Bila hujung minggu, ada yang jenis ‘gantung kuali’, beli makanan kat luar je atau makan kat luar. Paling pun, akan masak tapi menu yang semudah yang mungkin.
Tapi… ada pula yang jenis tak kira bila bosan je mula la ada benda yang nak dibuatnya, lagi-lagi masuk ke dapur!
Haaa… Siapa yang jenis pantang nampak makanan sedap rasa nak masuk dapur je, atau yang craving nak makan mee kari tapi rasa nak buat sendiri tak rajin nak mencari kat luar, jom cuba resipi mudah dari Bunga Jua ni. Senang je cara nak buat, bahan pun tak susah nak cari!
Mee Kari Special
Bahan-bahannya :-
– Mee kuning (celur sekejap)
– Fishball (goreng dan hiris)
– Fishcake (goreng dan hiris)
– Tauge
– Daun sup (hiris)
– Lada merah/hijau (hiris)
– Bawang goreng
– Limau kasturi
– Telur rebus belah dua
– Nak tambah kerang/udang pun boleh
Ads
Bahan untuk kuah:-
– Ayam @ daging
– Tauhu pelampung (goreng sekejap)
– 2 biji bawang merah besar *
– 3 biji bawang putih*
– 2 sudu besar udang kering*
– 10 tangkai cili kering*
– 1 batang serai (ketuk)
– 4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
– 1 kotak kecil santan
– 1 cawan air
– 1 kiub pati ayam
Cara – caranya :-
Ads
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
Ads
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.
Kredit resepi: Bunga Jua
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya jika nak makan ayam tandoori kita akan pergi makan di kedai mamak. Makan sekali dengan roti naan terus ‘kick’ rasanya.
Nak lagi power padu dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis dimakan panas-panas perghhh,,, tak padang dah orang sebelah!
Tapi bagi yang nak rasa kehebatan ayam tandoori ni, jika tak nak ke kedai mamak, boleh jer buat di rumah.
Ayuh ikuti perkongsian resepi oleh Dr Kamarul Ariffin Mohd Sadan yang telah mendapat lebih 3K shares! Resipi pun sihat dan ringkas. Mudah ajer nak buat!
BAHAN-BAHANNYA
Ayam ni saya buang kulit dan lemaknya, kemudian kelar-kelar agar perapan masuk ke dalam serta lebih cepat masak.Ni bahan segar. Bawang putih 5 ulas dan halia, kita tumbuk atau kisar halus. Kemudian, daun pudina dan daun ketumbar dan tumbuk halusIni bahan-bahan serbuk. Garam masala tu, kalau tak ada pun tak apa. Kalau nak cari garam masala, pergi sahaja ke pasar raya, cari di bahagian rempah. Biasanya ada dalam botol kaca kecil-kecil. Saya tak suka pedas sangat, kalau kurangkan serbuk cili nanti warna pula tak cantuk jadi saya ganti serbuk cili kepada serbuk paprika. Paprika = Capsicum = tak pedas.Yogurt! Nak sedap, guna Greek Yogurt. Kalau tak jumpa, plain yogurt biasa pun boleh. Jangan risau, menjadi juga nanti. Gerik tu di Perak. Yogurt ni bukan berasal dari sana.Letak ayam dalam mangkuk, perah separuh limau nipis. Orang kata, limau ni akan melembutkan ayam. Tengok tangan saya tu, lembut dan gebu, kan? Sebab kena jus limau nipis masa potong limau tu tadi.Letak 3-4 sudu yogurt. Yogurt yang saya beli tu, 200ml. Saya gunakan separuh. Separuh lagi simpan dahulu. Nanti nak guna.Masukkan bawang putih dan halia yang kita dah tumbuk halus tadi.Kemudian, masukkan semua rempah serbuk kita tadi, berserta dengan garam secukup rasa.Gaul gaul gaul! Pastikan perapan masuk dicelah kelaran ayam tadi. Perap untuk beberapa jam. Nak perap semalam pun OK!Dah siap perap. Panaskan pan grill atau kuali tidak lekat! Buka api sederhana. Minyakkan dia. Tipis-tipis je minyak tu. Jika nak pakai oven, panaskan oven 180°C. Bila dah panas, panggang untuk 45-60minit (bergantung pada saiz ayam).Saya pakai pan grill je. Letak ayam atas pan grill!Berendut ayam ni atas pan grill, dan keadaan semakin panas antara mereka. Bukan kehangatan asmara, tetapi hangat api dan serbuk cili. Biarkan selama 5 minit setiap belah. Api sederhana.Bolak balikkan ayam ni setiap 5-10 minit supaya tak hangus. Siapa yang guna oven tu, jangan lupa terbalikkan ayam juga setelah 20-30 minit memanggang
TRICK NAK AYAM NAMPAK MERAH GUNA SERBUK CILI. TAK GUNA PEWARNA PUN!
Trick untuk ayam nampak merah tanpa guna pewarna adalah sapukan minyak yang digaul dengan serbuk cili setelah ayam separa masak. Kalau nampak kering, sapu minyak bercili ni.
INI CARA BUAT RAITA PUDINA KETUMBAR CICAH DENGAN AYAM TANDOORI
Semasa tunggu ayam perap tadi, saya sediakan raita. Raita ni sedap gila makan dengan Ayam Tandoori. Campurkan bawang putih, halia, daun pudina, daun ketumbar yang kita dah tunbuk halus tadi. Letakkan secubit garam. Siapa suka pedas, boleh tambah cili.Kemudian baham tumbuk tu campurkan dengan baki yogurt yang masih ada tadi, dalam mangkuk.Dah siap raita pudina ketumbar kita. Nak segar lagi, perah sikit limau nipis.OK! Ayam dah masak! Kita hidang dengan raita macam ni! Hiaslah sedikit dengan daun ketumbar, bawang besar, potongan limau nipis! Ayam berempah, diperah limau nipis, cicah dengan raita pudina. Memang menyelerakan!
Apa lagi dah tahu resipi mudah dan sihat ini. Buatlah untuk hidangan seisi keluarga.
Lempeng kelapa yang sedap ialah bila teksturnya lembut dan gebu. Sedap dimakan bersama sambal ikan bilis, sambal sardin atau sekadar dicicah dengan susu pekat manis, tentunya sajian ini asyik dinikmati.
Lempeng Kelapa Lembut & Gebu
Bagi mendapatkan lempeng yang lembut dan gebu, ada resipinya. Resipi yang dikongsikan oleh Azizah Ali ini boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera.
RESIPI LEMPENG KELAPA
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
1/4 cawan santan
1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
Garam secukup rasa
Boleh Ikut Resipi Ini
Cara memasak:
1. Satukan tepung gandum dan kelapa muda parut di dalam bekas yang bersesuaian. Gaul rata.
2. Masukkan santan dan juga air. Sebatikan dan pastikan tiada tepung atau kelapa parut yang berketul.
3. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Gaul lagi.
4. Panaskan kuali dan tuang adunan lempeng. Ketebalannya mengikut selera masing-masing.
5. Ulang proses sama hingga habis adunan lempeng.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati sama ada secara kosong atau dicicah dengan sambal tumis serta kari.
Musim cuti sekolah sudah bermula, inilah masa terbaik untuk kita bawa anak-anak bercuti untuk meluangkan masa bersama. Selain memilih bercuti ke lokasi menarik, ada juga yang menjadikan percutian keluarga untuk mencari tempat makan yang sedap dan istimewa.
Contohnya menjejak lokasi untuk menikmati ikan bakar yang sedap, segar dan murah seperti yang dikongsikan oleh puan Nadhirah Muhammad Arib apabila bercuti di Tanjung Dawai, Kedah.
Siapa sangka seisi keluarganya dapat menikmati ikan bakar dengan harga yang tidak pernah terbayang diakal, RM2 seekor!
“Makanan mahal terkejut, murah lagilah terkejut”
Kongsinya berkenaan perasaan mereka sekeluarga ketika misi JJCM ke Utara baru-baru ini.
Kami mencari kedai di sekitar Tanjung Dawai, akhirnya berhenti dahulu di pasar untuk mencari ikan kering dan bilis. Tapi kami jumpa kedai makan yang mewah dengan sotong.
Sudahlah sotongnya gemuk satu hal, murah pula tu. Adudu, teruja betul kami. Lagi terkejut ikan kembung bakar hanya dua ringgit seekor.
Masya-Allah tabarakallah nikmat manakah yang mahu kami dustakan.
Ikan segar dengan harga murah memang bertambah-tambahlah kami makan.
“Betul ke dua ringgit ni?” Saya tanya kepada penjaga cashier.
“Iya, kalau boleh jual murah kami bagilah harga murah.” Responnya.
Rasanya inilah kedai makan paling murah dan sedap sepanjang kami jjcm. Jadi gais jika ke Tanjung Dawai sila ke bangunan Arked ni. Kedai paling hujung sebelah surau. Makan sambil tengok bot nelayan.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/nadhirah.muhamadarib/posts/4719717474715000″ style=”bubbles” background=”#bba7fc” size=”2″]Nadhirah Muhamad Arib[/su_button]
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.