Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
Ads
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Ads
Botol ‘Spray’
Cara Membuat:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Ads
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak bawa anak pergi bercuti, tentu ibu ayah memilih lokasi percutian yang menawarkan permainan yang menarik sehingga mengujakan anak-anak. Baru-baru ini, selebriti terkenal Eira Syazira dan suami, Azad Jasmin telah membawa anak-anaknya bercuti di Legoland buat pertama kalinya! Lokasi percutian popular di Malaysia yang menjadi idaman setiap kanak-kanak dan orang dewasa ini.
Menurut Eira Syazira, percutian pertama kali di Legoland Malaysia yang menawarkan keriangan sebagai lokasi percutian keluarga dengan pelbagai permainan amat mengujakan. Perkongsian percutian tiga hari dua malam di sini bersama keluarga tercinta memberikan momen bonding yang terindah buat dirinya, suami dan anak-anak.
“Bukan anak-anak sahaja yang teruja, saya dan Azad pun teruja. Ini adalah pengalaman pertama kami berkunjung ke Legoland di Johor ini,” jelasnya dengan riak wajah gembira.
Bercerita lanjut mengenai percutian hujung minggu bersama keluarga, beliau tidak menafikan Legoland adalah tempat yang wajib setiap ibu bapa membawa anak-anak bercuti ke sini.
“Dah lama kami satu keluarga hendak datang ke sini cuma tidak berkesempatan. Saya tak sangka Legoland di Malaysia sungguh hebat. Sebelum ini, memang anak sulung saya, Amarra Sofea Rose selalu tengok di youtube Legoland California. Saya membayangkan Legoland di sini sama dengan taman tema lain di Malaysia. Namun tekaan saya salah. Legoland di sini memang memberikan keterujaan yang berganda!”
Penginapan konsep mesra kanak-kanak
Eira juga berkongsi pengalaman menginap selama tiga hari dua malam di Legoland Hotel. Katanya, ciri-ciri lego interaktif boleh didapati di seluruh bilik bertema hotel, kawasan bermain, lif bertema dan restoran. Sementara itu, berhadapan lobi hotel terdapat istana yang dipenuhi dengan permainan dan aktiviti lego interaktif dengan lebih 100,000 kepingan lego.
“Saya sendiri pun excited dengan suasana hotel di sini. Kawasan lobi hotel terdapat lambakan lego untuk anak bermain dan mengasah kreativiti mereka. Manakala lif menuju ke hotel disajikan dengan kilauan lampu dan muzik yang cukup menghiburkan. Kemuncak keterujaannya apabila tiba diruangan bilik, nyata begitu selesa dengan katil bersaiz king dengan tema Pirate yang memukau pandangan. Ruang tidur anak-anak pula lengkap dengan katil dua tingkat dan katil berundur yang boleh memuatkan tiga orang kanak-kanak dalam satu ruang.
“Begitu juga bilik air yangbercirikan berkonsepkan kids friendly. Dalam bilik ini, ada permainan lego dalam kotak dan juga permainan yang perlu selesaikan bagi membolehkan kami membuka peti rahsia. Dan akhirnya kami excited apabila dapat mencari jawapannya. Saya memang tak sangka hotel ini begitu hebat,” jelas Eira mengenai perkara menarik di bilik hotel Legoland.
Terdahulu, hotel ini menawarkan sebanyak 258 bilik bertema memberi pilihan kepada tetamu untuk memilih tema Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninjago. Semua bilik termasuk katil bersaiz king untuk orang dewasa dan kawasan tidur separuh peribadi berasingan sehingga tiga kanak-kanak.
Di bangunan hotel ini, pengunjung boleh menikmati hidangan menu yang lazat di Bricks Family. Restaurant ini adalah ruang makan sepanjang hari menyajikan sarapan, makan tengahari dan makan malam dengan konsep gaya bufet.
Taman tema
Selain tarikan baharu ini, Lego Vr Coaster dan Lego® Ninjago™ World, permainan yang sedia ada turut menjadi tumpuan kanak-kanak apabila ke sini iaitu Beginning, Miniland, Kingdom, Technic, Immagination, Land of Adventure dan City yang memberi pengalaman berbeza kepada para pengunjung.
Setelah seharian meneroka pelbagai jenis permainan yang menarik seperti menaiki roller coster, slaid, melawat kawasan miniland yang mengkagumkan landskapnya, Eira berasakan ia merupakan tempat permainan dan pembelajaran secara interaktif untuk kanak-kanak.
“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan taman tema ini adalah permainannya yang interaktif. Ada unsur pembelajaran. Rupanya bukan sekadar lego. Tetapi permainan di sini menguji minda anak-anak untuk menjadi kreatif.
“Misalnya di Lego Mindstorms dan Lego Academy ada bengkel kreatif untuk kanak-kanak membina robot dan bangunan dengan menggunakan lego. Bukan itu sahaja, permainan roller coater yang menguji keberanian kanak-kanak. Amarra memang teruja naik Lego VR Coater dengan Azad.
“Apa yang saya lihat di sini kanak-kanak menjadi seorang yang aktif dan seronok untuk mencuba pelbagai aktiviti yang berbeza-beza,” jelas Eira yang merancang akan datang lagi untuk percutiannya akan datang.
Dalam pada itu, kelihatan Ammara begitu seronok mencuba pelbagai jenis permainan. Apa bila ditanya, lantas Amarra menjawab dengan gembira, “ Best! Dapat main lego, roller coster. Gembira sangat. Saya tak nak duduk kat rumah di Puchong dah. Thank you Mummy and dad. I love Legoland! This place the best and ever!” Luahan Amaraa itu disambut gelak ketawa Eira Syazira.
Terdahulu, Azad memberitahu bahawa lokasi percutian pilihan keluarganya adalah sangat berbaloi kerana pelbagai aktiviti beriadah bersama anak.
“Memang saya suka tempat ini untuk keluarga. Kepada keluarga yang ada anak-anak jomlah datang sini. Seperti kami, lock tiga hari untuk bersantai bersama keluarga. Memang bagus sebab semua lengkap dari aspek penginapan, makanan dan permainan interaktif,” jelasnya kepada wartawan majalah Keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahun ini, genap 9 tahun kehilangan pesawat kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 selepas dilihat kali terakhir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China pada 2014.
Setiap tahun, persoalan yang sama dibangkitkan akan status keberadaan, punca kehilangan, nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200 itu.
Walaupun pelbagai spekulasi diberikan namun jejak MH370 masih lagi menjadi tanda tanya.
Baru-baru ini, satu dokumentari mengenai kehilangan pesawat MH370 telah disiarkan secara eksklusif namun ianya telah menyebabkan sebilangan penonton berang selepas ia mendedahkan bahawa panggilan daripada seorang penumpang tidak dijawab.
Dalam satu bahagian, seorang gadis mendakwa dia menerima panggilan telefon daripada ayahnya yang menaiki pesawat Malaysia Airlines itu.
Gadis itu menunjukkan panggilan masuk pada skrin telefonnya, namun ia berhenti berdering sebaik sahaja dia menjawab.
Seorang lagi waris mangsa, Jiang Hui turut bercakap tentang panggilan telefon yang aneh itu.
Hui mempunyai pengalaman yang sama, mendakwa bahawa dia telah cuba menghubungi mangsa dan juga mendapat sambungan, tetapi tiada siapa yang pernah menjawab panggilan tersebut.
Hui kemudiannya berkata pihak berkuasa mendakwa mereka tidak mempunyai teknologi untuk mengesan isyarat itu.
Penonton meluahkan reaksi marah di media sosial dan mengatakan panggilan tersebut boleh menyebabkan misteri itu diselesaikan.
Mereka turut mengkritik dokumentari tersebut kerana mengabaikan banyak butiran penting tentang kes berkenaan.
“Menonton #MH370 itu di Netflix. Saya tidak percaya bahawa mereka tidak mengesan panggilan telefon itu.
“Saya baru sahaja memulakan siri ini dan saya hanya ingin berkata, tak mungkin panggilan telefon itu boleh dibuat jika pesawat itu terhempas ke darat, atau lautan,” tulis beberapa penonton.
Dokumentari ini mendapat kecaman kerana didakwa banyak memberi tumpuan terhadap teori konspirasi kehilangan MH370.
Puteri Sarah Tak Sangka Syaikhul Dah Tanya Tentang Ayahnya Kahwin Lain.
Muat naik terkini, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddinyang tidak sangka apabila anak sulungnya yang baru berusia 6 tahun mula bertanya mengenai sebab ayahnya tiada ada di rumah.
Puteri Sarah berkongsi mengenai ini di IG storinya telah meraih perhatian ramai.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Baru balik daripada photoshoot, sampai-sampai rumah Syaikhul tanya saya, ‘Mama betul ke ayah kahwin lain?’
“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana nak jawab soalan budak umur enam tahun? Saya terkedu.”
Tulisnya juga bahawa bertanya kepada Syamsul bagaimana dia mahu menjawab soalan anak mereka yang masih tidak tahu apa-apa.
Dia juga mempersoalkan bahawa tindakan begitu apakah jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak mereka sekiranya perkara itu dibangkitkan suatu hari nanti.
“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri sendiri tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecil ni?
“Pernah tak kamu terfikir satu hari nanti nak jawab apa dekat anak?.”
Katanya juga sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya. Dan fikir apa consequencesnya.
Untuk rekod, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
ABANG TAK PERLU FIKIR HAL DUNIA. JUST HAVE FUN & STUDY HARD
Sementelah menerusi posting yang lain di IG story nya, Puteri Sarah mahu anaknya itu tidak perlu memikirkan masalah rumahtangga yang dilaluinya kini. Dia berharap anak sulungnya itu hidup bahagia dan belajar bersungguh-sungguh.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.