Walaupun dah pertengahan bulan Januari, masih sempat lagi untuk menabung. Tidak dinafikan susah nak displin menyimpan duit. Tapi jika komited dan bersabar, hasilnya memang lumayan.

Dengan cara menabung sebenarnya mendidik kita menjadi seorang yang tidak boros berbelanja dan kawal pembelian barang yang bukan keperluan.

Jadi nak tahu caranya, ikuti tip yang dikongsi lelaki ini, Nik Nur Alif Faisal awal tahun lepas. Buat mereka yang nak mencuba masih praktikal untuk digunapakai bagi tahun 2021.

Apa yang menariknya, ada yang berkongsi telah berjaya merealisasikan tip ini. Tahniah!

TAK SANGKA BOLEH SIMPAN RM 3,306

Nak simpan duit setahun RM3,306?
Jika tahun 2019 kita terkandas untuk simpan duit, takpa tahun 2020 ni kita pulun sehabis baik sampai jadi.

Bawah ni saya ada tips yang kita boleh ikut untuk simpan duit setahun RM3,306.

RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Jul, Sep, Nov).Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, Apr, Jun, Ogos, Okt, Dis).Total setahun RM600

IKLAN

TUKAR DENGAN ASET EMAS PUN BOLEH

Jumlah keseluruhan setahun RM3,306. Banyak benda kita boleh buat dengan duit banyak tu. Plan elok-elok, elakkan pembaziran. Plan tukar kepada aset emas pun boleh, kalau ikut harga hari ni RM214, dah boleh dapat 15 gram. InsyaAllah duit tu akan bertahan lebih lama.

WOW DAH BERJAYA!

IKLAN

Dalam pada itu, warganet turut memberi komen akan mengikut cara yang diberikan oleh lelaki berkenaan menerusi postingnya awal tahun lepas, antaranya Puan Eida MdDaud yang menunjukkan sampul mengikut jumlah wang.

Awal tahun 2020

Saya dah buat…tunggu hujung thn kita kira jumlahnya..
Awal tahun 2021
Yang ni tahun lepas..kita try. Alhamdulillah. Hasilnya  tak menghampakan.

Apa lagi, masa ada masa untuk mula menabung, jom buat!

Sumber: Nik Nur Alif Faisal Eida MdDaud

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club