Tak ramai anak muda yang sanggup berkorban masa depan semata-mata untuk menjaga ahli keluarga yang ramai dan sakit.
Namun bagi gadis ini, dia lebih memantingkan keluarganya dari masa depan sendiri kerana rasa tanggungjawab yang menebal dalam hatinya.
Menerusi perkongsian video di TikTok yang dimuat naik oleh ibu gadis itu, anaknya yang akan memasuki tingkatan empat mendapat tawaran dari Kolej Vokasional Tanjung Puteri dalam kursus Teknologi Automotif.
“Bila keluar keputusan, barulah dia cakap ‘siapa nak bantu mama dan ayah uruskan Nenek Ani? Siapa nak uruskan adik-adik?’
“Patutlah beriya tak nak masuk kolej,” demikian antara kapsyen yang ditulis si ibu.
Wanita bernama Farisa Karmila itu berkata, dia sendiri terkesima bercampur sebak selepas anak sulungnya, Nur Faieza Farisa Mohd Fariduddin Fawwaz memilih untuk mengutamakan keluarga berbanding perkara yang melibatkan masa depannya.
“Sebenarnya sebelum Along mohon kolej, dia tanya dulu dan saya setuju saja. Selepas menjawab ujian kemasukan kolej, dia kata tak jadi nak masuk tapi tak cakap sebab.
“Kemudian selepas dapat panggilan interview, sekali lagi cakap tak jadi pergi kalau dapat. Saya tanya ‘Along nak kerja ke?’ tapi dia masih tak cakap sebabnya. Bila keluar keputusan pada 17 Mac baru-baru ini, saya tanya lagi sekali.
“Terus dia cakap siapa nak jaga adik-adik dan Nek Ani. Saya rasa sedih bila dengar kata-katanya. Dia pilih untuk utamakan keluarga ketika remaja lain teruja nak capai impian, tapi dia tolak,” ujar wanita berusia 34 tahun ini mengenai anak sulungnya yang digelar Along.
Menurut Farisa yang merupakan ibu kepada lapan cahaya mata, Along merupakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab, ringan tulang dan tidak pernah merungut meskipun masa remajanya banyak dihabiskan untuk keluarga.
“Along ada tujuh adik dan sebagai kakak, dia banyak membantu jaga adik-adik. Selain itu, dia juga jaga nenek saudaranya, Nek Ani yang terlantar sakit. Kami menjaga Nek Ani sejak 10 tahun lalu.
“Sebab terbiasa tengok saya dan suami uruskan Nek Ani, dia tak kekok langsung mandikan, bersihkan, bagi makan untuk Nek Ani lebih-lebih lagi bila saya sibuk berniaga makanan.
Ads
“Kadang-kadang dia bantu kami berniaga juga. Ada masa dia keluar juga dengan kawan-kawan tapi lebih banyak masanya untuk keluarga,” ujar ibu kepada cahaya mata berusia antara enam bulan hingga 16 tahun ini.
Bagaimanapun ujar Farisa, dia dan suami memujuk anak sulung mereka agar menerima tawaran tersebut demi masa depannya.
“Bahkan Nek Ani pun pujuk dia. Kami kata, urusan di rumah, biarlah mama ayah dan adik-adik yang dah besar uruskan. Akhirnya selepas dipujuk, Along akur untuk terima tawaran itu,” ujarnya yang menetap di PPR Kempas, Johor Bahru.
Farisa menambah, Along akan mendaftar masuk ke kolej berkenaan pada 27 Mac ini.
Tidak menyangka perkongsian kisah Along meraih melebihi 1.2 juta jumlah tontonan, Farisa berkata dia terharu apabila mendapati rata-rata warga maya memberikan komen positif dan sokongan buat anak sulungnya itu.
Ads
“Alhamdulillah saya bersyukur dengan komen yang positif. Malah ramai yang mendoakan kejayaan Along. Semoga doa itu semua berbalik kepada mereka juga.
“Saya sekadar kongsi video itu untuk dijadikan kenangan. Dalam masa yang sama, mahu sampaikan mesej positif kepada orang lain. Tak ramai remaja yang sanggup nak jaga orang tua sebab sebenarnya ia tak mudah.
“Mudahan secara tak langsung, menerusi video ini, saya dapat berkongsi nilai-nilai murni dengan orang lain,” akhirinya.
Semenjak beberapa hari yang lepas, sosial media dipenuhi dengan posting bihun goreng dengan campuran 12 sudu teh gula.
Bagi yang telah mencuba resipi berkenaan meluahkan rasa keenakan rasa bihun ‘rare’ tersebut.
Malah resipi oleh Mohd Shukur Mohd Shukur telah dikongsi lebih 5K dan mendapat tanda suka sehingga 10K
Seterusnya ikuti perkongsian beliau menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.
Hari saya masak bihun yg agak mewah pada zaman arwah toknek saya…bihun yg agak rare pada zaman dia…penuh aromatik..yg penting authentic resipi dari arwah Tok nek saya…maybe Sama pembuatannya dgn setengah org kat sini..tp bagi Sy ni lah makanan yg arwah Tok nek selalu buat masa dia sihat dulu…kami mmg rapat dari Sy kecik..blh dikatakan 60% Sy duduk dgn arwah Tok nek Dan arwah Tok Sy berbanding dgn family..sbb arwah ayah Sy dulu berniaga kedai makan..disini Sy lampirkan resipi macamana cara pembuatan bihun ni..semoga menjadi asbab mengalirnya pahala kepada arwah2 yg telah kembali menemui pencipta-NYA..
Pelanduk dua serupa, itu yang sering kita kaitkan bila ada seseorang yang mempunyai iras atau perwatakan yang hampir sama. Bahkan ada juga yang mengatakan bahawa di dalam dunia ini ada tujuh orang yang dikatakan serupa dengan diri kita.
Benar atau tidak itu tiada kepastiannya, namun baru-baru ini viral di media sosial bilamana pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkongsi sekeping lelaki miripnya dengan kapsyen yang mencuri tumpuan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Ya, macam sama, tapi bukan.”
Dalam hantaran itu, Shuib meminta bantuan pengikutnya di platform itu untuk membantunya mencari lelaki itu yang juga anggota Malaysia Batalion (Malbatt).
Dalam gambar itu, tertera wajah seorang lelaki lengkap beruniform yang juga anggota Malbatt dengan wajah saling tak tumpah seperti Shuib.
Hantaran itu menerima pelbagai komen yang lucu dan mencuit hati daripada rakan-rakan dan pengikutnya.
“Akhirnya, kantoi juga Eib (Shuib). Aku dah kata, jangan ambil gambar waktu kau dalam uniform. Kan, orang dah dapat cam,” tulis rakan pelawak, Ajak Shiro.
“Tuan! Awak diam-diam sertai Malbatt ya,” komen pelakon, Hairul Azreen.
Sementara itu, seorang pengikut dengan akaun @sbr_orange menjelaskan lelaki terbabit ialah Leftenan Komander Anuar dipercayai anggota kontinjen Malbatt 850-9.
Tya Adnan, isteri Shukri Yahaya, kongsi video beli set pengurusan jenazah, “kita lupa baju terakhir.” Isteri pelakon terkenal, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan menarik perhatian warga maya dengan penampilan terkininya yang berniqab.
Tya Adnan Isteri Shukri Yahaya, Kongsi Video Beli Set Pengurusan Jenazah, “Kita Lupa Baju Terakhir”
Menerusi video yang dikongsikan dilaman TikToknya, Tya turut berkongsi membeli set pengurusan jenazah pada usia muda. Set itu berisi kain kapan. Ia seolah-olah membuat persediaan untuk kematian.
“Kita sering membeli baju di dunia, seakan kita hidup di dunia selamanya. Tapi kita lupa akan ‘baju terakhir’ kita.
“Tarikh kematian yang dirahsiakan. Tak ada siapa pun tahu. Bila dan di mana kejadiannya. Boleh jadi hari ini adalah hari terakhir kita…,” katanya di ruangan kapsyen.
@tyaadnankita sering membeli baju di dunia, seakan kita hidup di dunia selamanya. tapi kita lupa akan “baju terakhir” kita.. @bajuterakhirofficial tarikh kematian yang dirahsiakan. yang tak siapapun tahu. bila dan dimana kejadiannya. boleh jadi harini adalah hari terakhir kita .. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ @bajuterakhirofficial♬ The beauty of existence sped up – vocals only 🫶🏼
Dalam video tersebut, Tya mengkaburkan wajahnya, seakan sebak ketika memeluk kain kapan yang dibelinya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkesan dengan perkongsian Tya itu yang sentiasa beringat bahawa kematian itu pasti.
Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak menyangka Tya berubah menjadi seorang Muslimah yang lebih baik daripada sebelumnya. Tya juga sebelum ini kerap berkongsi video-video nasihat dipercayai antara usaha dakwah kecilnya.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.