Siapa sahaja yang tidak pernah merasa keenakan nasi kak wok, meskipun menu ringkas hanya dengan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan, namun menu ini sudah mampu memberi kepuasan rasa ketika menikmatinya.
Tidak dinafikan juga, dengan menyediakan menu ini menjadi lebih mudah kita sebagai ibu menyediakan menu untuk keluarga. Maklumlah tidak perlu pening kepala memikirkan menu sayur, lauk pauk dan sebagainya untuk dijadikan padanan serasi hidangan yang disediakan.
Cukup hanya masak set nasi kak wok, semuanya lengkap tersedia!
Jadi jom sediakan menu ringkas ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.
Ayam goreng kak wok
Bahan:
7@8 ketul ayam-potong kecik
1 sudu teh serbuk kunyit-BELI DI SINI
1 sudu makan rempah kari daging –BELI DI SINI
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa
Ads
Cara:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam. Selepas itu goreng garing
Sambal belacan
Ads
Bahan:
15@20 tangkai cilipadi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji
Garam ,perasa dan gula
Cara:
Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
Masukjan 3@4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata
Gulai kak wok versi akak
Bahan:
Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 peket kecik rempah kari daging babas
1/2 peket kecik rempah kerutub adabi
1 biji terung-potong kecik
3@4 batang kacang panjang-patah-patahkan
1/2 kotak kecik santan
2 keping asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa
Cara:
Bancuh kedua rempah dengan air
Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
Masukkan rempah dan tumis garing
Masukkan 1 mangkuk air..
Masukkan tulang ayam dan sayur
Masukkan gula merah,gula,garam dan perasa
Masukkan asam keping dan santan
Seimbangkan rasanya dan kepekatan kuahnya.
Ads
Masak Nasi putih tu..letakkan daun pandan 2@3 helai
Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yg paling sedap. Ambik resepi dari sini jugak. Cuma resepi inti je saya olah ikut cara saya.
Terima kasih empunya resepi (maaf lupa nama)
BAHAN BANCUHAN TEPUNG (kulit karipap)
1/2 kilo tepung gandum 1/2 cawan minyak masak 2 Sb tepung jagung 2 Sb tepung beras 1 cawan air sejuk dari peti ais 1 sk garam
BAHAN INTI
4 biji kentang (potong dadu kecil) Sedikit ayam/daging ( cincang ) 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 Sb rempah kari daging 1 Sk jintan manis 1Sk serbuk ketumbar Sedikit daun kari Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak kulit karipap:
1. Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan masukkan ke dalam tepung. 2. Kacau dgn senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai. 3. Masukkan air. Uli sehingga sebati. 4. Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut. 5. Nipiskan doh (jgn terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap 6. Goreng dengan api perlahan.
*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.
(Cara Membuat Inti)
1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau. 2. Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang. Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dgn kiub pati ayam. 3. Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jgn terlalu berminyak dan berair, biar betul2 kering).
Sebagai penggemar hidangan yang bercitarasa pedas, pasti tidak lengkap kiranya menikmati makanan yang terhidang tanpa tersedia hidangan berasaskan cili. Sekiranya sambal belacan sering dijadikan hidangan wajib anda sekeluarga, jadi apa kata kali ini mencuba pula sambal goreng yang dikongsikan oleh Lyana ini.
Menurutnya, sambal goreng ini adalah resipi daripada arwah neneknya yang dipelajari daripada ibunya yang tercinta. Jadi buat anda yang ingin mencuba rasa keistimewaan rasa sambal nan satu ini, boleh dicuba menyediakannya.
Ini perkongsiannya.
Ramai berkenan kat sambal goreng nih kan. Okay lah, Yana share resepi so uols boleh lah try. Sebenarnya nih Yana belajar daripada Ibu, resepi asal daripada arwah nenek Yana. Arwah nenek memang pandai masak, dulu kecik kecik order apa jer semua dia buat. Rindu tok mak, Al Fatihah. Here’s the recipe, Yana list kan secara ringkas yer.
Bahan bahannya:
*Bawang besar saiz sederhana 2
*Cili hijau 6 & Cili Merah 4
*Cili Padi merah sikit (kalau nak pedas)
*Ikan bilis sikit
*Belacan sikit
Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air dia toskan)
*Semua bahan bahan nih blend kering.
Cara caranya:
• Ambil minyak dalam 1 senduk (memang kena lebih kalau tak sambal tak garing)
• Tumis bahan bahan blend kering tadi sampai garing
• Once dah garing, baru masukkan air asam
• Perasakan dengan garam, then gula sikit
• Hiriskan bawang and campur sekali dalam sambal lepas tu tutup api
• Lebihan minyak pada sambal tadi pandai pandai la buang sendiri okayh
Siap dah! Selamat mencuba. Boleh try makan dengan bubur, dengan nasi biasa pun okay jer.
Kuah kacang sememangnya cukup digemari terutama sekali apabila dimakan bersama nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan.
Menjelang raya nanti, bolehlah ibu-ibu cuba resipi ini. Boleh dihidangkan untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah nanti.
Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini ini katanya diperoleh dari arwah ibunya. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang. Betapa hebatnya penangan resipi arwah ibunya itu.
Disebabkan itu, Ruziati tidak lokek untuk berkongsi resipi kuah kacang tersebut. Yang nak cuba jom baca ni:
Kawan kata kuah kacang saya sedap… siap pujuk saya jual kuah kacang ni resepi kuah kacang saya..
bahan-bahan 1 kg kacang tanah (goreng) 800 gm gula 2 setengah sudu garam 3 biji bawang besar 4 ulas bawang putih Segenggam asam jawa (bancuh pekat) 4 btg serai Seinci lengkuas Minyak masak Air Udang kering (ikut selera) Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tmbh cili)
Cara
Tumis bahan kisar tadi.
Kemudian, masukkan semua bahan, tambah air.
Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
Kecilkan api dan renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tips Extra:
1). Kacang yang disangai tu nak kena betul-betul masak
2) Apabila tumis cili, itu pun nak kena betul-betul masak juga. Agak ambil masa tapi insyaAllah berbaloi. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3). Apabila dah masukkan santan, kena santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang. .Ada sebabnya tapi mokcik dah terlupa..Kalau tak silap supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4). Dah masuk kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya ia tidak cepat hangus di bawahnya.
5). Dari segi rasa pula..kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya Allah kuah akan rasa ummpphh.
Tip oleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi di Sungai Korok-"Abang, kakak Ipar kata mengantuk, saya suruh mereka tidur dulu." "Ketika di rumah saya di Taman Seri Aman, abang dan kakak ipar kata mereka mengantuk jadi saya suruh mereka tidur dulu.