Tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir ibu bapa merungut apabila melihat bebanan homework dan silibus pelajaran anak-anak.
Namun ada juga ibu bapa berfikiran sebaliknya yang merasakan ia ‘standard’ mengikut peredaran zaman.
Bagaimanpun, jauh disudut hati, sudah tentu ibu bapa bimbang melihat anak-anak yang masih kecil perlu mengikuti silibus pelajaran yang berbeza era persekolahan 80an.
Tambahan pula situasi persekitaran dalam kelas yang padat yang menyukarkan daya tumpuan kanak-kanak untuk fokus kepada pelajaran.
Apa juga luahan, prosedur berkenaan telah ditetapkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, namun tidak salah jika ada yang melontarkan coretan sekadar ‘buah fikiran’ untuk kebaikkan bersama demi generasi muda yang bakal menjadi pemimpin akan datang.
Selanjut ikuti coretan seorang guru, Mohd Fadli Salleh mengenai hal ini.
“Cikgu. Cikgu kata silibus kita padat dan tinggi. Tapi bukankah ia sesuai dengan zaman semasa dan selari dengan negara maju yang lain? Takkan nak biarkan silibus kita makin mundur pula?”
Baik. Begini. Ada betulnya apa yang tuan cakap. Cuma perlu berpijak pada realiti. Jangan hanya nak samakan silibus sahaja dengan zaman dan negara maju yang lain. Perlu samakan fasiliti, masa mengajar, kemudahan juga.
1. Jumlah murid di negara kita dalam satu kelas lebih 40 orang. Bahkan ada yang cecah 50 orang. Negara maju seperti Finland dan Sweden, sekelas cuma 20-25 sahaja.
Bab kapasiti murid dalam kelas yang padat memang akan mempengaruhi cara pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ia memberi impak besar dalam kefahaman murid.
Ads
2. Masa belajar Matematik di China ialah 15 jam seminggu. Di Malaysia cuma dua jam setengah. Ya, 5 waktu sahaja seminggu bersamaan 2 jam setengah sahaja. Kurang 6x ganda dari masa murid di negara China belajar!
Mana mungkin orang yang belajar 2-3 jam seminggu nak lawan orang yang belajar 15 jam seminggu?
3. Fasiliti dalam sekolah pun kita jauh ketinggalan. Negara maju siap ada pembantu guru untuk membantu pembelajaran. Capaian internet mereka, penggunaan smart board dan kelengkapan sekolah memang dah maju seiring zaman.
Kita? Meja guru tahun 60an lagi pun ada sekolah yang masih guna. Kerusi meja murid tu yang dah entah berapa puluh tahun pun masih ada sekolah guna. Patah, repair.
Internet? Bukan semua tempat capaian internet laju. Semua orang tahu.
Jadi, hanya silibus sahaja laju nak sama dengan negara maju, sedangkan fasiliti, size kelas, masa mengajar tak sama bagaimana nak capai kecemerlangan sama dengan mereka?
Umpamanya kita nak kereta selaju Ferrari, tapi cuma ambil enjin Ferrari sahaja. Lepas tu enjin tu dimasukkan dalam kereta Kancil.
Ads
Mana maunya kereta Kancil pergi macam kereta Ferrari. Kata ore Kelate, “Relai sekateh-sekateh boh”.
Dalam pada itu, netizen juga meluahkan perkara yang sama, simpati melihat anak-anak dengan sillibus yang makin sukar. Antara komen netizen.
” Masa di Sarawak dulu, ada sekolah yang kelasnya sampai kena bahagi dua sebab murid terlampau ramai. Maka buatlah divider di tengah-tengah kelas.”
“Terperanjat tgk silibus skrg.”
“Betul tu cikgu…satu hari ada 5 subjek…kesian juga budak nk kejar…pastu satu subjek ada 2 buku tebal, x masuk buku tulis…klu darjah satu, besar beg dari org.”
Ads
Apa yang pasti, begitulah cabaran buat anak-anak untuk terus menuntut ilmu agar menjadi ‘orang’ yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Moga kita terus istiqomah mendidik anak-anak.
Rencah kehidupan, ada pelbagai pengalaman hidup yang dilalui menjadikan diri seorang yang matang.
Bagi yang mempunyai ibu ayah, tentu kehidupan sempurna, namun bagi yang kehilangan tentu sebaliknya.
Perkongsian seorang lelaki, Hazim Rosli yang menggalas tanggungjawab menjaga adik beradiknya selepas pemergian ayahanda begitu inspirasi.
Biarpun, kisahnya biasa-biasa aje, namun sarat dengan nilai-nilai murni peranan seorang abang kepada adik beradiknya.
Hanya kisah seorang abang membawa adiknya menaiki motosikal dengan mengimbau kenangan arwah ayah yang turut melakukan perkara yang sama semasa dirinya kecil.
Perkongsian ini juga turut mengundang sebak kepada netizen yang mengikuti video yang dipaparkan.
Boleh Ikuti Video Di Instagram hazim.rosli
Menerusi video, Hazim berkongsi momen dengan adiknya bahawa arwah ayahnya sering membawanya menaiki motorsikal. Kini, inilah yang dilakukannya sekarang.
Netizen Sebak
Menjengah diruangan komen, netizen melahirkan rasa kagum melihat sikap tanggungjawab yang dipaparkan oleh Hazim, bergelar seorang abang.
Kasih sayang adik beradik
Best dapat abang macam ni
Dalam pada itu, melalui entrinya lain, Hazim juga memaparkan kisahnya membawa adik beradiknya meluangkan masa bersama dan kehidupannya menjaga adik beradiknya.
Beginilah Arwah Ayah Selalu Buat
Begitulah kasih seorang abang, tiada sempadan. Bagus didikan ibu bapanya yang mengalirkan rasa sayang kepada adik beradik biar susah dan senang. Tahniah dik!
Sumber : Instagram hazim.rosli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap antara kita ada cara dalam mendidik anak-anak dan tidak dinafikan dalam usaha kita sebagai orang tua mengajar anak-anak ini, pasti ada perasaan marah. Apatah lagi perangai anak-anak ini memang menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa. Malah menjadi perkara biasa pula bila adik beradik ini sering bergaduh disebabkan perkara yang remeh.
Pun begitu walau dengan kemarahan itu tujuannya baik untuk mendidik, namun dalam emosi marah ada cara dan skil yang perlu dipraktikkan. Agar matlamat kita untuk mendidik itu tercapai dan bukannya apa yang dimarahkan itu seakan mencurah air di daun keladi pada anak-anak.
Ini dijelaskan secara mudah melalui perkongsian daripada Ustaz Khailil Razak, semoga perkongsian ini dapat menjentik hati kita menjadi ibu bapa yang lebih baik dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah.
Dulu Masa kecik saya selalu bergaduh dengan abang saya no 5.. Macam anjing dengan kucing.. Ibaratnyee.. Hehe.. Tapi mak saya selalu menangkan abang saya.. Mak selalu marah saya rotan saya.. Pernah sekali saya pernah mencarut.. Kuar perkataan bukan-bukan.. Semoga Allah maafkan saya..Abang-abang pun apa lagi tangkap saya dan mak ambil cili dan cilikan mulut saya.. Perghhh rasa 2 inci laa tebal mulut ni.. Padahal tu salah abang saya.. Bukan salah saya.. Saya rasalah.. Haha..
Satu hari saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada satu orang ustaz ni.. Ustaz tu kata “Kalau anak kita bergaduh yang kecil dan besar.. Jangan marah yang besar.. Sebab dia dah besar.. Malu dia depan adik dia dia kena marah.. Tapi marah yang adik.. Nanti abang dia tengok adik dia kena marah si abang akan rasa kesian pada adiknya..”
Saya terus terfikir.. MasyaAllah mak saya tak pernah pun pergi ceramah parenting saya rasa.. Atok-atok nenek kita tak pernah pun pergi kursus sebagainya..
Tapi rupanya mereka ni orang tua-tua masyaAllah cara mereka mendidik menyebabkan kita hari ni jadi “manusia”..
Ada sorang cikgu ni bagitau saya satu lagi ilmu.. Macamana nak kasi anak-anak kita berkasih sayang.. Rupanya dari kecil lagi kita kena latih mereka bagi hadiah sesama dia..” akak.. Ni hadiah adik bagi.. Akak cakap akak sayang adik…” kadang-kadang bagitau jugak kat kakak.. “adik.. Ni kakak ada bagi hadiah..” sebenarnya kita yang bagi hadiah tu.. Tapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi.. Nanti mereka sayang antara mereka..
Sedih lihat hari ni.. Kadang-kadang pergi shopping dengan wife tertengok gelagat mak ayah.. Marah anak depan orang ramai.. Cubit lempang depan orang dan depan anak-anak yang lain.. Saya baru faham sebenarnya setiap anak ini ada maruah masing-masing. Jangan jatuh kan air muka anak kita depan anak-anak yang lain supaya mereka saling dapat sayang menyayangi.. Hormat menghormati..
Sebab tu kadang-kadang saya ditanya.. “Anak saya ni makin besar dah makin tak nak ikut kami pergi mana-mana ustaz..budak-budak sekarang..” Bagi saya sama sahaja budak sekarang dan budak dulu.. Tapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat dia belajar..
Anak-anak hari ni lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa hargai anak kita.. Kita lebih suka bercakap dengan talifon dan senyum pada talifon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.. YaAllah.. Ampuni kami.. Semua salah saya..
Saya pernah di kongsi satu orang pakcik dia suami kepada cikgu kimia saya dulu cikgu Joned Badar.. Pakcik mus ada 11 orang anak lelaki.. Dan semua berjaya macam-macam profession.. MasyaAllah.. Masa kecik anak-anak mereka ni kalau datang raya habis rumah orang dikerjakan.. Pecah sana pecah sini.. Tuan rumah berbulu je tengok.. Tapi pakcik mus ni hanya senyum dan tegur-tegur biasa je.. Tapi lepas balik rumah.. Pakcik mus akan bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta dan bawa pusing-pusing makan ais krim lepas habis makan dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta sorang-sorang..
Bukan di hadapan anak-anak yang lain.. MasyaAllah.. Banyak saya belajar dengan pakcik mus..
Kadang-kadang perasan tak.. Kita kata kat anak kita “ibu nak Ahmad balik sebelum pukul 6.30..!” Bila dia balik lewat kita marah mereka kita tengking mereka kita pukul mereka.. Tapi ada masa dia balik lagi awal daripda 6.30 kita lupa nak hargai mereka.. “Bagus anak ibu balik awal.. Anak soleh betul….” Kadang-kadang kita kedekut nak puji anak kita.. Kita lebih suka lihat kebaikan anak orang lain.. Puji anak orang lain berbanding kita puji darah daging kita sendiri.. YaAllah ampuni kami.. Semua salah saya..
YaAllah tuhan kami..maafkan kami..kami bodoh.. Tak pandai jadi ibu dan ayah.. Kami abaikan tanggungjawab kami untuk didik anak kami cara sunnah.. Kami tak kenalkan mereka denganMu dan nabi saw… Maafkan kami yaAllah kami lebih sibuk dengan dunia kami harta kami berbanding didik anak-anak kami jadi seperi sahabah rhum.. YaAllah ajarlah kami jadi ibu dan ayah seperti sahabah RHum.. Wahai Allah tuhan kami.. Janganlah jadikan anak-anak kami sebagai pengahalang pada kami untuk masuk syurgaMu.. Amiiin
Share jika terkesan di hati dan bermanfaat untuk jadi ibu bapa yang baik..
Fazley Yaakob dan Azrene Soraya kekal rutin makan bersama anak-anak walaupun sudah berpisah. Perceraian adalah isu yang sensitif dan melibatkan pelbagai aspek emosi, sosial, serta undang-undang. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan suami isteri tetapi juga anak-anak.
Fazley Yaakob & Azrene Soraya Kekal Rutin Makan Bersama Anak-anak Walaupun Sudah Berpisah
Dalam sesebuah perkahwinan, perceraian dianggap sebagai jalan terakhir apabila segala usaha untuk memperbaiki hubungan gagal. Bagaimanapun perceraian bukan alasan untuk hubungan kekeluargaan terjejas hingga anak-anak menderita.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, berkata biarpun dia dan Azrene Soraya Abdul Aziz tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka harmoni seperti keluarga.
“Saya percaya perceraian itu tidak bermakna berakhir sebuah kasih sayang. Ia juga bukan bererti berakhir hubungan kekeluargaan. Perceraian juga bukan bermakna anak-anak perlu menderita disebabkan perpisahan.
“Ungkapan yang kami pegang adalah tidak semuanya pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu.
“Kehidupan perlu diteruskan dan anak-anak faham serta hormat keputusan kami,” katanya menerusi rakaman suara yang dikongsi kepada media.
Fazley atau nama sebenar, Ahmad Fazley Yaakob, 46, menambah sejak bercerai, tiada yang berubah.
“Saya, Azrene dan anak-anak keluar pergi makan bersama. Saya ziarah Azrene dan kami tengok wayang bersama.
“Walaupun kami berpisah dalam akad dan tiada lagi perkataan yang melambangkan kami adalah suami isteri, tetapi hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti 18 tahun lalu ketika kami bersama.
“Anak-anak juga tidak berasa apa-apa kekangan mengenai hubungan antara saya dengan Azrene. Semuanya masih sama, kumpulan Whatsapp kami masih sama. Hendak jumpa pun masih bersama dan tempat makan pun serupa.
“Apa yang membezakan kami adalah perhubungan yang bukan lagi berlandaskan suami isteri,” katanya.
Sementara itu, penyanyi Cerita Asmara itu mengucapkan terima kasih kepada media kerana memahami perasaan mereka sekeluarga dengan tidak menulis laporan yang boleh mencetuskan spekulasi.
“Terima kasih kerana melaporkan seadil-adilnya kisah dan kebenaran mengenai perpisahan kami ini,” katanya.
Fazley membuat kejutan apabila mengumumkan sudah pun bercerai dengan Azrene beberapa bulan lalu dengan tempoh edah sudah pun berakhir menerusi kenyataan media.
Bagaimanapun, butiran terperinci termasuk tarikh dan punca perceraian tidak didedahkan.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak, Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.