Kehilangan insan tersayang pastinya sesuatu yang begitu meruntun jiwa. Lebih lagi ia merupakan pasangan hidup.
Begitu juga dengan penyanyi, Nora Ariffin yang kehilangan suami, Johan Nawawi juga merupakan komposer terkenal yang telah kembali ke rahmatullah pasa 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Baru-baru ini, berkongsi rasa hati di instagram miliknya, beliau berkongsi gambar jenazah suaminya ketika disembahyangkan.
Ads
“Siapapun kita. Inilah pengakhiran kita. Kali terakhir melihat Johan Nawawi.”
Penyanyi popular, Aina Abdul memaklumkan dia sudah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM90,000 untuk persembahannya yang bertemakan elemen awan dan serba putih di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) malam tadi.
Menurut laporan Media Hiburan, perbelanjaan tersebut merangkumi persalinan, props awan dan sebagainya seperti mana yang dapat dilihat oleh penonton.
“Untuk AJL37 memang saya tidak menafikan saya berhabis banyak. Tapi kerana… tak tahulah saya macam ada instinct Terus Hidup ini sesuatu yang istimewa dalam hidup saya.
“Jadi perbelanjaan hari ini merangkumi persalinan, props awan dan segalanya yang anda lihat tadi. Akan tetapi pada tahap ini saya mahukan sesuatu hasil yang berbaloi dalam kerjaya.
“Saya sedar untuk itu saya perlu buat pelaburan untuk diri sendiri, malah saya turut membawa semangat ‘team’ saya yang ramai. Hari ini sahaja misalnya dalam 30 orang.
“Semangat merekalah yang membawa saya ke sini. Saya sudah dikurniakan rezeki dan ada ruang untuk ‘invest’ dalam persembahan ini, alhamdulilah,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi yang berasal Negeri Sembilan itu menjelaskan asbab dia memilih tema awan adalah simbolik buat bapanya yang telah meninggal dunia.
Katanya, dia telah membuat keputusan untuk memilih tema tersebut selepas pulang dari bercuti dan dari situlah, dia dapat melihat awan yang begitu tenang ketika berada di dalam kapal terbang.
“Saya memutuskan untuk memilih tema awan selepas pulang dari bercuti. Ketika itu, sepanjang berada dalam kapal terbang, saya dapat melihat kepulan awan yang bergelora ada juga dalam keadaan tenang kemudian.
“Di kesempatan itu saya berpeluang untuk berfikir panjang. Tetapi, saya juga mendedikasikan persembahan Terus Hidup ini kepada arwah ayah saya, Abdul Ghani Abdullah.
“Awan yang tertera di atas pentas itu merupakan simbolik kepada orang yang sudah tiada, yang tidak dapat dikawal oleh seorang manusia biasa,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Aina Abdul telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 sekali gus membawa pulang RM100,000 beserta sebua trofi.
Bahkan, dia juga membawa pulang trofi Vokal Terbaik apabila persembahannya melayakkan penyanyi berusia 29 tahun itu untuk merangkul trofi berserta wang tunai RM12,000.
Sumber: Media Hiburan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keramahan dan layanan mesra penyanyi, Tomok bersama peminat ciliknya ketika pulang dari solat Jumaat minggu lalu menerima pujian ramai.
Mana tidaknya, walaupun baru balik dari bersolat namun Tomok tetap melayan setiap karenah anak-anak kecil itu dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Tomok memuat naik videonya bersama peminat cilik yang ingin mendapatkan tanda tangannya ketika berada di dalam kereta.
“Pakcik pun pakcik lah,” tulis Tomok menerusi ruangan kapsyennya.
Apa yang menarik pastinya panggilan pakcik buat Tomok yang membuatkan pengikutnya terhibur.
Ramah melayan peminat malah ada yang turut meminta nombor telefon bimbitnya.
Bukan itu sahaja, malah jawapan Tomok yang meminta anak-anak kecil itu belajar hingga pandai dan cemerlang, kemudiannya barulah diberikan nombor telefonnya turut dipuji ramai.
“Nanti belajar pandai-pandai, dapat no satu, baru pakcik bagi nombor telefon,” kata Tomok ringkas.
Dalam pada itu ruang komen pastinya dihujani dengan pelbagai komen dan pujian buat Tomok yang bersifat kebapaan buat peminat ciliknya.
Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Jika si bapa berjaya mendapat PhD, si anak pula berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 yang berlangsung baru-baru ini.
Dr. Azmi Abd Majid yang berusia 52 merupakan graduan PhD dalam bidang perbankan dan kewangan di bawah Fakulti Perniagaan Ekonomi Dan Perakaunan (FPEP), manakala anaknya Aleeya Batrisyia 22, merupakan graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83.
Azmi ketika berkongsi kejayaan mendapatkan PhD berkata, beliau mula menjadikan gelaran PhD sebagai cita-cita peribadi setelah mula beralih ke bidang akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016 setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan sebelum itu.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya menekankan kepentingan keseimbangan terhadap tanggungjawab akademik dan keluarga.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
Sebagai seorang ayah, Azmi sering berkongsi kata-kata motivasi di Facebook agar anak-anaknya dapat melihat dan mengambil inspirasi daripadanya, selain turut menasihati mereka supaya tidak menghadkan impian dan sentiasa bercita-cita tinggi, serta abaikan pandangan negatif orang lain dan terus fokus kepada matlamat yang ingin dicapai.
Nasihat tersebut turut mempengaruhi Aleeya Batrisyia, yang menyifatkan kejayaannya sebagai hadiah untuk ibu bapanya.
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya ‘belajar sebanyak mungkin’ menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya. Aleeya turut merancang mengikuti jejak ayahnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama tetapi lebih spesifik iaitu terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia menjadi bukti bahawa sokongan keluarga memainkan peranan masing-masing dan dedikasi tersebut mampu menjadikan impian satu kenyataan dan membina generasi keluarga ke arah kecemerlangan.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sabah (Muhammad Fakhrul Hakim Nasrudin, pelajar program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS )
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.