Siti Nordiana antara selebriti yang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Tidak keseorangan, pelantun lagu Ankara turut ditemani anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 13.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya miliknya.
Lebih istimewa lagi, Rayyan turut meraikan hari lahirnya yang ke 13 Tahun Di Kota Makkah itu.
“Happy birthday anakku yang soleh @rayyan_nakhaie2 .. MasyaAllah untung rayyan dapat sambut birthday kat madinah.
“Dekat dengan Rasulullah SAW ..Segala doa2 untuk rayyan mama doakan di raudhah malam ni ye 😍.Semoga Allah makbulkan doa2 mama 🤲
Sebagai ibu tiada yang lebih bermakna daripada mendoakan anaknya. Justeru, Siti Nordiana turut meminta semua sahabatnya menitipkan doa buat anak tunggalnya itu.
“Mohon juga doa sahabat2 semua untuk rayyan ye . Semoga doa2 yg baik berbalik semula kepada kita . Aamin 🤲
Namun, yang mencuri tumpuan warganet adalah wajah Rayyan yang dilihat saling tak tumpah dengan arwah ayahnya Faizal Yusuf.
Muka rayyan iras arwah ayahnya.. Sebiji muka arwah ayahnya Mcm kakak adik plk nmpk Anak lelaki memang rapat dgn ibu .. Bnyak ganjaran pahala yg menanti jika berbakti sepanjang hayat kpd ibu..
Ada juga iras2 ckit muka arwah ayahnya,pelakon Faizal Yusof Sbijik mcm arwah bapak dia… Hensem boy Aww masyaAllah 😍❤️ Beruntung Rayyan. Semoga Rayyan terus menjadi anak soleh penyejuk mata & hati mama. 🥰❤️ ❤slmt ulangtahun kelahiran Muhamad Tayyan Nakhaie….semoga segala yg baik2 saja buat Aayan dan family..Aamiinn.🎂🎂🎂🤲🤲🤲 Happy bufdayyy @rayyan_nakhaie2 😍 Semoga ayyan sentiasa dilindungi Allah, berjaya dunia akhirat, jd anak yg soleh kpd mama. Jaga mama ayyan sampai syurga♥️♥️♥️
Ads
Siti Nordiana Sebelum ini pernah mengerjakan umrah buat kali pertama pada Disember 2017 bersama anak dan bapanya.
Bukan mudah untuk memastikan perkahwinan yang dibina sentiasa harmoni dan bahagia. Malah, kemesraan masih lagi segar bagaikan biarpun sudah lama berkahwin. Begitulah yang diterapkan Datuk Ustazah Siti NorBahyah Mahamood sebagai pendakwah bebas dan pakar motivasi.
Melalui paparan instagram dan laman facebooknya dengan memuat turun gambar bersama suami, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, jelas menggambarkan kemesraan beliau dan. Pasangan ini serasi bersama dengan mengacarakan rancangan Semanis Kurma yang meninggalkan impak kepada kebahagian rumahtangga.
Ibu kepada empat orang anak ini berkata, pernah viral sebelum ini dengan teknik `cakaran harimau’. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah seperti berikut.
Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
Langkah kedua pula, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti
Langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.
Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,” jelasnya.
langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,” katanya.
Keakraban dan kemesraan beliau bersama keluarga sewajarnya menjadi contoh kepada semua. Ikuti yang menjadi rahsia kebahagiaan rumah tangga beliau bersama suami.
TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA
Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami.
Sentiasa menjaga makan minum suami.
Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.
Semoga perkongsian tip kebahagian rumahtangga menjadi inspirasi buat kita semua.
Sumber: Instagram Ustazahbayah, www.kelabmama.com dan www.rahsiaperkahwinan.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak menjadi insan yang lebih baik, mengenal Allah dan mengenal kehidupan ini bukanlah satu hal yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan mak ayah.
Jangan putus asa dalam mendidik anak. Teruslah bersabar dan tabah dalam setiap ujian ketika mendidik anak kita berjaya. Ganjaran pahala yang menanti mak ayah cukup besar.
Memahami tentang ganjaran mendidik anak-anak, ayuh kita baca perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi ini untuk dijadikan inspirasi buat ibu ayah agar istiqomah mendidik anak-anak.
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
Pendidikan anak-anak bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:
“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)
2. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:
“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).
3. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:
“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)
4. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Semua orang boleh bergelar ibu bapa, tetapi sejauhmanakah mereka berjaya mendidik anak-anak dengan baik adalah suatu yang sukar. Ini kerana anak umpana sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka. Ia termasuk emosi anak itu.
Sebagai ibu bapa, kita perlu kenali emosi anak dahulu supaya dapat asuh anak menjadi pintar dan cemerlang dalam hidupnya! Emosi mudah rapuh jika ibu bapa sering mencelanya dengan kata-kata yang boleh menguriskan jiwanya.
Apabila ibu bapa punya ego yang tinggi, mereka akan culas untuk mendidik anak dengan berhemah. Keadaan ini jika dibiarkan akan menggangu emosi anak. Jadi mulai hari ini, mari ubah cara kita menguruskan emosi anak!
Ikuti perkongsian lelaki ini Khairul Hakimin Muhammad yang menyentuh mengenai sikap ibu bapa yang cenderung untuk menganggu emosi anak-anak. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak-anak.
10 CIRI MAK AYAH YANG BUAT EMOSI ANAK TERGANGGU
1. Suka benar parking sesuka hati untuk hantar anak sekolah. Halang laluan, tutup jalan, asal boleh sahaja. Emosi anak terganggu tengok perangai emak ayah sendiri.
2. Dia sendiri lambat bangun, hantar anak pula lambat. Jadi lewatlah anak masuk sekolah. Emosi anak terganggu.
3. Ambil anak pun lambat, ada masa sampai terlupa sampai cikgu / pakcik jaga terpaksa telefon remind. Emosi anak terganggu.
4. Waktu ambil anak, tengok baju anak kotor, terus dicubitnya, ditarik telinga depan kawan-kawan. Emosi anak terganggu.
5. Waktu ambil report card, keputusan anak tak bagus mana, dimarahinya anak di hadapan cikgu. Emosi anak terganggu.
6. Sudah balik rumah, anak nak bermain, dihalangnya kerana risau balik lambat, suruh duduk rumah, tengok tv, main tab, kemudian paksa anak belajar belajar belajar, emosi anak terganggu.
7. Di rumah, emak ayah sibuk bersembang berdua, juga sibuk uruskan rumah tangga, tak pernah sempat duduk bersama tanya sekolah, tanya kawan tanya bagaimana keseronokan belajar. Emosi anak terganggu.
8. Emak ayah sibuk main telefon. Anak-anak bertanya pun tak berjawab sampai tak perasan anak duk bersandar kat bahu sendiri. Emosi anak terganggu.
9. Paksa anak makan apa yang emak ayah makan. Marah kalau begitu marah kalau begini, emosi anak terganggu.
10. Suka ejek anak sendiri dengan kata begitu begini. Konon untuk naikkan jati diri. Sedangkan anak-anak nak dipuji, kalau salah nak sangat diperbetulkan, namun jadi mangsa adik beradik kerana emak ayah sendiri. Emosi anak terganggu.
Lalu anak ini mula mengejek orang lain, nak perhatian, tak boleh tengok orang lain elok je pegang tangan emak ayah sendiri. Lalu mereka akan Usik sana, usik sini. Cikgu panggil kenapa begitu kenapa begini, lalu cikgu pula yang kena maki.
Emak kata,
“Dekat rumah saya dah didik dia jadi terbaik. Ini mesti kawan-kawan dia yang jadikan dia begini.”
Ayah pula cakap,
“Saya kenal dia, dia anak saya, mesti sekolah inilah yang ubah anak saya. Cikgu semua tak buat kerja, hantar sini suruh jadi baik, tapi akhirnya hancur! Elok tukar jelah sekolah.”
Kawan-kawan,
Kita emak ayah. Zaman berubah gais, kena terima anak kita nakal. Kena hadam anak kita kurang perhatian, kena telan anak kita banyak kekurangan.
Dan semua itu adalah dari kita.
Kita dapat didikan emak ayah kita cukup manisnya, cukup masam masinnya, cukup pahitnya. Serba serbi ada.
Pergi sekolah, salam siap cium. Emak bekal makan, abah hulur senyum. Emak berzikir setiap nafas, mengharap setiap doa untuk anak-anak seorang demi seorang.
Abah pula tak pernah lupa kita, sibuk macam mana pun akan tanya emak apa kita buat apa yang kita kerjakan.
Lalu emak ambil task itu untuk tahu serba serbi. Emak tak ada smart phone, tapi ada senduk kayu ada rotan kiri kanan.
Pandang emak dah takut, tengok abah dah gigil. Biar tak pandai belajar, emak abah okey je. Janji reti adab, faham tentang biadap dan tidak berani nak buat jahat atau buat sentap orang tua.
Kita pun jadi manusia. Lepas itu kononnya kita tak nak anak kita kena macam kita. Tak nak garang sangat. Nanti anak kita takut-takut. Kita buat sampai anak kita besar kepala.
Terus hari ini anak kita pergi ejek sana sini termasuk cikgu. Itu yang cakap depan. Belakang tak tahulah berbakul-bakul agaknya.
Anak kita adalah kita.
Kita coraknya ikut warna apa. Kita rasa warna terang buat dia disukai. Kita lupa terang-terang itu boleh jadi dimakan api, dikejar burung helang dan dijamah matahari.
Biar redup bawah pokok, banyak nasihat dan pesan kita buat jadi payung, lalu anak kita dapat kita bendung tak jadi jahat tak jadi murung.
Dia tahu yang warnanya tak cantik mana. Dia sedar diri dia serba serbi budak sahaja. Macam kita dulu, nakal-nakal kita tak usik sesiapa. Hanya kita sahaja.
Kita berlindung baik-baik atas apa yang kita buat. Dan hari ini kita jadi orang kerana rotan dan banyaknya libas-libas paip getah dan lempang kiri kanan.
Malam nanti emak cium, abah duduk hujung katil dan letak minyak semula. Mereka tahu, yang dimarah tadi untuk kita sedar kita faham, dunia ini kalau jahat, kena hukum. Namun masih sempat bertaubat.
Namun jika kita pegang ego, kita rugi hilang nasihat, hilang berkat dan hilangnya syafaat. Dan untuk itu, tak ada lain, nerakalah tempat kita gais.
Sempat lagi kita berubah. Pandang muka anak, nasihatlah, rotanlah, cubitlah. Kemudian terangkan kepada dia mana betul mana silap.
Patahkan ego dia, hancurkan jahat dia. Semoga dia baik dengan cikgu, hormat pada orang tua dan banyaknya masa untuk buat kebaikan kepada sesiapapun.
Ingat kawan,
Anak kita adalah kita. Warna dia dan warna kita tak ada banyak beza. Yang ada hanya apa yang kita lindung dan payung, supaya dia redup, supaya dia subur. Sesekali cahaya datang, dia menyorok, sesekali juga ribut dan hujan hadir, dia tak basah.
Namun dia hidup segar, sudah besar dia pula jadi rendang berbuah, buat bakti kepada orang lain pula yang mahu berteduh sama.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Payung dan lindung anak-anak kita dengan apa yang kita buat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di