Pasangan Datuk Sheikh Muszaphar dan isteri sememangnya terkenal kerana sering berkongsi tip kekeluargaan menerusi laman media masing-masing.
Bahkan, Angkasawan Negara ini juga sangat komited dalam mendidik anak-anaknya sedari awal kelahiran lagi. Terbaru, beliau memaklumkan bahawa anak kembarnya, Adam dan juga Noah baru sahaja memulakan kelas mengaji Iqra.
Walaupun baru menjangkau usia 3 tahun, kedua-dua anaknya itu tetap bersemangat mengikuti kelas mengaji tersebut. Melalui perkongsian itu, Sheikh Muszaphar juga memberitahu bahawa anak-anaknya itu menggunakan kaedah Baghdadi dalam pembelajaran membaca Al-Quran kerana terbukti keberkesanannya.
Ads
Dalam masa yang sama, beliau turut mensasarkan untuk anak kembarnya itu khatam Al-Quran seawal usia 6 tahu, seperti mana kakak-kakaknya dahulu habis mengaji dalam usia tersebut.
“Sasarannya adalah untuk mereka khatam ketika usia 6 tahun, sama seperti kakak mereka Bella dan Tasha,” Kongsi Sheikh Muszaphar lagi menerusi laman instagramnya.
Ads
Dalam masa yang sama, bapa kepada enam cahaya mata ini mengakui keterujaan anak kembarnya untuk belajar dan sering menunjukkan rasa seronok ketika mempelajari sesuatu.
Ads
“Seronok belajar sampai tak nak balik,” katanya. Bagaimanapun, itulah watak si kembar Adam dan Noah menurut Sheikh Muszaphar.
Lama tak dengar berita pelakon sasa, Dato’ Aaron Aziz. Walaupun tidak nampak kelibatnya, namun sehingga kini dia antara yang masih lagi menjadi pujaan ramai peminat.
Meninjau akaun Instagram nya, ayah kepada tiga cahaya mata ini ada memuatnaik gambar anak-anak nya, Danish Anaqi, Dahlia Arissa dan Dwi Ariana.
Rupa-rupanya masing-masing sudah meningkat remaja dan memiliki wajah yang manis sama seperti ibu dan bapanya.
Menurut Aaron, anaknya Danish sedang bercuti namun dia tidak dapat berjumpa kerana anaknya terbang ke Singapura untuk menziarahi pusara neneknya. Ketika neneknya meninggal dunia, Danish berada di Jepun meneruskan pengajiannya.
Terasa cepat sekali masa berlalu, anak-anak yang dahulunya kecil sudahpun besar semuanya.
Menyedari suatu hari nanti, semua anak-anak yang lain juga bakal menyambung pelajaran ke luar negara, Dato’ Aaron mengharapkan agar anak-anaknya ini sentiasa dalam lindungan Allah.
Selain teruja melihat anak-anak Aaron yang sudah besar, rata-rata memuji penampilan mereka.
” Pandai Aaron didik anak-anak. welldone abang Aaron dan kak D, teruskan mendidik your daughters menjaga aurat. Semoga anak anak berjaya dunia akh1rat.. “
” Sekejap je rasa dia orang dah besar, macam baru je lagi tengok anak-anak Aaron kecil kecil. Ingat lagi dalam program tv, si kecik tu jual keychain yang dia buat sendiri.. “
” Tetiba macam dah besar semua, beautiful siblings. Danish dah macam Japanase boy pulak. May success be with all your children.. “
” Abang dah lain. besar dah anak anak abang Aaron. Bangga tengok, anak anak dididik tutup aurat. Sopan dan manis semuanya.. “
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrahnya bagi setiap pasangan, awal-awal perkahwinan merupakan saat bahagia dan dipanggil zon berbulan madu. Pada waktu itu semuanya nampak manis dan indah, saling sayang menyayangi. Namun lama-kelamaan, mula nampak sikap sebenar.
Dalam perhubungan, it takes two to tango. Kalau sorang je yang beria takkan jadi. Sebab tu kena saling bertoleransi dan bantu-membantu antara satu sama lain. Isteri ni apabila dah tawar hati, rumah tangga automatik jadi kusam, tak ceria, ada anak cuma untuk pecahkan sunyi. Rasa hormat pada pasangan sedikit demi sedikit mula menghakis. Abila sudah kronik dan tidak dapat dibendung lagi, itulah yang menyebabkan berlakunya pergolakan dalam rumah tangga.
Hadamkan perkongsian saudara Mohd Fhais akan punca yang membuatkan isteri mula hilang hormat pada suami.
7 Punca Isteri Hilang Rasa Hormat Pada Suami
1 – Tak pandai urus duit
Macam mana isteri nak ada rasa hormat kalau tiap-tiap bulan isteri yang kena tanggung beli beras, sayur, daging, ayam, ikan susu anak dengan baju anak.
Gaji habis bayar hutang tu bukan alasan tuan tuan. Nafkah tu wajib di beri bukan ikut mampu tak mampu. Lagipun duit untuk di urus bukan untuk di habiskan.
2 – Tak pandai urus emosi
Isteri bukan tempat untuk melempias api kemarahan. Isteri layak di beri rasa cahaya kegembiraan. Macam mana nak ada rasa hormat jika suami sendiri tak hormat perasaan isteri.
Suami tak kaya boleh di terima lagi tapi suami yang tak boleh urus emosi ni sangat di benci kerana setiap hari isteri akan alami penderaan emosi yang teruk.
3 – Tak pandai urus masa
24 jam dengan telefon. Mula dengan wasap group lepas tu games, sampai ke sudah berkepit dengan telefon. Masa di rumah bazir macam tu je.
Susah isteri nak hormat suami kalau suami lebih suka berkepit dengan telefon daripada berkepit dengan isteri. Ada masa boleh main games, ada masa kena utamakan keluarga juga. Ingatlah bila susah nanti bukan telefon yang akan bantu tapi isteri juga yang membantu.
4 – Tak membantu urusan rumah
Suami patut jadi tempat isteri mengadu, tempat untuk bergantung harap bila ada masalah bukan sebaliknya. Suami fikir balik rumah nak berehat, nak dengar berita yang indah indah je, tak nak serabut kepala dengan masalah rumah. Salah!
Isteri harapkan suami balik ke rumah boleh membantu. Harap suami ada dapat la berehat sejam dua. Tapi hampeh, makin bertambah kerja ada la, di tambah kena layan suami macam raja pula. Rasa hormat hilang, timbul rasa menyesal pula.
5 – Tak peduli tentang anak
Tak ada isteri yang boleh hormat suami kalau anak sendiri pun tak ambil peduli. Baju anak, makan anak, sekolah anak malah anak sakit pun dia tak peduli. Semua isteri yang urus sendiri.
Buat anak sama-sama tapi yang susah jaga anak isteri seorang. Memang menyinga la kawan tu. Jangan harap la boleh hadir rasa hormat jika begini.
6 – Tak peduli tentang isteri
Keperluan isteri tak di penuhi. Kehendak isteri tak di peduli. Semua tentang isteri di anggap remeh! Lagi pandai isteri berdikari lagi hebat pula suami ambil kesempatan.
Bukan setakat isteri hilang hormat malah semakin meluat tengok muka setiap hari. Ini la punca terjadinya pergaduhan setiap hari. Kesian, anak-anak jadi mangsa.
7 – Tak matang
Macam mana nak ada rasa hormat kalau dah lama kahwin pun suami masih lagi tak matang matang. Masih lagi cakap ikut suka mulut, tak pernah nak dengar nasihat, tak pernah nak jaga perasaan isteri.
Malah isteri yang dah banyak menolong pun tak pernah nak tunjuk penghargaan. Masih lagi dengan ideologi orang perempuan buat kerja rumah, lelaki buat kerja berat. Orang perempuan kena layan suami, bukan sebaliknya.
Parah dan padah jika kalian terus begini.
Kahwin ni bukan cuma duduk satu rumah dah kira berkahwin. Kahwin ni kena duduk dalam satu kehidupan. Laki bini kena hidup sama-sama. Bukan kau dengan hidup kau aku dengan hidup aku. Itu lebih baik jangan kahwin.
Nak isteri hormat kita? Mudah je, hormati la mereka dan mereka pun akan hormati kita. Tak susah pun!
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Rasa hormat tak boleh di minta, ia akan datang sendiri bila kita layak menerimanya.
#notakekeluargaanfhais
t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fauzi Nawawi rasa bersyukur berjaya tamat pengajian diploma, mahu jadi inspirasi kepada anak-anak. Ternyata kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.
Memetik laporan mStar, Fauzi yang kini meniti usia 51 tahun itu meluah rasa syukur. Dalam masa sama juga, dia berasa sangat terharu kerana isterinya, Lisdawati sentiasa memberi semangat. Kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat memberi contoh terbaik buat anak-anaknya atas kejayaan tersebut.
Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.
“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.
Ujar bapa kepada lapan cahaya mata itu, dia berharap keputusannya menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir pihak berkaitan selebriti tidak mementingkan akademik.
“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.
“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.
Fauzi juga mengakui perjalanan untuk menghabiskan dua tahun pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ada cabaran yang perlu dihadapi.
“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.
“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.