Sebagai wanita yang telah berkahwin, kita sering meletakkan dan berharap suami dapat membahagiakan kita hingga ke hujung nyawa. Umumnya, kita mahu suami adalah insan terbaik untuk kita, namun jika ada kekurangannya sering juga menyebabkan rasa kecewa dan lebih teruk menjadi punca kemarahan dan sekali gus menghilangkan kemanisan dan kebahagiaan berumah tangga.
Untuk itu, apa yang harus kita lakukan sebagai isteri agar bahagia yang kita impikan dapat dirasai hingga hujung nyawa bersama pasangan. Untuk itu, ikuti perkongsian Ummu Izz yang diharapkan dapat membantu ramai isteri untuk menjadi iterbaik dan sekali gus memiliki suami terbaik.
Dulu saya selalu berharap bahagia dari suami, bila harapan diletakkan pada makhluk, maka saya banyak kecewa, marah dan sedih bila suami tak capai standard/piawaian yang diharapkan.
Dalam banyak perkara, saya nak suami ubah jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membebel, marah, sindir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah.
Dalam masa yang sama, saya tak rasa saya salah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik.
Dimana salahnya saya?
Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan “aku betul, kau salah”.
Jika “siapa betul siapa salah” jadi ukuran, sudah tentu Nabi saw tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Baginda tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda mengaku salah.
Itulah akhlak yang mulia.
Akhlak saya tidak baik, membebel sikap yang tidak baik, marah-marah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?
Ads
Saya menyuruh kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan kebencian dalam hati suami dan anak. Sebab itulah bebelan, herdikan, tengkingan, tidak akan jadi “asbab hidayah” untuk orang sekeliling berubah.
Membebel, memarahi secara menengking, mengherdik, ia bukan kaedah mendidik, sebaliknya ekspresi kemarahan yang dilepaskan oleh nafsu mazmumah dalam diri.
Kaedah mendidik manusia, tidak dapat tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda saw.
Akhlak must comes first.
Jika tiada akhlak, bahkan membebel meleteri 24 jam non-stop sekalipun, tiada hati yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik.
Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membebel.
Ads
Dimarahi, dileteri, ditengking, dihina, diherdik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjauhkan dan merosakkan hati-hati yang baik.
Di satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya “pejam mata” akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling.
Hebatnya Allah Ta’ala, bila saya fokus ubah diri sendiri, Allah tak semena-mena mengubah suami saya.
Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat mental membebel setiap hari, tapi sebaliknya keburukan yang saya dapat, bergaduh siang malam, hati tak tenang, stress, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat, jaga solat awal waktu, baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini.
Beliau jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid, makin banyak luangkan masa dengan anak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-lumba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat diluar rumah, jaga amal, ikram ahli keluarga, infaq sana sini, masya Allah…
Ads
Benarlah Allah kata, “jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih” (QS,14:7)
Teringat pada kata-kata Ustaz Ebit, “jangan ubah pasangan kita, tapi ubah diri kita”
Akhlak Ustaz Ebit saja telah dapat tarik arwah ibu beliau meninggal dunia dalam Islam, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik ayah beliau mengenal Allah, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik isteri beliau terjun dalam kerja-kerja dakwah, akhlak para daie ini bahkan telah berjaya menarik golongan LGBT, mat rempit, drug addicts, dan sebagainya ummat yang jauh dari agama.
Yang mana mereka bukan telah confirm neraka, dan kita pula bukan telah confirm syurga.
Saya yakin, tiada kejayaan melainkan dengan cara Nabi saw dan para sahabat radhiaLlahu ‘anhum, yakni orang-orang yang telah berjaya, yang dijamin syurga oleh Allah ta’ala…
Disclaimer: Post ini berkisarkan tentang akhlak dalam mendidik jiwa manusia, bukan ingin merendahkan sesiapa atau ingin memuji sesiapa, tapi digarapkan dalam bentuk pengalaman dan kisah peribadi saya sendiri.
Moga Allah ampun, moga Allah redha, tempat tuju kita semua akhirnya kembali ke sana jua.
sumber : Ummu Izz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut aje minuman Milo, pasti terbayang minuman milo ais kaw. Biasanya jika bancuh sendiri rasanya kurang berbanding bila order di kedai.
Tentu ada yang teringin nak minum ais rasa seperti dikedai. Tetapi tak tahu bancuhan dan step yang betul. Rupanya ini rahsia untuk dapatkan rasa air Milo kaw!
Sebagaimana yang dikongsi oleh peniaga air ini menerusi TikToknya, dengan nama yonazmi.
Video yang berdurasi hanya 59 saat ini mendapat tontonan sehingga 1.3 juta dengan tanda suka lebih 112K.
Walau apa jua pekerjaan, ia mempunyai keistimewaan tersendiri. Lebih-kebih lagi yang membawa manfaat untuk orang lain. Demikian lah jua dengan pekerjaan sebagai tukang cuci. Bergelumang dengan ]kotoran dan juga najis orang lain, bukan semua orang sanggup kan.
Sebab itulah kita harus menghargai setiap titik peluh orang lain tak kira dalam apa jua situasi. Dalam satu perkongsian di twitter, wanita ini berkongsi kisah ibunya yang bekerja sebagai cleaner si sebuah sekolah.
Apa yang menariknya, seorang pelajar sekolah jenis kebangsaan cina ini mengutuskan surat berterima kasih kerana mencuci tandas dengan bersih. Bukan itu sahaja, pelajar berkenaan turut memberikan hadiah berupa biskut Oat Crunch lagi kepada ibu wanita berkenaan.
Kerja dan usaha mak dihargai
Semalam dapat biskut oat crunch hari ini pula dapat cebisan luahan rasa seorang anak kecil darjah 3 siap dengan lukisan. Me dan makcik cleaner.
Pengguna Twitter, Khairunnisa Afifah meluahkan rasa terharu apabila ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci menerima sebuah lukisan beserta biskut sebagai perhargaan. Tindakan mulia pelajar itu jelas sekali menggembirakan hati ibu apabila ibunya memuatnaik foto di Whatsapp Story.
‘I like our bathroom’
Makcik, you wash the bathroom so clean. You keep some water in the bin, when there were no water and you always mop the floor so clean that we can’t see the foot prints. You wash the toilet so clean that we can use goodly. I like our bathroom.
Di dalam surat yang diutuskan seorang murid darjah 3, dia berterima kasih kepada ibu wanita berkenaan kerana telah membersihkan tandas dengan baik sekali. Menurut pelajar itu lagi, Jika tiada air, makcik siap-siap menadah air di dalam baldi untuk kegunaan mereka. Malah, lantai dimop sehingga tiada langsung kesan tapak kaki pelajar.
Dari budak darjah 3
Di dalam perkongsian tersebut, Khairunnisa turut memberitahu yang surat tersebut ditulis oleh pelajar darjah 5 atas permintaan adiknya yang darjah 3.
Di ruangan balas, netizen kagum dengan ajaran ibu bapa murid supaya menghormati dan menghargai setiap lapisan masyarakat. Mereka turut merasakan ibu gadis ini bekerja dengan ikhlas sehingga ramai yang menghargai usahanya.
Apam beras memang enak rasanya, gebu dan lemak manis rasanya. Nak tahu rahsia menyediakan apam ini berserta cara sediakan ragi nasinya, jom semak.
Ini lah keje akak setiap hari. Buat kuih apam beras untuk dihantar ke gerai-gerai. Alhamdulillah. Do’akan rezeki akak lancar
**AKAK DAH BAGI LENGKAP TERUTAMA BAB CARA RAGIKAN NASI TU**
CARA BUAT TAPAI NASI/CARA RAGIKAN NASI
1- Sebiji ragi ditumbuk guna batu lesung/apa-apa sahaja janji sampai halus (jangan buka plastik)
2- Gunting plastik dan taburkan ragi yang dah ditumbuk tadi ke dalam 3 senduk nasi. Kalau nak pakai 1 senduk nasi, sila kurangkan ragi.
3- Ragi dan nasi tadi digaul sebati.
4- Perap 2 malam. Simpan di luar sahaja dalam bekas tertutup. Tak perlu bungkus dengan kain. Janji tutup.
5- Bila dah diperap 2 malam dia akan jadi tapai. Tapai inilah yang akan kita gunakan untuk buat apam beras. Tujuan guna tapai nasi untuk bagi rasa yang sedap. Kalau TAK guna tapai nasi dia punya rasa apam tu kosong. Hanya rasa tepung.
***TAPAI NASI BOLEH BERTAHAN SAMPAI 1 BULAN. JANJI SIMPAN DALAM BEKAS BERTUTUP. JANGAN RISAU TAKKAN BASI. AKAK LETAK KAT LUAR JE. NAK SIMPAN DALAM PETI AIS PUN BOLEH. IKUTLAH. MANA-MANA BOLEH.***
RESEPI APAM BERAS (30 biji)
BAHAN-BAHAN
1 paket @ 500g tepung beras cap teratai
1 senduk tapai nasi – dibleder @ dikisar halus dengan sedikit air
(Ragikan dan perap 2 malam. Letak diluar sahaja dalam bekas tertutup)
***1 biji ragi untuk 3 senduk nasi***
1 cawan gula pasir
1 paket kecil eno warna biru
(Fungsi eno nak bagi kembang/mekar/pecah)
2 cawan air
Pewarna (jika perlu)
CARA-CARA
1- Satukan tapai nasi dan tepung dalam 1 bekas. Kemudian masukkan air. Kacau sebati.
2- Perap selama 3-4 jam. Kalau cepat kembang perap 3 jam je.
3- Bila dah kembang masukkan eno.
4- Masukkan pewarna pilihan.
5- Kukus selama 10 minit. Api besar.
6- Time nak makan baru gaul dengan kelapa.
Sumber : Muhammad Sayuti Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.