Ads

Sheikh Muszaphar Tunaikan Impian Ibu Ke Tanah Suci, “Ibu Termimpi-mimpi Nak Pergi”

Sheikh Muszaphar Tunaikan Impian Ibu Ziarahi Kaabah

Apabila angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha akhirnya merealisasikan hasrat insan paling istimewa dalam hidupnya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, ia bukan sekadar sebuah perjalanan ibadah, tetapi simbol kasih seorang anak terhadap ibu yang tidak pernah jemu berkorban sejak kecil.

Sheikh Muszaphar Tunaikan Impian Ibu Ke Tanah Suci, “Ibu Termimpi-mimpi Nak Pergi”

Perjalanan penuh makna ini dilakukan berdua sahaja bersama ibunya yang kini berusia 81 tahun, demi memastikan impian tersebut tidak terus tertangguh. Sheikh Muszaphar membuktikan bahawa membahagiakan ibu adalah satu tanggungjawab yang tidak seharusnya ditangguhkan.

“Ibu Termimpi-mimpi Nak Pergi”

Menurut Sheikh Muszaphar, ibunya sering bermimpi tentang Kaabah dan beberapa kali meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah. Walaupun anak-anak lain mempunyai komitmen masing-masing, beliau mengambil keputusan untuk membawa sendiri ibunya ke Makkah.

“Ibu termimpi-mimpi Kaabah. Luahkan hasrat nak pergi. Anak-anak semua sibuk. Saya buat keputusan untuk bawa dia ke sana, cuma saya dan ibu,” kongsinya dengan penuh rasa syukur.

Keputusan itu dibuat tanpa ragu kerana baginya, peluang untuk menggembirakan ibu adalah satu nikmat yang tidak ternilai, apatah lagi apabila melibatkan urusan ibadah dan kerohanian.

Ads
Sheikh Muszaphar Tunaikan Impian Ibu Ke Tanah Suci, “Ibu Termimpi-mimpi Nak Pergi”
Sheikh Muszaphar (tengah) bersama bapanya, Sheikh Mustapha (kiri) dan ibu, Datin Zuraida Sheikh Ahmad. Sheikh Mustapha meninggal dunia pada pagi Jumaat. Foto sinarharian.com

Detik Bermakna Sepanjang Ibadah Umrah

Lebih menyentuh hati, Sheikh Muszaphar berkongsi bahawa sepanjang perjalanan ibadah tersebut, dialah yang memimpin ibunya. Detik itu mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak, ketika ibunya tidak pernah jemu memimpin dan menjaga dirinya dengan penuh kasih sayang.

Katanya, pengalaman itu bukan sekadar menunaikan ibadah umrah, tetapi sebuah perjalanan jiwa yang mendalam dan sarat dengan pengajaran tentang pengorbanan seorang ibu.

Ads

Sheikh Muszaphar menyifatkan peluang membawa ibu menunaikan umrah sebagai antara pengalaman paling berharga dalam hidupnya, lebih-lebih lagi apabila dapat melihat kegembiraan dan ketenangan wajah insan yang paling disayanginya.

“Ibu Adalah Segala-galanya”

“Ibu adalah segala-galanya. Ada sebab kenapa syurga di bawah tapak kaki ibu,” katanya lagi penuh keinsafan.

Beliau turut mengingatkan bahawa dalam Islam, kedudukan ibu sangat dimuliakan. Malah, dalam hadis Rasulullah SAW, nama ibu disebut sebanyak tiga kali sebelum ayah, sebagai simbol betapa besarnya jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak.

Menurut Sheikh Muszaphar, kejayaan dan kebahagiaan seseorang anak tidak akan lengkap tanpa reda dan doa daripada seorang ibu.

Ads

Inspirasi Buat Semua Anak

Perkongsian Sheikh Muszaphar ini nyata menyentuh hati ramai, sekali gus menjadi peringatan agar tidak menangguhkan niat untuk membahagiakan ibu bapa. Selagi mereka masih ada, selagi itulah peluang untuk merealisasikan impian mereka perlu direbut.

Sesungguhnya, kisah Sheikh Muszaphar tunaikan impian ibu ini menjadi inspirasi buat setiap anak bahawa kebahagiaan seorang ibu adalah antara doa paling mustajab yang mampu mengiringi perjalanan hidup kita.

BACA LAGI : Dr Sheikh Muszaphar Hargai Pengorbanan Isteri, Tak Pernah Mengeluh. “Terima Kasih Isteri Tercinta”

Sumber: Instagram

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Muka Anak Neelofa Kembali Jadi Perhatian, Wajah Muhammad Bilal Tanpa Sticker

Wajah Muhammad Bilal tanpa sticker kembali jadi perhatian apabila video lama Neelofa bersama anaknya tular dan mengundang reaksi tersentuh netizen.