Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, Siti Jamumall yang mengalami keguguran pada 28 September lalu mengakui tidak serik untuk hamil lagi malah mendoakan agar dikurniakan rezeki lagi.
Usahawan dan personaliti media sosial itu bersama suaminya Aiman Zafran bahkan tidak akan berputus asa untuk menimang cahaya mata mereka bersama.
Bahkan kata Siti lagi, dia tidak menghadkan berapa jumlah anak dan menerima sahaja rezeki yang sudah ditentukan Ilahi.
Ads
“Semestinya selepas keguguran, orang mahukan cahaya mata.
“Saya pun begitu, mahukan anak sehinggalah umur saya mencecah 30 hingga 35 tahun. Saya terima sahaja, kalau seorang setiap tahun pun okay,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Siti Jamumall yang hamil tiga minggu disahkan oleh doktor mengalami kandungan anggur.
Ads
Bagaimanapun Siti reda apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata bersama Aiman tidak kesampaian dan terpaksa menjalani pembedahan mencuci kandungannya pada penghujung September lalu.
Gembira anak pada pemberian ibu bapanya, gembira ibu bapa pula pada kejayaan anak-anaknya. Begitulah kelazimannya dan tidak hairanlah setiap kali anak-anak memperolehi kejayaan, kita jugalah orang yang paling bahagia dan bangga dengan apa yang mereka perolehi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina, 55, berkongsi kegembiraan dengan pencapaian puteri tercintanya, Hani Karmila atau lebih dikenali Mila apabila meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri, Jujitsu kategori 58 kilogram (kg) di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.
Berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram, Tiara berkata, kejayaan terbabit adalah kali pertama diraih Mila di peringkat antarabangsa.
“Saya berbangga dengan anak perempuan saya, Mila. Dia baru saja memenangi pingat emas antarabangsa pertamanya mewakili Malaysia dalam sukan Jujitsu.
“Kejayaan ini berlangsung di Singapura, dalam kategori tali pinggang biru bawah 58kg. Saya tumpang gembira untuk pasukan Ryu Combat Academy pada perlawanan antarabangsa pertama mereka. Syabas juga buat jurulatih Abang Saef Hud,” tulisnya.
Menurut Tiara sebagaimana memetik Berita Harian Online, kemenangan itu cukup bermakna buat Mila yang terpaksa melalui dugaan menerima rawatan di hospital beberapa kali.
“Kemenangan ini amat bermakna kerana Mila keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu, tetapi dia masih mengikuti latihan dan berusaha keras. Segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil hari ini,” tulisnya lagi.
Jujitsu adalah seni mempertahankan diri dari Jepun yang menggunakan senjata pendek atau tanpa senjata dan Malaysia mula menghantar wakil pada acara berkenaan bermula 2019.
Anak-anak ni segalanya buat ibu bapa. Apa yang diminta mesti akan dipenuhi permintaannya meskipun sedar diri tak mampu. Apatah lagi berkaitan dengan perkara yang membanggakan ibu bapa, pasti akan dituruti.
Baru-baru ini tular kisah dari seorang peguam jenayah bernama Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang berkongsi sebuah kes yang dikendalikan beliau dan kisah itu tidak pernah dilupakannya sehingga ke hari ini.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, kejadian itu berlaku pada tahun 1998 di mana beliau menyaksikan seorang wanita berbangsa India dengan tangan digari telah dibawa ke mahkamah atas kesalahan mencuri set lengkap kotak pensel di sebuah pasar raya yang bernilai kira-kira RM18.
Difahamkan, ibu itu bertindak sedemikian kerana dia sudah berjanji dengan anak lelakinya untuk memberi hadiah sebuah kotak pensel jika mendapat nombor 1 dalam pelajaran di sekolah.
Bagaimanapun, ibu tersebut terpaksa mencuri barang yang dijanjikan kepada anaknya kerana kesempitan wang.
“Sekitar tahun 1998, saya bertemu dengan seorang wanita berbangsa India dalam mahkamah. Saya tanya dia, apa masalahnya? Dia menjawab yang dia mencuri satu kotak pensel untuk dijadikan hadiah kepada anaknya yang dapat nombor satu. Katanya, harga kotak pensel itu sekitar RM18.
“Jadi, saya beritahu majistret yang saya mahu pergi berjumpa dengan guru besar anak wanita itu. Sesampai di sekolah, guru besar telah membuktikan yang anak wanita itu tadi benar-benar dapat nombor satu,” katanya.
Menurut Ahmad Zaharil yang sudah 31 tahun berkhidmat sebagai peguam, guru besar berkenaan setuju untuk memberi keterangan kepada mahkamah mengenai isu tersebut.
“Selepas mendengar, majistret memberi hukuman berkelakuan baik terhadap wanita itu. Sebelum beredar, saya beri sedikit duit kepada wanita itu. Saya pun dah lupa berapa yang saya bagi.
“Tapi beberapa individu lain turut menyumbang dan saya rasa adalah dalam RM200 untuk dia berbelanja,” katanya.
Mengulas lanjut, setelah beberapa tahun, beliau didatangi seorang lelaki yang telah memerhatinya beberapa hari di kantin.
Rupa-rupanya, lelaki itu merupakan anak kepada kes wanita tersebut dan dia juga telah berjaya menjadi seorang peguam.
“Suatu hari, saya duduk di kantin.. ada seorang peguam asyik tengook saya. Keesokan harinya pun dia asyik tengok saya sambil tersenyum. Pada hari ketiga, dia datang berjumpa dengan saya.
“Dia tanya saya ni Encik Ahmad ke? Saya jawab ya. Kemudian dia kata emaknya kirim salam. Katanya, mungkin saya tidak ingat.. tapi dia adalah kanak-kanak yang mahukan kotak pensel suatu ketika dahulu. Dan kanak-kanak itu sudah menjadi peguam sekarang.
“Berjurai air mata saya. Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan.. Itu menjadi kenangan yang saya takkan lupa sampai mati,” tambahnya.
Perkongsian video itu turut mendapat perhatian netizen, rata-ratanya begitu tersentuh dengan kisah tersebut yang boleh dijadikan pengajaran bersama.
Wanita dan pemakaian barang kemas dilihat memang begitu sinonim. Lantaran itu dalam memahami naluri wanita yang suka akan barang kemas, tidak hairanlah aksesori yang bernilai ini turut dijadikan antara hadiah yang istimewa oleh seorang suami untuk menghargai isterinya yang tercinta.
Manakala daripada pihak isteri pula, sewajarnya kita kenalah tunjukkan rasa berterima kasih kepada suami dengan pemberian tersebut. Paling mudah, sentiasa pakai barang kemas yang telah dihadiahkannya itu.
Pun begitu, anda perlu tahu bila barang kemas ini sentiasa dipakai dan dijadikan basahan. Lama-kelamaan warnanya akan kelihatan kusam dan juga nampak kotor kesan daripada pelbagai sebab.
Umunya tahu, kalau ingin cuci barang kemas biasanya akan dihantar ke kedai emas. Pun begitu, ada cara termudah dan jimat untuk anda lakukan sendiri proses mencuci emas ini. Nak tahu lebih lanjut jom semak perkongsian daripada Maryam Empayar Gold.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.