam ni, takkan nak lepaskan. Ye dak?!
Salah satu kawasan percutian yang menjadi sebutan orang ramai semestinya Genting Highland! Di samping merasai suasana dingin semulajadi nun di atas sana, ibu ayah juga boleh cuci mata membeli belah dan berseronok bersama anak-anak di taman tema!
‘Tapi… Sekarang ni virus masih lagi berleluasa, macam mana ni?! Nanti pergi bercuti tak pasal-pasal dijangkiti pula!’
Jangan risau! InsyaAllah tak ada apa-apa selagi anda semua ikut arahan kerajaan, #kitajagakita dan menjaga SOP yang ditetapkan. Seperti mana yang dinitikberatkan oleh pihak Genting Highland untuk pengunjung yang akan bercuti di sana nanti! Nak tahu macam mana? Meh tengok garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Genting ini!
Garis Panduan Sepanjang Berada di Genting Highland
1) Bagi mengelak dari bersentuhan dan memudahkan pengunjung, anda digalakkan untuk beli tiket secara dalam talian Mudah kan?
2) Pengunjung disarankan untuk mengimbas Kod QR dengan menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki kawasan tarikan.
3) Selain itu, pengunjung juga akan menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki kawasan tarikan dan taman tema Genting. Bagi yang suhunya melebihi 37.5 darjah dan ke atas, mereka tidak akan dibenarkan masuk sebaliknya akan dibawa keruangan menunggu untuk mendapatkan bantuan rawatan. Wahh caringnya! Hehe.
4) Tak bawa hand sanitizer? Dont worry! Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan sekitar kawasan umum. Terbaiklah!
5) Jangan risau jarakan sosial ketika bermain di taman tema, pihak Genting Highland telah mengubahsuai dan meletakkan jarak tambahan antara mesin / aktiviti / tempat duduk arked. Jadi jarak 1 meter tu sentiasa dalam kawalan, ok?
6) Untuk memastikan pengunjung mematuhi penjarakan sosial, tanda diletakkan di lantai di tempat-tempat menarik dan kawasan tumpuan untuk menunjukkan di mana para tetamu harus berdiri / beratur untuk menjaga jarak yang selamat dari orang lain.
7) Dasar keselamatan dan kebersihan dipaparkan di semua pintu masuk dan dalam talian. Duta Perkhidmatan ditempatkan di kawasan strategik untuk mengurus / menasihati pengunjung, menyediakan hand sanitizer, memeriksa dan mengurus pengunjung yang tidak sihat.
8) Pekerja yang bertugas dilengkapi dengan topeng muka dan jika perlu, mereka akan sarung tangan semasa bertugas. Anda diminta memakai topeng muka ketika berada di taman tema dan kawasan tarikan. Topeng muka dan sarung tangan dijual atas permintaan.
9) Tandas akan dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang telah ditetapkan dan dicatat. Permukaan yang terdedah dengan sentuhan tangan, penahan tunggangan dan mesin arked akan dibersihkan secara kerap. Bahagian atas kaunter di kedai runcit dibersihkan dan dibasmi kuman setiap 30 minit.
10) Untuk meminimumkan pengendalian tunai, pihak Genting juga mengutamakan pembayaran secara kad. Wang tunai hanya akan diterima di kios pembayaran kami.
11) Papan tanda dipasang di pintu masuk kedai runcit dan kios untuk mengingatkan para tetamu tentang keperluan jarak sosial. Semua kios akan menghadkan kapasiti untuk 3 orang pengunjung pada satu-satu masa.
Di samping itu, bagi memastikan percutian anda menjadi lebih selamat, buat pertama kalinya di Malaysia, First World Hotel memperkenalkan Digital Key sebagai salah satu langkah terbaik menggantikan kad kunci.
Dengan hanya memuat naik aplikasi Resorts World Genting, anda bukan hanya mampu booking tiket bilik, malah selesai sahaja urusan booking, anda hanya menggunakan apps tersebut untuk membuka kunci bilik anda. Mudah kan?
Penempahan Bilik
Semakan Keluar
So tunggu apa lagi, jom bercuti di Genting Highland!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki barang kemas bukan hanya untuk tujuan sebagai perhiasan diri tapi untuk tujuan awasan. Boleh digunakan bila terdesak dalam hal kewangan.
Oleh itu, buat mereka yang memilik emas, usah rasa malu jika terpaksa ke kedai pajak gadai, tapi harus rasa malu jika terpaksa meminjam dengan wang orang lain. Lebih bahaya terpaksa membuat pinjam kepada peminjam tanpa lesen yang mempunyai kadar bunga yang amat tinggi.
Begitulah yang dikongsilah oleh saudara Akhtar Syamir mengenai faedah menyimpan emas dan mengadainya apabila perlu.
Jangan malu untuk ke Ar Rahnu. Salah satu kelebihan menyimpan emas adalah kemudahan untuk membantu di saat memerlukan. Perlu ingat, emas itu adalah aset anda sendiri. Anda yang kumpul, menabung dan anda yang beli sendiri.
Tidak menjadi kesalahan kalau nak tukar bentuk aset itu dari emas kepada tunai kerana sebelum ini pun melalui transformasi yang sama cuma terbalik sahaja, iaitu dari tunai kepada emas.
Terutamanya di kala pandemik melanda, PKP dan dilanda masalah untuk meneruskan kehidupan. Sewaktu membeli emas dahulu pun ada sahaja yang mengata. Kadang kala orang yang sama juga akan tersenyum sinis apabila kita ke Ar Rahnu pula. Bagaikan puas hatinya melihat orang lain sedang berusaha untuk meneruskan kehidupan. Abaikan sahaja orang sebegini. Dia tidak akan berubah dan kebarangkalian hanya tin kosong.
Gunakan Ar Rahnu dengan sebaik mungkin.
1. Bila anda perlukan tunai. 2. Untuk menambah aset emas yang ada. Simpan, dapat tunai, beli emas baru dan tebus yang lama dalam masa 6 bulan lagi. 3. Sebagai tempat simpanan emas yang paling selamat dengan bayaran simpanan yang jauh lebih murah dari simpan di bank. Orang yang mempunyai aset emas dan mempunyai perniagaan sering kali keluar masuk Ar Rahnu. Ini sudah menjadi suatu kebiasaan. Percayalah yang orang sebegini sangat bijak dan simpanan emasnya akan semakin bertambah dan perniagaannya akan semakin maju. Buanglah segala mentaliti lapuk mengenai kedai pajak. Sekarang bukan macam dahulu lagi. Orang yang banyak duit pun gunakan Ar Rahnu. Orang yang banyak emas pun gunakan Ar Rahnu. Akhir sekali, kepada orang yang memandang serong orang yang ke Ar Rahnu, ada satu ayat untuk mereka. “Kita yang ke Ar Rahnu, dia yang panas. Suka hati la” Haha… Lebih baik mencairkan aset sendiri dari meminjam duit orang lain. Kongsikan penulisan ini supaya kita dapat ubah pandangan terhadap Ar Rahnu. Semoga yang menyimpan di sana, dapat menebus kembali dengan sempurna.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup.” Demikian ungkapan dari wanita dan juga penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.
Pelantun lagu Menaruh Harapan ini mengakui, nasib dunia seninya tidak seaktif dan rezeki tak sekencang dulu termasuk ketidaktentuan ujian pandemik COVID-19.
Begitu pun, dia tidak mahu mengalah. Seperti mana orang lain yang bergelut mencari rezeki, Zaiton Sameon juga rancak mempromosikan jualan rendang air tangannya sendiri.
Bisnes rendang tersebut sudah diusahakan sekitar tiga tahun lalu. Namun ia terbantut seketika sebelum ini kerana beberapa situasi terduga termasuk keadaan terbatas di era pandemik.
Ulasnya lagi, apabila sektor ekonomi kembali beroperasi dan dibuka oleh kerajaan, dia enggan berlengah dan kembali meneruskan bisnes menjual Rendang Nasib Zaiton Sameon.
“Alhamdulillah, saya pun tak boleh terus berpeluk tubuh. Duit simpanan yang ada pun bukan semakin menggunung.
“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup. Syukur juga permintaan rendang pun meningkat sebab ramai sudah keluar meneruskan rutin kerja atau harian sekalipun akur tetap kena patuh dengan prosedur operasi standard,” katanya yang tinggal bersama anak angkat bernama Ika.
Katanya lagi, rendang itu sudah menjadi air tangannya sejak sekian lama.
“Kalau ada yang tanya bagaimana rasanya, saya akan beri jaminan ia sedap seperti lagu Menaruh Harapan yang melonjakkan nama ini suatu ketika dulu.
“Nak buatnya bukan mudah. Proses nak kacau rendang pun makan masa lebih enam jam.
“Proses pembuatan dan menyediakannya dilakukan di rumah adik angkat saya di Kapar, Klang,” katanya.
Kata Zaiton lagi, perkataan nasib yang digunakan pada rendang jualannya bukanlah bermaksud yang seolah olah meratap hiba.
“Perkataan nasib itu sangat subjektif. Macam hidup dan nasib saya ketika ini, mungkin ia suratan dan kitaran yang harus dilalui.
“Tak mewah macam dulu, tapi tetap rasa bahagia apa adanya,” katanya.
Dalam masa sama, Zaiton juga tidak berkecil hati apabila ada cakap-cakap belakang mengatakan dia sudah tiada tawaran nyanyian.
“Ada yang mengata saya sudah tidak laku lagi selepas berniaga rendang di media sosial.
“Namun, saya langsung tak berkecil hati atau marah kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.
“Berkaitan tawaran nyanyian, semua pun tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah ke fasa Pelan Pemulihan Negara, majlis atau acara berkaitan nyanyian tak dibenarkan. Jadi, secara tak langsung memang tiada tawaran.
“Apa-apa pun saya bersyukur, bisnes rendang saya tetap mendapat permintaan. Walaupun hasilnya tidaklah semewah bayaran undangan nyanyian, namun saya bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam bidang lain,” jelasnya lagi.
Boleh layari laman Instagram @real_zaiton_sameon untuk pembelian.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...