Apabila akad nikah dibacakan, bermulah kehidupan baru apabila melangkah ke alam perkahwinan.
Gelaran sebagai suami isteri bermakna sedia berkongsi susah senang bersama. Namun, ada pasangan yang dilanda badai alam perkahwinan sama ada masalah kewangan, masalah kesihatan atau segalan kesusahan tanpa diduga.
Kala ini, setia seorang pasangan pasti menguji. Jika sebelum ni hidup penuh nikmat dan kesenangan, tetapi kini hidup sebaliknya.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang isteri mengenai erti KESETIAAN sebuah perkahwinan ketika DILANDA KEPAHITAN dalam hidup.
Ads
Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
Ada satu pasangan. Nikah suka sama suka.Takdir Allah suami eksiden. Disahkan OKU.Kepala jadi teleng.Cakap pun tergagap-gagap.Isteri datang mahkamah tuntut cerai. Satu pasangan lagi, isteri cikgu manakala suami kontraktor.Hidup senang lenang dan bahagia. Ada 2 orang anak.Takdir Allah, si suami tiba-tiba jatuh sakit. Terpaksa berkerusi roda.Tak lama lepastu, kaki suami pula dipotong.Isteri datang mahkamah tuntut cerai. Saya tak mahu cerita ‘kisah disebalik kisah’ kerana saya yakin dan percaya setiap orang ada alasan tersendiri di sebalik setiap keputusan. Cuma yg mahu saya kongsikan adalah trend terkini, meninggalkan pasangan ketika menghadapi ujian.Nauzubillahhiminzalik. Sekadar berkongsi kisah.
UJIAN KESIHATAN Saya pernah diuji dgn ujian kesihatan yang berat. Badan seakan separa lumpuh. Mandi berdukung.Jalan berpapah.Berat turun mendadak.Siapa orang kuat yg berada disisi saya selain keluarga? Itu. Lelaki yang duduk disebelah saya. Cukup tabah dan sabar melayan kerenah, emosi dan tahap meroyan saya yg sangat serius.Tak ada hari yang dia pernah angkat suara apalagi angkat tangan pada saya walaupun pada ketika itu dia boleh membuat pilihan samada meninggalkan atau kekal setia.
Ads
SUAMI MEMILIH SETIA
Gambar hiasan
Tapi suami memilih untuk setia.Baginya saya adalah amanah yang perlu dia galas pada saat dia menikahi saya kerana dia sedari awal menerima saya apa adanya, bukan ada apanya.Katanya lagi, hatta suatu hari Allah takdirkan saya cacat sekalipun,dia akan jaga saya sampai hujung nyawa. Itu “ikrar” suami sewaktu sihatnya pada saya. Ikhtiar demi ikhtiar, dengan izin Allah, akhirnya saya pulih sepenuhnya. Beberapa tahun berlalu, Allah takdirkan lelaki ini pula diuji tapi ujian ini perlu ditanggungnya SEUMUR HIDUP. Setelah semua pengorbanan dilakukan, adakah saya mempunyai sebab untuk meninggalkan lelaki ini pada saat dia telah menyempurnakan kehidupan saya sebagai seorang isteri tanpa cacat cela pada waktu dia mempunyai daya dan upaya? Semoga Allah menerima kesaksian saya tentang lelaki ini dan tak kira siapa yang mendahului, mudah-mudahan mati saja pemisah kami dan.
Ads
Terima kasih yang tidak terhingga pada ayah yang telah mendidik sedari awal bahawa tempat seorang isteri selamanya disisi suami. Kini saya mengerti. I have seen the best of my husband and the worse of him but i CHOOSE BOTH. Sekian
Sungguh inspirasi kisah pasangan suami isteri ini.
Kredit Zulaikha Bakhtiar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak menangis memang perkara biasa. Malah ia merupakan salah satu cara untuk anak meluahkan rasa emosinya. Malah ada segelintir ibu ayah akan menafikan hak anak untuk menangis. Malah akan memarahi anak.
Sedangkan cara ini sepatutnya tidak harus berlaku. Sepatutnya ibu bapa harus memberikan kata-kata semangat. Ini kerana setiap tangisan anak ini punya makna tersendiri.
Sudah beberapa insiden orang dewasa memujuk kanak-kanak menangis di depan saya dengan nada yang boleh menjatuhkan self-esteem dan judging.
Kanak-kanak juga seperti orang dewasa. Mereka juga ada pasang surut. Ada waktu kuat, ada waktu lemah. Ada waktu gembira, ada waktu sensitif dan mudah sedih. Mereka juga struggle mengurus emosi mereka.
Ini beberapa tip menghadapi kanak-kanak menangis. Elakkan dialog dan respon di bawah.
#1 Empati
“Dah jangan nangis. Danikan kuat. Orang kuat tak nangis”❌
“Ok, Dani sedih. Mana yang sakit? Cikgu gosokya. How do you feel? Rasa okay sikit?”✅
#2 Alihkan_perhatian
“Dah jangan nangis, nanti tak cantik. Apa nangis-nangis ni”❌
“It’s okay Dhuha nangis. No harm. Apa kata Dhuha tolong ummi masak. Dhuha selalu tolong ummi masak, ummi suka Dhuha tolong ummi. Dhuha masak sedap”✅
#3 Tidak reject
“Cikgu tak sukalah orang nangis-nangis ni. Dah diam”❌
“It’s okay Dhuha nangis. Semua orang pernah sedih dan nangis. Yang penting macammana kita usaha nak jadi happy balik”✅
#4 Tidak_salahkan_orang_lain
“Siapa yang buat Daud ni. Nanti ummi pukul dia. Jahatlah dia tu”❌
“Daud anak ummi sayang, Daud maafkan dia, Daud dapat pahala. Nak pahala tak?”✅
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita biarpun sering dilihat lemah namun yakinlah pasti akan jadi kuat dan tabah bila diuji.
Begitulah juga yang dilalui oleh puan Raudzah Arippin apabila suaminya di serang strok. Dugaan yang diterima bukan ringan namun kekuatan dan semangat yang ada di dalam dirinya cukup luar biasa.
Tidak dinafikan Puan Raudzah juga tidak pernak lokek berkongsi ilmu daripada pengalaman yang dilaluinya. Dan sebab ini juga tidak hairanlah akaun fbnya punya follower yang ramai.
Dan ini antara yang pernah dikongsikan adalah tentang tip menjaga dan melawat pesakit. Semoga panduan ini bermanfaat bagi diri kita sekiranya sedang berdepan dengan ahli keluarga yang sakit.
TIPS : MENJAGA DAN MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU/HDW
Agak kerap juga saya menerima mesej dari waris yang menjaga pasangan atau ibu dan ayah yang terlantar di Wad ICU atau HDW. Kata mereka, apa yang perlu dibuat jika pesakit terlantar di wad begitu? Tidak mungkin hanya datang, tunggu dan lihat sahaja perkembangan pesakit.
Baik, saya kongsikan pengalaman saya.
Ini antara bacaan yang saya lakukan (saya pernah kongsikan dalam posting tahun lalu). Waktu suami saya di hospital dulu, saya banyak bertanya pada orang yang lebih arif. Ramai juga yang kongsikan dengan saya. Jadi saya kompilasikan semuanya di sini.
Saya juga ada catatkan panduan untuk pelawat, apa yang sesuai kita bawa ke hospital (sebagai buah tangan), dan apa yang perlu dielakkan.
BACAAN : SURAH, AYAT & DOA
1. Surah Yasin (sebaiknya awal pagi dan awal malam)
2. Surah Al Waqiah (untuk sembuhan luka dalaman)
3. Surah Al Kahfi (saya baca pada hari Jumaat, ganti surah Al Waqiah)
4. Surah Al Fatihah (baca 7 kali dan baca senafas pada ayat terakhir sambil berdoa kesembuhan)
11. Doa Hizbul Bahr (Imam Abu Al-Hasan As-Syadzili)
12. Doa Abu Darda’ (awal pagi dan awal malam)
Semua ayat dan doa ini saya bacakan setiap kali waktu lawatan tengahari dan petang, mengikut ruang yang ada.
AMALAN LAIN :
1. Sebaiknya, seorang waris sentiasa berada di samping pesakit dan bacakan ayat-ayat dan doa yang disebut di atas.
2. Minta jururawat masukkan air zam zam ketika ‘feeding’ melalui Ryle’s tube (tiub susu dan ubat yang dimasukkan melalui hidung ke perut). Jika kehabisan air zam zam, boleh ganti dengan air bacaan surah Yasin.
3. Wudhu’kan pesakit menggunakan botol penyembur (spray) setiap kali waktu solat (walaupun mereka belum sedar). Bisikkan ke pesakit, sudah masuk waktu. Adalah baik pesakit sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
4. Letakkan sedikit wangian (sebaiknya wangian kasturi), atau wangian yang biasa dipakai pesakit, di hidungnya. (Kata pengamal perubatan alternatif, ia untuk merangsang pernafasan yang baik dan juga merangsang otak. Wallahu’alam)
5. Apabila tinggalkan pesakit selepas waktu melawat, elok diperdengarkan bacaan ayat Quran di telinga pesakit menggunakan pemain MP3 dan earphone. (Waktu di HKL dahulu, jururawat akan tolong simpankan pemain MP3 tersebut apabila baterinya sudah habis). Jangan gunakan telefon bimbit.
PANDUAN BUAT PELAWAT :
APA YANG SESUAI DIBAWA SEBAGAI BUAH TANGAN KEPADA PESAKIT / WARIS :
1. Air zam zam
2. Air bacaan Yasin
3. Naskhah Manzil / Buku Doa / Buku yang sesuai
4. Bawakan botol spray (sekiranya penjaga belum ada. Botol spray ini banyak kegunaan ketika di hospital)
5. Makanan yang sesuai untuk penjaga pesakit di hospital (pesakit di ICU atau HDW biasanya tidak boleh makan). Elakkan bawa lauk pauk yang dibungkus dalam plastik, buah-buahan yang besar dan berat, atau apa sahaja yang sukar dan berat untuk dibawa.
6. Vitamin atau multivitamin yang sesuai untuk penjaga (bertanya dahulu lebih baik)
APA YANG PATUT DIELAKKAN (TERUTAMA KETIKA MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU ATAU HDW) :
1. Tidak perlu melawat pesakit sekiranya anda sedang sakit, demam, batuk atau selsema. Bimbang kuman dari anda akan menjangkiti pesakit. Memakai ‘mask’ adalah lebih bagus sekiranya ada.
2. Tanya dahulu kepada waris pesakit, sama ada pesakit boleh atau sesuai menerima tetamu atau tidak.
3. Wad ICU atau HDW biasanya hanya boleh dimasuki 2 orang pelawat sahaja dalam satu masa. Elakkan mengambil masa terlalu lama melawat pesakit.
4. Basuh tangan sebelum mendekati katil pesakit. Ruangan basuhan tangan dan sabun disediakan oleh hospital.
5. Elakkan dari merakamkan foto pesakit tanpa izin waris dan pesakit sendiri. Apatah lagi menyebarkan gambar tersebut pada orang lain. (Peraturan di hospital sebenarnya tidak boleh rakamkan gambar, apa lagi di wad-wad kritikal).
6. Pelawat lelaki yang bukan mahram tidak digalakkan masuk melawat pesakit wanita. Kebiasaannya keadaan pesakit wanita di Wad ICU/HDW (juga di wad biasa) dalam keadaan tidak menutup aurat. Wakilkan waris perempuan untuk melawat.
7. Elakkan terlalu banyak bertanya kepada waris. Katakan perkara yang baik dan positif sahaja walaupun pesakit nampak sudah terlalu uzur.
8. Doakan pesakit ketika berada di sisinya.
9. Elakkan mempromosi dan menjual sebarang produk ‘supplement’ kepada waris ketika ini.
Maaf jika ada kekurangan. Catatan adalah berdasarkan pengalaman peribadi menjaga suami yang terlantar di Wad HDW selama 10 hari dan di wad biasa selama sebulan.
Baru tiga hari umat Islam menyambut ramadan, keluarga ini menerima khabar duka bila mana anak yang hilang sejak 42 hari yang lalu ditemui meninggal dunia.
Tanda tanya kehilangan Ahmad Farid Ahmad Alaudin, 19 akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, jam 12 tengahari semalam.
Menurut kakak arwah, Nur Syafiqa Alaudin, kali terakhir dia melihat arwah adalah pada 13 Mac yang lalu.
“Tiada kelakuan ganjil dari arwah tetapi kebelakangan ini, dia solat agak lama berbeza seperti lazimnya. Arwah juga ada meminta dibelikan baju Melayu berwarna putih dan hajatnya itu sudah disempurnakan serta arwah sempat menggunakan sekali baju berkenaan.
Sementara itu, seorang lagi kakak arwah, Ain Alaudin turut memuat naik menerusi facebook mengenai kisah kehilangan adiknya yang akhirnya ditemui dalam keadaan yang sayu.
Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.
Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.
Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.
Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.
.
Hari berganti minggu Minggu berganti bulan Selepas empat puluh dua hari Dua ramadhan Akhirnya terjawab kehilangannya..
Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. .
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.