“Settle Kerja Mak-Mak Paling Hazab.” Ibu Ni Kongsi Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Sental. Guna Sabun Ajaib Termurah, Hanya RM2.10 Jer!

Share

Kotoran yang melekat pada pakaian putih terutama baju sekolah anak-anak memang memeningkan kepala para ibu. Kalau asyik guna peluntur, warna pada baju itu pula akan pudar dan lebih kronik lagi mudah reput. Jadi, bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini?

Jom cuba tip yang mudah ini dengan menggunakan sabun buku sahaja. Tip ini dikongsikan oleh Emy Amiza 

menerusi facebooknya.

Cukup mudah dan menjimatkan, hanya beli sabun ini di kedai Eco masalah kotoran pada baju putih anak akan dapat diatasi. Tak percaya, jom cuba sendiri nanti. Kongsikan dengan admin ye!

Teknik yang betul

Setelah memperoleh 513429867 like; 5 warga bumi dan selebihnya alien, maka hari ini saya nak share cara cuci uniform tanpa meroyan, tidak terus membebel daripada mula menyental hingga sidai serta tak buat lengan anda jadi sado.

Nota penting: Sila rujuk caption pada setiap gambar untuk teknik yang betul ?

?

Bapak ke main hitam bahagian leher ni. Aku syak dorang ni membajak kat sekolah.
Sabun ajaib termurah di pasaran. Sila serbu kedai Eco dua hinggit seposen. Baik korang borong sebab selalu tak ada stok.
Sebelum rendam, korang tonyoh sabun kt bahagian yang paling kotor menjijikkan meloyakan. Kalau ada kepam2 tu abaikan saja. Air rendaman akan bertindak membersihkan semua kotoran
Tara… Tak perlu nak sental. Bersih putih jah. Settle kerja paling hazab mak bila ada anak2 suka kotorkan baju. Sekarang mak ada byk masa berFB ??

Selain pakaian, dia juga menggunakan sabun yang sama untuk menyental stroller dari lama menjadi seakan-akan baru.

 

IKLAN