Terbaru dalam perkongsian Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerusi laman instagram, suami kesayangan Datin Dr Halina ini kini sedang berada di Jakarta atas urusan kerja.
Sememangnya , Angkasawan Negara ini sejak dahulu lagi sudah diketahui ramai, seorang bapa penyayang yang membuatkan ramai kagum dengan caranya membesarkan anak.
Tidak hairanlah, dia sedari awal sudah menyiapkan jadual bagi memudahkan isterinya menguruskan anak-anak mereka apabila dia tiada di rumah.
Ads
Leaving for Jakarta
Im heading to Jakarta for 3 days and feeling dreadful leaving the Family behind .
I left some chores for Dr Halina .
Im glad she took the day off to handle the kids …
Tu baru hantar & pick-up the Children .
Dalam perkongsian tersebut, Sheikh Muszhapar turut memberitahu anak kembar lelakinya Adam dan Noah kini tidak sihat mungkin kerana merinduinya yang jarang meninggalkan mereka sebelum ini.
clomets.co Adore how u susun your jadual for kids dr 👏👏👏👏
nadiah_magdalena Wow this is usually a text from wife to husband. 😂😂😂
ummy.admi Now I understand the reason Dr Halina willing to have many children 😊
athirahh.ali This is amazing! Usually the schedule text comes from wife to husband 😂 May Allah ease everything to every parents in managing their kids & family 🤍
Tak kurang yang terhibur dengan reaksi Dr Halina yang kini sedang bercuti bagi menguruskan anak-anaknya. Dia mengadu terasa mahu demam bila mana dirinya terpaksa mengambil alih tugas suaminya selama ini.
liena_radzi @drhalina semua manje daddy ye? Family i pun mcmtu.. hubby xda..semua xlalu mkn, nk dmm..even my youngest daughter smpikan tunggu daddy blk.. baru dia poo..bygkan..nk daddy cebok😂
Proses mengupas bawang adakalanya membuatkan kerja-kerja memasak jadi sedikit terlambat. Tambah-tambah lagi ketika mengejar masa, mengupas bawang jadi terlalu sukar.
Tip yang dikongsikan oleh @awangdapur ini mama kena cuba. Memang mudah dan pantas untuk mengupas.
Tips kupas bawang merah. Siap!
Langkah-langkah:
1) Ambil satu mangkuk, masukkan semua bawang.
2) Siram dengan air yang mendidih sehingga terendam kesemua bawang.
3) Biarkan sekejap beberapa minit dan toskan airnya.
4) Tak perlu keringkan, boleh terus potong bahagian atas dan bawah bawang.
5) Hasilnya kulit bawang lebih mudah ditanggalkan.
Beberapa hari ini kita sudah nampak di bahu-bahu jalan orang menjual durian. Itu menandakan satu berita yang menggembirakan buat penggemar durian.
Jadi sebelum membeli, ada baiknya ketahui dulu tip untuk mendapatkan durian yang terbaik sebagaimana yang dikongsikan oleh Azahari Abdullah. Jom semak.
Tips beli durian…( semalam baca, hari nih pi beli, lihatlah isinya)
1. Hindari Memilih Berdasarkan Warna
2. Pilih yang Berbentuk Bulat
Pilihlah durian yang berbentuk bulat. Umumnya, durian yang berbentuk bulat memiliki isi yang berwarna kuning dan lebih matang dibandingkan yang berbentuk lonjong. Durian dengan bentuk lonjong memiliki lebih isi lebih sedikit.
3. Periksa Tangkainya
Siapa sangka kalau tangkai juga boleh menjadi petunjuk durian sudah matang, atau tidak. Durian dengan tangkai yang tebal dan pendek menunjukkan bahwa isi buah tersebut tebal dan banyak. Hal sebaliknya jika tangkainya ramping dan panjang pertanda isi tersebut sedikit dan tidak terlalu tebal.
4.Bentuk Durinya
Pilih durian yang enak dan matang juga dari bentuk durinya. Pilih durian dengan bentuk duri pendek dan jarang, kerana dipercaya lebih manis dibandingkan duri panjang dan berdempet atau terlalu banyak. Duri tersebut bisa menjadi tanda buah daging yang sedikit.
5. Beratnya Ringan
Jika Anda membeli buah durian dengan berat yang ringan maka pertanda kalau buah durian tersebut matang dan berlimpah. Semakin berat durian tersebut maka bijinya yang besar, bukan isinya. Semakin besar bijinya, maka isinya semakin tipis.
Sumber : Azahari Abdullah via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keadaan bilamana kulat tumbuh pada bahagian dinding rumah sering menjadi antara masalah yang dihadapi terutama membabitkan ruang dapur dan bilik air. Kebiasaanya kulat yang berwarna hijau dan kehitaman akan mudah tumbuh memenuhi simen serta jubin di persekitaran yang sejuk dan lembab. Bahkan kulat ini juga mudah merebak kepada barangan lain termasuk paip, kelengkapan mandian dan sebagainya jika tidak dibersihkan.
Keadaan seperti itu memang menjijikan bahkan apa yang lebih merisaukan kulat tersebut boleh memberi kesan buruk pada otak penghuni kediaman tersebut. Ini sebagaimana menurut Dr Rizal Abu Bakar yang juga merupakan doktor yang sering berkongsi info berkaitan penjagaan otak di media sosial.
“Kulat kat dinding bukan saja sakitkan mata bila tengok. Geli pun ada. Tapi paling malang ialah ramai tak tahu impak lain kulat kat dinding ni.
“Kulat kat dinding rumah adalah toksid. Kulat macam ni bagi kesan buruk pada otak.”Tulisnya di akaun facebook.
Lantaran itu, Dr Rizal berkongsi beberapa tip mudah dan selamat untuk dipraktikkan bagi menghilangkan kulat yang melekat di kawasan dinding dengan cara alami dan natural.
Nyahkan kulat dari dinding dengan cara natural berikut:
1. Gunakan cuka. Masukkan cuka ke dalam bekas botol spray. Tak perlu tambah air. Cuka hanya ada 20% acetic acid. Kalau lebih nanti kurang acetic acid.
Spray kawasan kulat. Biarkan 1 jam. Lepas sejam boleh lap kawasan kulat dengan kain.
2. Guna Baking Soda. Masukkan satu 1/3 sudu besar ke dalam botol spray. Goncang hingga larut.
Spray kawasan yang terkena kulat. Lap kawasan itu dengan kain bersih. Bilas tempat sama dengan air bersih.
Kemudian spray sekali lagi dengan air Baking Soda. Biarkan kering.
3. Air Lemon. Gunakan 3-5 lemon. Perah dan keluarkan jus lemon.
Tanpa perlu tambah air spray kawasan yang terkena kulat.
Lap kawasan itu dengan kain yang dibasahkan. Boleh diulang sekiranya masih ada kesan kulat. Tidak perlu dibilas dengan air.
Mudah bukan. Jaga diri. Jaga otak. Cari yang alami atau natural.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.