Membangkitkan selera makan ada antara kita lebih teruja bila terlihat hidangan yang bercitarasa pedas.
Meskipun menu ikan bilis sekali pun namun bila dimasak bersama kentang goreng yang disaluti kisaran cili padi sudah mampu membuatkan tidak sabar untuk menikmatinya.
Jadi pada yang ingin mencuba rasa menu yang pedas dan power ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh qaseh_imans.
Ads
Ikan Bilis Kentang Goreng Cili Padi
Bahan-Bahan:
Kentang 2 biji
Bawang Kecil 3 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Besar 1 biji
Air Asam Jawa (sedikit)
Cili Padi 10 biji (ikut tekak masing-masing kalau nak pedas)
Gula & Garam secukup rasa
Ads
Ads
Cara-Cara Memasaknya:
1) Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan minyaknya dan asingkan tepi.
2) Goreng kentang dan toskan minyak serta asingkan letak di tepi dahulu.
3) Tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi hingga masak dan naik bau.
4) Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa tadi. Biarkan ia mendidih.
5) Gaulkan secukup rasa dengan garam dan gula.
6) Masukkan kentang dan ikan bilis tadi dan gaul rata.
7) Siap dihidang.
sumber : qaseh_imans
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susah nak pancing anak-anak makan buah? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni. Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah kan.
Resipi ini bukan sahaja lazat, malah sihat. Malah rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain. Jom cuba!
RESEPI SALAD BUAH BERKRIM
BAHAN-BAHAN
Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
Susu Pekat
Cheddar Cheese
Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
CARA-CARA
1. POTONG & KUPAS BUAH
Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.
2. POTONG CHEDDAR CHEESE
Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.
3. TAPIS FRUIT COCKTAIL & CORN KERNEL
Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.
4. GAUL KRIM
Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.
Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant. Ini gambarnya saya letakkan di bawah supaya senang korang nak cari.
Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.
5. MASUKKAN BUAH
Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.
6. SEJUKKAN
Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk baru sedap.
Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Sebab kita tahu lalat ini sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi kebiasaan setiap kali membeli telur kita akan mencucinya dan terus disimpan dalam peti sejuk agar telur dapat bertahan lebih lama. Sebenarnya cara penyimpanan ini adalah kurang tepat.
Menurut kajian terbaru mendapati ada kesan risiko yang berbahaya jika telur disimpan di dalam peti sejuk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Journal Food Of Protection, menyimpan telur di dalam peti sejuk dapat mengurangkan jumlah nutrisi di dalamnya.
Telur yang disimpan di tempat yang mempunyai suhu rendah boleh menghilangkan kandungan protein, enzim dan mineral di dalamnya. Jika semua nutrisi hilang, ianya tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada tubuh badan malah akan mendatangkan penyakit.
Hasil kajian ini juga turut mendapati bahawa telur yang disimpan di dalam peti sejuk lebih terdedah kepada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai salmonella.
Salmonella adalah jenis bakteria yang boleh menyebabkan beberapa masalah penyakit berjangkit seperti masalah pencernaan. Seeloknya, telur itu hendaklah disimpan di tempat yang memiliki suhu normal, tidak terlalu sejuk ataupun panas.
Namun, jika ingin menyimpan telur di dalam peti sejuk, pastikan tidak menggunakan ‘tray’ telur di bahagian pintu peti sejuk tersebut.
Ini kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama. Menyimpan telur di rak pintu peti sejuk menyebabkan suhu akan terjejas dan tidak seimbang kerana ia sering dibuka dan ditutup.
Oleh itu, simpan telur di bahagian lain seperti di dalam laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Sumber: Boldsky
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di