Terkenal Ikan Siakap sejak tular kisah mengenainya baru-baru ini. Rata-rata orang bercerita mengenainya.
Tak kurang juga ramai yang berkongsi resipi nak dan lazat menggunakan ikan siakap. Ada yang nak cuba buat? Jom tengok sendiri resipi air tangan Superdaddy Khairul Abdullah.
Resipi yang simple dan tak mahal pun harganya. Yang penting sesuai dengan selera anak-anak kerana resipi Siakap Steam Chinese Style ni tak pedas.
Masing-masing dah beli ikan siakap?
Dengan modal kurang RM10, yer bukan RM100 atau RM1,000 tau kita boleh buat siakap chinese style lah. Budak-budak kecik pun suka ni, tak pedas.
Jomlah cuba resepi Siakap Steam Chinese Style oleh Superdaddy Khairul Abdullah ni. Mudah sangat.
Bahan-bahan untuk projek kali ini ialah:
1 ekor ikan siakap, dibersihkan.
2 inci halia muda
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap
1 sudu minyak bijan
4 sudu minyak masak
½ sudu gula
1 sudu garam
Cara melaksanakan projek ini:
1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.
2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu taknak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan.
3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.
4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.
5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.
6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.
7. Siap dan hidangkan.
Oihh mudah kemain kan?
Sedap weh, cukup segala rasa masin manis dia. Paling penting tak perlu bayar beribu dan takde rasa sakit hati.
Yeahhh.
#ResepiSuperDaddy
#SiakapSteamChineseStyle
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club