Tidak dinafikan selain lengkap di dalam bekas pensil anak-anak, stok simpanan alat tulis di rumah perlukan lengkap.
Mana tidaknya, alat tulis anak yang kerap hilang perlu digantikan setiap minggu dan jika tidak disimpan dengan baik dan tersusun, alat tulis ini pastinya bersepah dan tidak disusun dengan kemas.
Idea seorang ibu, Zulaika Harun yang menyimpan stok alat tulis ini boleh mak ayah ikuti. Senang dan kemas.
Ads
Ni cara saya buat yang paling praktikal nak simpan alat tulis anak-anak ni. Kalau letak dalam drawer memang habis bersepah-sepah dalam tu tak bersusun.
Bila buat macam ni jelas nampak apa yang habis, apa yang kurang, apa nak tambah sebab diorang ni bila pergi sekolah lengkap dalam pensel box tu alat tulis nya, bila balik sekolah mesti ada saja yang hilang.
Kelas tuisyen pun macam tu jugak.
Ads
Standby extra je semua. Bila dah settle preparations sekolah anak nanti boleh fokus ramadhan pulak kan.
Baru sahaja mendirikan rumahtangga pada November tahun lalu, Ramadan kali ini pastinya begitu berbeza buat penyanyi, Nabila Razali yang pertama kali menyambut sebagai isteri.
Menerusi sebuah program bual bicara baru-baru ini, Nabila mengakui begitu teruja untuk menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Nik Iruwan.
“Sebenarnya sebelum kahwin kami ada berbincang tentang persiapan menyambut Ramadan. Maklumlah saya sebelum ini misalnya bangun sahur disediakan ibu atau buat saja untuk diri sendiri.
“Tapi apabila sudah berkahwin saya kena tahu apa yang suami suka, jaga pakai makan dia. Jadi macam untuk persiapan sahur Ramadan hari pertama saya masak nasi goreng.
“Tapi sebab gementar dan takut terlajak atau tak sedar waktu sahur, saya masak nasi goreng pukul 2 pagi. Itu dah macam supper bukan sahur,” katanya berkongsi.
Bercerita mengenai pemakanan suaminya, akui Nabila suaminya seorang yang tidak cerewet tentang makan. Lebih-lebih lagi ketika dibulan puasa.
“Padahal suami saya rupanya jenis orang yang cukup makan kurma dan minum air waktu bersahur.
“Sebenarnya amalan ini juga memudahkan saya,” katanya.
Terdahulu, Nabila dan suaminya, Nik Iruwan, mendirikan rumahtangga pada 17 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Setiap kali muncul di kaca tv, pasti ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Lakonannya biasa-biasa sahaja namun lawak yang ditonjolkan membuatkan ramai tak kering gusi.
Tidak hairanlah andai dikatakan dia antara pelawak tanah air yang konsisten sejak dahulu hingga kini.
Bahkan terbaru, lakonannya dalam filem berjudul 18 Puasa Di Kampung Pisang menjadi bualan ramai. Manakan tidak, watak yang dibawa oleh Bell bernama Barkoba tersebut nyata meninggalkan kesan sehingga diingati para penonton.
Filem arahan Mamat Khalid ini berjaya mengutip sebanyak RM1 juta dalam masa tiga hari ditayangkan di Astro First. Setelah 3 minggu ditayangkan, kutipan telah mencecah RM4 juta, satu jumlah yang amat menakjubkan.Sekali gus menaikkan kembali nama Bell dalam industri seni tanah air.
Namun, jarang sekali media memuat naik kisahnya bersama ahli keluarga. Namun, sempena Syawal yang lalu, Bell berkongsi gambar raya bersama isteri dan anak-anaknya. Memang cantik semuanya memakai baju raya warna sedondon rona merah jambu.
“Selamat hari raya kepada semua. Saya nak minta maaf zahir dan juga batin yep. Dah macam kawan-kawan semua.”
Dalam pada itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, biarpun Aidifitri berlangsung dalam serba kekangan akibat krisis Covid-19, namun baginya, raya tetap raya.
Jelas Bell lagi, kelazimannya mereka sekeluarga pulang beraya di Johor dan Kedah (keluarga belah isteri).
“Kami biasa akan balik beraya di Kota Tinggi dan Ulu Tiram, Johor. Tetapi apa yang boleh buat, kita semua diuji dengan wabak Covid-19.
“Memang tak rasa raya sebab tak dapat jumpa sedara-mara. Tapi, ada hikmahnya juga. Disebabkan Covid-19, tak perlulah kita peruntukkan banyak sangat duit raya (ketawa).
“Raya ini akan paling seronok andai kita pegang status atau tiket kanak-kanak. Dapat beraya di rumah sesiapa pun dan paling ‘best’, semasa kutip duit raya. Ketuk sahaja pintu rumah sesiapa, mesti bawa balik ‘ongkos’.
“Sekarang dah tak macam dahulu. Nyawa bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main. Saya rasa anak-anak pun dah reda. Semua orang rindukan suasana beraya dahulu yang bebas ke mana-mana tanpa sekatan. Tetapi ini semua dugaan. Sama-samalah kita hadapinya dengan tabah.” ujar Bell lagi.
Melihat gambar berkenaan, ramai yang menulis dan memberi respon. Antaranya ada menulis bahawa dalam gambar ni semuanya nampak muda. Bagaikan semuanya sebaya umurnya.
Bukan itu sahaja, ada yang memuji Bell Ngasri dan isteri sama cantik dan sama padan. Pada usia 41 tahun, ternyata Bell Ngasri tetap tampak muda remaja.
Untuk rekod, Bell Ngasri bernikah dengan isterinya Farhana Syasya pada tahun 2007 dan mempunyai tiga orang anak.
Bapa raikan hari lahir anak istimewa hidap Cerebral Palsy dengan aktiviti lasak. Kasih seorang bapa. Meskipun mempunyai anak menghidap penyakit Cerebral Palsy Quadriplegia yang terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga, ia tidak menghalang seorang bapa membawa ‘anak syurga’ itu menyertai aktiviti lasak.
Menurut Wira Sudepja Rabu, 49, bahkan setiap tahun pada bulan September dia akan menyambut hari lahir anaknya, Nur Wadihan,16 dengan menyertai misi kayuhan ketempat yang mencabar.
Katanya, antara aktiviti berbasikal yang telah disertai mereka adalah berbasikal Bukit Fraser, menjelajah bukit seperti Bukit Miku Negeri Sembilan; Bukit Sungai Como, Terengganu; Gunung Jerai, Kedah dan penutup di Bukit Wang Kelian Perlis selain menyertai Half Marathon 21 kilometer.
“Tahun ini adalah tahun ke sepuluh sertai aktiviti larian dan berbasikal. Sememangnya setiap minggu kami bersama kelab Bikeisable sebagai salah satu sistem sokongan untuk komuniti.
“Saya suka bawa Dihan keluar hanya untuk mengembirakan dia. Hidup ini satu medan ujian, setiap kita ada bahagian masing-masing,” ujarnya.
Bapa kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dari kecil hingga umur enam tahun, anaknya hanya menghabiskan masa di hospital.
Jelas beliau, ketika itu anaknya kerap ditahan di wad kerana penyakit yang dihadapi.
“Setelah kesihatan agak stabil, saya cuba bawa keluar dan beriadah. Hingga satu hari berselisih dengan kumpulan berbasikal dan Dihan ketawa.
“Ini menjadi pencetus kami berbasikal dan kemudian berlari. Hari ini ia sudah menjadi rutin kami sekeluarga.
Wira Sudepja turut berkongsi bahawa anaknya akan terlantar seperti bayi berusia empat bulan sepanjang hayat.
“Oleh itu, hargai setiap detik yang ada bersama anak syurga kerana kita tidak tahu berapa lama yang kita ada.
“Moto kami hidup bukan sekadar bertahan hidup, hidup anak syurga luar biasa,”ujarnya.