Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menantikan kehadiran zuriat bagi menyemarakkan lagi kasih sayang dan penyambung warisan keluarga.
Namun, tidak semua yang bernasib baik terus lekat selepas berkahwin. Ada yang mengambil masa tak kurang yang terpaksa melalui pelbagai rawatan dan ubat sebelum dikurniakan anak.
Kisah wanita ini juga berkait dengan kehadiran zuriat dalam rumah tangganya. Perkahwinan yang memasuki usia dua tahun tidak menampakkan tanda-tanda dia bakal hamil.
Namun, segalanya berubah apabila dia dan suami mengambil keputusan untuk memelihara seekor kucing. Benarlah seperti yang diperkatakan, pasti ada ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, yang sememangnya kita ketahui haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu.
“Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.Heera dan suaminya Shidee memelihara seekor kucing berwarna hitam diberi nama Le Que.
“Akibat terlalu sunyi, saya dan suami bersepakat untuk bela kucing dan kami beli daripada salah seorang rakan kami. Alhamdulillah, sebulan selepas itu saya disahkan mengandung, ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.
Ads
“Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya.
“Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.
Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing.
“Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti,” katanya yang tinggal di Gelugor, Pulau Pinang.
Bercerita lanjut, Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.
“Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing.
“Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing.
Ads
“Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing,” ujarnya yang tidak menyangka perkongsian itu akan menjadi viral.
Heera memberitahu suaminya, Shidee seorang yang penyayang dan pencinta haiwan.
Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya.
“Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata,” katanya.
Selain itu Heera mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi.
“Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.
Ads
“Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai baby, saya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul.
“Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri, ujarnya.
Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan.
“Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan.
“Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke?
“Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka.
“Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah, ujarnya.
sumber: mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alang-alang di rumah ada sepasu dua pokok bunga yang kita tanam, takkan hendak dibiarkan sekadar disiram sahaja. Jika ini yang biasa kita lakukan, patutlah pokok bunga di laman rumah tidak segar malah kita hendak lihat berbunga jauh sekali.
Jadi apa perlu buat?
Ya sepatutnya kenalah di baja, barulah tanaman tersebut dapat nutrisi dan khasiat yang diperlukan untuk membesar dan sekali gus berbunga lebat. Oleh itu, selain menggunakan baja kimia, ada baiknya kita gunakan baja organik yang boleh dihasilkan daripada bahan-bahan terbuang daripada dapur rumah kita sendiri. Bukankah ini lebih menjimatkan?
Nak tahu caranya, jom semak perkongsian daripada puan Nur Aida Md Zainuddin.
3 JENIS BAJA ORGANIK DARI KULIT TELUR, ROTI EXPIRED DAN SISA DAPUR MENGHASILKAN TANAMAN YG SUBUR DAN LEBAT BUAH/BUNGA
1. BAJA KULIT TELUR
Kulit telur ni bagus utk membekalkan kalsium pada pokok. Aida perasan kalau letak baja kulit telur ni buat pokok cepat bertunas baru, semakin sihat dan kuat! Kalau letak pada pokok bunga ros buat cepat bertunas dan keluar bunga!
CARA:
1. Kulit telur dibersihkan dan dijemur sehingga kering
2. Blend kering
3. Simpan dalam bekas dan sedia digunakan.
2. BAJA ROTI
BAHAN2:
1. Roti
2. Air tanpa klorin
Sukatannya:
1. 1 keping roti nisbah 1.5liter air
2. Peram sehingga 7hari
3. Hari keempat buka sikit tutup dia utk keluarkqn gas. Hati2 sbb baunya busuk
4. Hari ke-7 sedia digunakan
3. BAJA SISA DAPUR
Semua sisa dapur spt air basuhan ikan, basuhan beras, udang, kulit bawang diblend dan airnya digunakan utk siraman pokok.
Memang subur! Selamat mencuba
sumber : Nur Aida Md Zainuddin via Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rambut yang gugur teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak sememangnya buat ibu menjadi risau. Setiap hari ada sahaja gumpalan rambut yang memenuhi ruang. Buntu rambut makin menipis.
Boleh dikatakan setiap kali menarik rambut, segumpal helaian akan melekat di tangan. Itulah juga perkara yang berlaku setiap kali menyampu rambut. Adakalanya buat kita rasa bimbang.
Jangan bimbang kerana ia adalah masalah biasa bagi semua wanita. Apabila anak semakin membesar, masalah ini akan semakin berkurangan. Namun ibu boleh juga usahakan beberapa kaedah untuk merawatnya. Lima kaedah dengan rawatan dan petua alami ini adalah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Jom cuba.
1. Lidah Buaya
Caranya: Gosokkan lendir dari lidah buaya pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit sambil membuat urutan pada kulit kepala. Kandungan tonik dan juga nutrisi lain di dalamnya berkhasiat membantu menyuburkan rambut.
2. Santan
Caranya: Ambil sedikit santan dan lumurkan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Kemudian, tutup rambut dengan menggunakan tuala yang dipanaskan dengan air suam. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Untuk menghilangkan bau santan, cuci rambut dengan syampu.
3. Minyak Zaitun
Caranya: Titiskan beberapa titisan minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci rambut. Urut selama beberapa minit dan biarkan semalaman. Cuci rambut dengan syampu sekali lagi keesokan harinya. Rambut akan jadi lebih halus dan lembut.
4. Minyak Kelapa dan Zaitun
Caranya: Campurkan kedua jenis minyak ini dan sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut kulit kepala perlahan kemudian tutup dengan tuala. Biarkan selama dua jam kemudian basuh rambut seperti biasa.
jar of honey
5. Madu Asli
Caranya: Sapukan madu pada rambut dan kulit kepala. Urut dengan lembut dan kemudian biarkan selama beberapa minit. Bilas rambut dengan air bersih. Madu bertindak untuk merangsang pertumbuhan akar rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
6. Saderi
Caranya: Ambil kira-kira 10 helai daun saderi. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Sapukan pada keseluruhan rambut. Urut lembut kulit kepala selama beberapa minit dan biarkan selama satu jam. Kemudian, bilas dengan air bersih.
7. Kacang Hijau
Caranya: Rendam kacang hijau semalaman, tapis kacang hijau dan ambil airnya. Air kacang hijau bagus untuk merawat rambut gugur oleh itu, sapu ke seluruh kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di