Perabot lama jika diberi nafas baharu tentu sahaja boleh terlihat cantik dan elegan. Cuma kita sahaja yang perlu kreatif untuk mengilhamkannya. Contohnya seperti mana yang dilakukan oleh Ros Diana yang juga merupakan peminat perabot lama. Bahkan bukan sesuatu yang asing baginya untuk membeli dari orang perseorangan dan kemudian lakukan sedikit ubah suai agar menepati citarasa peribadi.
Semuanya dilakukan sendiri dan hasilnya memang memukau. Umpamanya set sofa ini, yang diilhamkan sendiri tanpa bantuan suami ketika berasa bosan sepanjang PKP ini dek kerana tiada tempahan pelamin dan tiada juga permintaan merias wajah pengantin. Jadi masa yang terluang digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan set sofa yang elegan ini.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya :
Hasil kerja menukang saya. Kerusi ni 100% hasil tangan saya memang tak nak mintak tolong suami…sebab bosan pkp job tak ada..
Kerusi beli dari orang PD memang mencari kerusi lama jenis klasik dan rezeki saya..saya dapat..semua kerusi ni rm200 tuan dia jual tapi saya tambah lagi rm50 sebab dia nak jual katt saya. Lagi pun set ni 3+1+1+1+1.
Ads
Langkah 1
Langkah 2
Ads
Langkah 3 : Untuk kusyen, saya guna kusyen yang asal. Cuma bahagian belakang ditambah dengan papan plywood supaya lebih kukuh. Kemudian kusyen alas dengan karpet nipis sebelum dibalut dengan kain jenis velvet. Boleh guna stapler besar untuk proses ini.
Ads
Langkah 4 : Untuk membuat butang pada bahagian kusyen sandar, tebuk kusyen dan papan kemudian masukkan butang yang diikat kuat dengan tali butang. Tarik kuat supaya nampak kemas kemudian stapler.
Pengorbanan seorang guru… Pelbagai kaedah mengajar yang digunakan oleh guru pada masa ini demi pelajar.
Lebih-lebih lagi jika membabitkan pelajar istimewa. Ini bagi memastikan mereka juga mendapat pendidikan dan layanan sebaik seperti mana pelajar biasa yang lain.
Perkongsian oleh Cikgu Wan Muadzam atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azam ini cukup dikagumi ramai. Apa tidaknya dia telah berusaha apabila mencipta satu inovasi bagi membolehkan pelajarnya yang cacat penglihatan untuk berlari.
alat tersebut dimuatnaik olehnya menerusi laman TikTok. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pelajarnya berlari dengan menggunakan alat beroda yang diperbuat daripada PVC.
Sebelum ini, pelajarnya Itu dikatakan pernah menyertai satu acara larian sejauh 5km pada tahun lalu.Menurut Cikgu Azam, alat tersebut dicipta dalam dua versi.Yang pertama disiapkan dalam masa tiga hari saja, manakala versi kedua pula siap dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya lagi, pelajarnya yang bernama Alisya sangat gembira ketika pertama kali menggunakan alat itu, dia tidak perlu lagi memegang bahu Cikgu Azam dan menggunakan tali.
Bagi pengguna android, kita merasakan aplikasi Play Store mempunyai peranan yang sangat penting untuk kita melakukan proses install pelbagai aplikasi yang diingini ke dalam telefon. Jika ingin dikira dengan jari memang tidak cukup tangan dibuatnya, terlalu banyak!
Apa yang pasti aplikasi di Play Stor cukup pelbagai, ada yang ditawarkan secara percuma hinggalah boleh dibeli dengan harga yang mahal. Sebagai pengguna kita perlu berhati-hati agar tidak tersalah download, hanya yang penting dan bermanfaat sahaja.
Pun begitu lain pula kisahnya bila anak berkongsi telefon dengan ibu bapanya. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Nor Liyana Abdullah. Menurutnya, telefon yang sama turut digunakan oleh anaknya sepanjang PdPR.
Namun tidak sedikit pun dia menyangka, anaknya boleh ‘curi-curi’ main game dan seterusnya hingga menyebabkan duit di dalam akaun miliknya berbaki RM2.
“Gara-gara PDPR….bagi phone kat anak..Semasa PDPR curi-curi main game….sampaikan habis duit dalam akaun sebanyak RM2600 diaorang beli game….Pening weh…pening..
“Bila perasan duit hanya tinggal RM2.00 dalam akaun baru nak cek rupanya selama ni dia beli benda ni…Ya Allah….tak tau nak fikir macam mana? Macam mana boleh beli sedangkan nom TAC tak sampai….bila cek dalam gmail baru perasan bil-bil game nih. Semak dengan bank total keseluruhan pembelian RM2600,” jelasnya.
Tambahnya lagi, “Kaedah pembayaran guna line umobile. Sebab dia ambil duit dalam akaun top up tel dia…dia tambah top up dalam google play”
Diperkongsian tersebut, Nor Liyana juga menasihatkan agar ibu bapa di luar sana agar selalu pantau game apa yang anak-anak selalu main. Bimbang terjadi seperti apa yang dialaminya
“Ya Allah….dugaan PDPR…Ibu bapa kena ambil tahu ye anak kita main game apa…Tiba-tiba baru teringat kisah zarina zainudin yang anaknya beli game sampai 20k..”
Meninjau di ruangan komen ramai bersimpati dan turut berkongsi info berkenaan kejadian yang menimpa Puan Nor Liyana ini.
Antaranya komen daripada Mohd Anuar Mokhtar “allahu..banyak tu…next rasanya boleh setting klu beli apps yang berbayar boleh request pasword jgn bgtau anak2 pasword tu…tak pelah benda nak jadi kan…klu kes mcm gini mmg kira burn lah kan…InsyaAllah smoga ada rezeki lebih besar lagi menanti..next kena lebih berhati-hati
Manakala Aslyna Arshad Aslynas turut berkongsi pengalaman yang sama.Menurutnya, “Saya kena rm600 nasib baik saya check kalau tak melarat. Saya sebelum nie bil phone main byr je tak tgk bill. Satu hari heran kenapa bill mahal sebab tak pernah delay payment.bila check dgn center anak beli accesories game online . nasib dia tak pilih yg paling mahal rm399.90. Dlm satu malam dia beli accessories utk game online rm600-00. Dia beli accesories mcm baju la utk dlm game tu pakai . Saya terus ambil balik sim kad n call center utk block semua pembelian”
Manakala respon daripada Hairul Nizam katanya “Terus tukar setting phone nak download game berbayar kene masuk pincode. Jika tidak jenuh masuk akaun atau masuk bil.”
Rata-rata mengambil kisah yang dikongsikan ini sebagai penjajaran dan bersikat lebih berhati-hati agar perkara yangs ama tidak berlaku lagi.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.