Bila cakap pasal pecal, memang boleh dikatakan orang Jawa paling hebat menyediakan menu nan satu ini. Pun begitu, kalau di tanya siapa pula suka makan pecal? Tentu sahaja ramai antara kita menggemari akan rasanya.
Umumnya, bila hendak membuat pecal kita akan pastikan untuk memilih hanya sayur-sayuran yang segar sahaja. Ini bertujuan untuk memastikan agar rasanya lebih menyelerakan bila dijamah. Selain tidak menafikan keenakan rasa kuahnya juga memainkan peranan yang sangat penting agar hidangan yang disajikan sedap rasanya.
Oleh itu di sini disertakan resipi pecal paling mudah untuk disediakan oleh ibu-ibu semua dan rasanya juga cukup menyelerakan.
PECAL SAYURAN
Bahan-bahan (A) :
1/2 ikat pucuk ubi-dicelur
1/2 ikat pucuk paku-dicelur
1/2 ikat kangkung-dicelur
Ads
150 gm kacang panjang-dicelur
100 gm tauge-dicelur
2 keping tempe -digoreng
2 biji tauhu basah -digoreng
1 biji timun
Ads
150 gm sengkuang
Bahan untuk Kuah (B):
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Ads
4 biji cili merah
4 biji cili api
sedikit belacan
300 gm kacang tanah
Asam jawa, gula dan garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan :
Goreng bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan sedikit belacan. Kemudian di tumbuk. Ketepikan.
Goreng juga kacang tanah dan di tumbuk halus.
3.Kemudian gaulkan kesemua bahan-bahan (B) yang telah digoreng dan ditumbuk bersama asam jawa berserta garam dan gula secukup rasa.
Campurkan air panas sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kelikatan yang dikehendaki.
Gaulkan bahan-bahan (A) bersama kuah dan siap untuk dihidangkan.
Kreadit : Resipi dibawakan khas dari FAMA dengan kerjasama Chef Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak sempurna rasanya jika makan mee goreng atau kuey teaw jika tidak dihidangkan bersama cili jeruk. Itu yang kita bayangkan jika menjamu hidangan di restoan atau digerai-gerai makanan. Namun lazimnya, jika hidangan tersebut dimasak sendiri kadang-kadang sering juga kita mengabaikan pentingnya ada cili jeruk ini. Mungkin kerana tidak tahu resipi penyediaannya atau tidak pakar untuk menyediakan cili jeruk yang bukan sahaja enak malah rangup digigit.
.
Jadi apa kata, kali ini kita mencuba untuk menyediakannya dan bandingkan keenakan rasa bila cili jeruk dibuat sendiri. Jom semak.
Cuti hujung minggu masak simple macam bihun goreng ataupun mee goreng memang ngencess kalau dapat makan bersama cili jeruk.
Pagi ini cheyah kongsikan cara buat cili jeruk menggunakan empat bahan sahaja iaitu cili hijau, gula, cuka dan garam.
Cara membuatnya pun senang sangat.- Bahiah
Selamat mencuba!
Nota: Nak tambah keragupan boleh rendam dengan air kapur dulu (jika ada) sebelum masukkan cuka
.
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2/3 cawan cuka
Cili hijau
Garam
Cara penyediaan :
.
1. Potong mengikut keselesaan dan cara masing-masing. Tak perlu basuh ye kalau dah potong.
.
2. Masukkan gula agak-agak ye dan secubit garam. Baru masukkan cuka.
.
3. Panaskan sehingga semua cair dan sebati. Biarkan ia sejuk dulu.
.
4. Baru masukkan dalam cili dan kacau sebati
.
5. Simpan dalam bekas tertutup selama tiga malam sebelum dimakan. Selepas tiga malam baru berubah warna dan sebati.
Hari-hari pasti ada saja menu baru, rakyat Malaysia sememangnya kreatif dalam mengolah makanan, Bukan setakat main reka saja-saja, menuini memang menjadi bualan ramai sehinggakan ramai mencubanya dan terbukti ianya memang sedap, kena dengan tekak melayu lah orang kata!
Kita mesti biasa dengan suhun kan? lagi-lagi kalau masak sup kentang bersama suhun, wajib menggunakan mee suhun ini. Kebiasaannya suhun ni orang akan hidang sebagai sebagai ‘side dish’ dan letak sedikit saja dalam lauk seperti sup kentang, nasi ambeng dan sebagainya. kadang-kadang makan suhun begitu saja pun memang tak puas.
Tetapi resepi kali ini, kita akan jadikan suhun itu sebagai makanan utama. Kalau orang melayu biasa dengan suhun, tapi zaman moden sekarang di kedai runcit sudah sudah ada mee kaca (Glass Noodle). Rasa dua jenis mee ini tidak jauh beza, Glass noodle lagi kenyal dari suhun. Kalau dekat rumah tak ada Glass Noodle, boleh juga gunakan suhun. Tiada masalah
Resepi ini dikongsikann oleh pengguna Tiktok zamakmal, kali ini kita ikut style abang zam ok..
Bahan-Bahan
-Suhun/ Glass Noodle secekak penuh
-Chilli flakes 2tbsp (or chilli powder)
-Cili Padi 4-5btg
-Garlic 3-4 ulas
-Bawang Merah atau ganti daun Bawang
-Minyak Masak 4tbsp
-Sos Tiram 1tbsp
-Kicap Cair 1tbsp
-Cuka 1tsp
-Garam, Gula dan serbuk perasa oily tekak
-Minyak Bijan
-Kicap Manis
-Lobak Merah
-Timun
-Crab stick
-Daun Ketumbar
-Shitake mushroom
-Beef Bacons (optional)
-Kacang Tanah
-Bijan
Cara-cara
Makanan ini boleh hidangkan begitu saja, tak perlu masak atas kuali.
Untuk tambahan, boleh kenakan degan telur separuh masak, memang ngam sangat!
Kalau keliru, Boleh rujuk pada video ya. mudah saja
video
Lepasni kalau jemu untuk masak masakkan yang sama, nak cuba resepi baharu, boleh cuba resepi ini ya.
Menggoreng adalah antara teknik memasak yang sering kita lakukan setiap hari untuk menyediakan menu kepada keluarga. Memandangkan menggoreng lebih ringkas disediakan dan dalam masa yang sama hidangan yang siap digoreng begitu enak rasanya.
Namun, tahukah anda minyak yang mana satukah paling bagus digunakan untuk menggoreng agar hidangan yang dimasak bukan sahaja sedap dimakan malah sihat untuk tubuh.
Ketahui info bermanfaat ini melalui perkongsian dari Dr. Malinda agar kita sebagai ibu dapat menyediakan masakan yang terbaik untuk keluarga.
MINYAK APA YANG PALING BAGUS UNTUK MEMASAK?
Anda masak guna minyak apa? Sebelum ni saya sendiri pun ada masalah, tak tahu nak pilih minyak masak yang mana?
Pening sebab banyak sangat artikel yg kata minyak ni bagus la, ada yg kata minyak ni pulak tak ok, sekejap lagi berubah, etc. Various opinion from the expert. Kita yang pengguna pun tak tahu nak ikut yang mana.
So, saya pun ada juga la pengalaman beli minyak-minyak yang dimomokkan bagus dan tersenarai di ruangan minyak-minyak mahal di pasaraya!
Nak jaga kesihatan la katakan, mahal skit pun x pe. Tapi rupanya, indah khabar dari rupa. Mitos dan politik industri rupanya.
Supaya anda tidak ter’konfius’ macam saya dulu, meh saya nak share beberapa tips pemilihan minyak masak.
Cara masak menggoreng ialah antara cara yang memindahkan haba pada makanan pada kadar lebih cepat, dan juga memberi aroma rasa yang lebih enak. Bukan langsung tidak boleh menggunakan cara ini tetapi kita kena pandai pilih jenis minyak yang digunakan.
Untuk memilih minyak untuk menggoreng, kita kena tengok 2 perkara :
1. JENIS MINYAK
– Pilih minyak yang mengandungi PALING RENDAH Polyunsaturated Fats (Asid lemak poli tak tepu) kerana minyak yang tinggi PUFA ni bila dipanaskan, tidak stabil, lebih mudah teroksidasi dan menjadi ‘rancid’.
– Minyak jenis lemak tepu, Saturated fats (contohnya minyak kelapa) telah dimomokkan sebelum ini sebagai minyak yang tidak sihat itu sebenarnya adalah lemak yang paling stabil bila dipanaskan.
2. SMOKE POINT
– Apa itu smoke point? Smoke point merujuk kepada suhu di mana minyak ini menjadi terlalu panas dan mula akan menghasilkan asap. Bila kita masak melepasi suhu ‘smoke point’ ni, penghasilan radikal bebas akan menigkat.
(Radikal bebas adalah antara penyebab proses pengkaratan pada besi dan pereputan pada kayu, dan ia juga boleh menyebabkan kita ‘mereput’ dan ‘berkarat’ dari dalam..huhu)
Soalan seterusnya ialah ‘Macamana Nak Tau SMOKE POINTS’ sesuatu jenis minyak?
Maaf ya, ia tidak ada tertulis pada label minyak masak tersebut. Kita sebagai pengguna yang perlu membuat sedikit pembacaan untuk kesihatan diri sendiri. (Boleh juga refer pada carta yang disertakan dibawah).
Prinsip pemilihannya mudah :
1. Pilih minyak yang mempunyai Smoke Point paling tinggi.
2. Pilih minyak yang mempunyai kandungan Saturated Fatty Acid yang paling tinggi.
Kombinasi kedua-dua faktor di atas akan menyebabkan minyak akan jadi lebih stabil dan sesuai untuk digunakan pada suhu yang lebih tinggi. So, kalu kita tengok, top on the list ialah Minyak Kelapa.
Minyak sawit pulak macamana?
Minyak sawit juga mempunyai Smoke Point yang tinggi, 235 *C dan kandungan Saturated Fats, 49 gram.
So, kalu nak menggoreng, the best ialah menggunakan Minyak Kelapa. Minyak sawit pun boleh. Tak perlukan membazirkan duit untuk membeli minyak ‘mahal’ yang mempunyai smoke point yang rendah dan kandungan lemak politak tepu yang tinggi.
Tetapi, ada tapinya lagi.. Minyak yang digoreng berulangkali akan juga menyebabkan smoke point semakin rendah!
Jangan guna berulang kali. Memang la sayang, tapi kena lagi sayang jantung lebih dari kita sayang minyak masak, kan?
Semoga bermanfaat ya!
sumber : Dr Malinda Health & Beauty
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.