Santan kotak kalau kita beli pek besar, lebihannya terpaksalah kita simpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang kita simpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksa dibuang dan membazir.
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Nelisa Sofea di facebooknya ini memang wajar kita contohi. Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ini cara saya simpan santan kotak untuk jangka masa lama sebab biasanya saya beli kotak kecil. Sebab kadang-kadang pakai sikit je tapi akhirnya baki tu tak sempat pakai dalam masa 3 hari. Dah busuk kenalah buang.
Ni saya beli santan pek besar 500ml repack masuk dalam plastik aiskrim. Bajet untuk sekali pakai repack lepas tu simpan dalam freezer.
Kalau nak pakai keluarkan, defrost dan masak macam biasa.
Ads
Kena ada tiga bahan ni. Plastik aiskrim paling penting.
Ads
Asingkan dalam plastik aiskrim kecil. Guna setiap satu plastik setiap kali nak guna.
Simpan Santan Lebih Lama
Antara cara lain yang anda boleh lakukan untuk memastikan santan tahan lama disimpan dalam peti ais adalah dengan membungkus santan dengan kertas surat khabar.
Caranya:
1. Basahkan kertas surat khabar.
Ads
2. Kemudian bungkus santan segar dengan kertas yang basah.
3. Bungkus kemas dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan santan masih sentiasa segar dan tidak terpisah air dan santannya.
Kredit: Nelisa Sofea
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meraikan hari raya bersama ibu dan ayah di kampung tentunya menjadi momen yang menyeronokkan bagi seisi keluarga. Pun begitu andai rezeki dapat bersuamikan orang jauh, mungkin untuk berhari raya di kedua-dua kampung dalam satu masa mustahil dapat dilaksanakan. Jadi penyelesaiannya ramai membuat sistem giliran untuk memuaskan hati. Syukur kedua-duanya dapat mencari kata sepakat.
Namun, bukan perkara pelik juga ada yang berlaku sebaliknya sebagaimana perkongsian kisah daripada Puan Marliya Ramli ini apabila berbual dengan seorang isteri di mana setelah 7 tahun berkahwin tidak pernah sekali pun beraya di rumah keluarganya sendiri.
HATI ISTERI
“Raya mana tahun ni?” Tanya akak berbasa basi.
“Di kampung suami…,” Jawab dia.
“Oooo… Seronok la kan? Raya di kampung, meriah!”
“Meriah tu memang meriah. Tapi kalau dah tujuh tahun kawen, tujuh kali beraya di rumah mertua, dah tak rasa seronoknya..” Jawab dia perlahan.
Dan akak diam. Tak berani lagi nak berbasa basi.
Suami yang dirahmati Allah,
Kalau akak cakap, nanti anda marahkan akak. Tapi, apalah salahnya kalau buat sistem giliran raya? Tuan berikan ihsan kepada isteri. Akak faham. Wajib bagi isteri patuh kepada suami. Wajib bagi isteri berada di sisi suami.
T.E.T.A.P.I….
Isteri mengahwini Tuan yang perkasa bukan atas sebab mahu meninggalkan keluarga. Tapi kerana atas dasar satu perkataan iaitu CINTA.
Namun, cinta adalah perasaan yang perlu dipupuk. Perlu dibaja. Disemai hingga mekar. Atau jika dibiar tandus, lama kelamaan hilang.
Akak cadangkan berilah ihsan kepada isteri. Bergilirlah pada raya pertama. Tahun ini bersama keluarga Tuan, tahun depan bersama keluarga mertua.
Bagaimana ibu bapa Tuan merindukan anak-anak pada Hari Raya, begitulah keluarga mertua. Mereka merindukan anak mereka juga.
Tidak ada ibu bapa yang mengahwini anak gadis mereka agar mereka tidak perlu berjumpa lagi. Tidak ada. Ya… akak harap Tuan berilah ihsan giliran raya. Seperti mana isteri Tuan memberikan ihsan di dalam rumahtangga.
Apa tugas suami?
Memberikan nafkah zahir batin termasuklah kebahagiaan emosi. Dan sebagai balasannya isteri memberikan taat setia kepada suami.
Ya, isteri hanya perlu berikan taat dan juga setia. Tidak wajib isteri memberikan lebih daripada itu walau seinci. Bukan akak yang cakap, tapi Allah yang perintahkan.
Namun kerana cinta, isteri Tuan memberikan ihsan dalam rumahtangga. Selain taat dan setia, isteri Tuan memberikan ihsan.
Jika Tuan terlepas pandang, izinkan akak meletak senarai ihsan seorang isteri :
1 – menyusukan anak-anak
2 – mengemas rumah
3 – memasak makanan
4 – membantu menyiapkan anak ke sekolah
5 – mengemop lantai
6 – mencuci, menyidai, melipat dan iron pakaian
7 – ada yang bantu bayarkan bil TNB
8 – ada yang belikan anak susu
9 – ada yang bantu bayar kereta
10 – ada yang buat business online untuk tambah wang keluarga
Dan lagi… dan lagi… dan lagi…
Seribu satu ihsan yang isteri beri buat suami. Walaupun semua itu bukanlah tanggungjawab isteri, namun isteri berikan ihsan atas nama cinta.
Maka…
Tuan berilah satu ihsan buat isteri iaitu giliran raya. Mulakan dengan tahun ini. Nescaya, isteri akan amat hargai.
Memang benar…
Tugas isteri adalah taat kepada suami. Namun apa gunanya taat jika HATI ISTERI tidak dimiliki. Apa gunanya memiliki jasad tetapi hati isteri mati?
Bak kata perpatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kata-kata yang amat sesuai untuk lelaki ini yang berjaya mengenggam pengajian doktor falsafah (PhD) setelah 4 tahun berjuang untuk mencapai impian.
Siapa sangka, lelaki ini yang hanya rider penghantar makanan FoodPanda ini sebenarnya seorang yang bergelar ‘Dr’. Merupakan Gaduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal, Universiti Malaysia Pahang, Gambang.
Menerusi perkongsian di facebook miliknya dan FoodPanda Rider Malaysia, dia melahirkan rasa syukur sepanjang empat tahun, dia mendapat sokongan dan restu keluarga serta doa ibu bapa dan isteri yang sentiasa memberikan semangat.
Biarpun hanya bekerja sebagai penghantar makanan, ia tidak mematahkan semangat untuk berjaya. Jati diri itu menjadikan dirinya terus berjuang sehingga meraih kejayaan sebegini.
Moga kisah ini menjadi inspirasi!
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah..akhirnya selesai jua pengajian PhD setelah hampir 4 tahun..
Alhamdulillah..Selesai jua pengajian PhD ini setelah 4 tahun..Syukur kpd Allah..Dialah yg menyelesaikan masalah..Dia jualah yg mempermudahkan segala urusan..
Terima kasih yg tak terhingga kpd SV Prof Mimi Sakinah atas segala ilmu dan tunjuk ajarnya..
Terima kasih juga kpd emak dan ayah atas dorongan dan doa..tanpa doa dari mereka..mustahil rasanya untuk selesaikan pengajian ni.
Trima kasih juga kepada isteri yg tercinta kerana sangat menyokong dan memahami hidup sebagai seorang student..terlalu banyak duri dan ranjau yang perlu diharungi sepanjang 4 tahun ini..sempat jugak mengandung 2 kali . Alhamdulillah..Terima kasih Allah..
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bila ditanya tentang beras yang sering menjadi pilihan utama untuk dimasak antara beras perang, beras biasa, beras siam, beras wangi, beras basmathi dan sebagainya tentu berbeza-beza jawapannya.
Ada yang kata pilihan beras ikut kesesuaian jenis menu nasi yang ingin disajikan, ini bertepatan dengan tekstur dan rasa yang berbeza untuk setiap beras tersebut.
Begitu juga ada yang memilih jenis beras yang ingin dimasak kerana mahukan pemakanan yang lebih sihat.
Namun bagaimana caranya andai dalam satu rumah, perlu dimasak perlbagai jenis beras. Contohnya beras perang untuk ayah yang ada menghidap kencing manis, anak lelaki lebih gemarkan makan nasi dari beras basmathi yang lebih peroi bila dimasak, manakala si ibu lebih berselera makan beras biasa sahaja.
Atas sebab ingin memuaskan selera semua, mana mungkin hari-hari sanggup memasak nasi dua tiga kali. Tentunya akan mengambil masa yang lama.
Tapi tahukah anda, masalah ini boleh selesai bila anda memasak dengan teknik dan trik yang dikongsikan oleh Arwina Mansor ini.
Nak tahu apa caranya itu, jom baca perkongsian ini. Selamat mencuba!
Masak Beras Pelbagai Jenis Dalam Satu Masa
Ada sorang kawan kata… Susahlah nak masak nasi sekarang… Mak nak beras perang. Kami tak suka.. Takkan tiap kali nak masak dua periuk..
Alamak dik.. Senang je.. Kami di rumah dah lama masak nasi kukus.. Senang je… Tiap sorang satu mangkuk… Sedas je masak.. tak sampai sejam… Nasi cantik.. Takde kerak.. Gebu…
Ni saya tunjuk.. Saya masak 3 jenis beras… Beras wangi, beras perang dan beras siam…
Nak senang lagi.. Pakai mangkuk lain2 jenis.. Senang kenal nasi siapa punya… Bunyi ting.. Semua orang dapat makan nasi kegemaran..
Ok.. Sebab ramai pula tanya soalan yg sama… Saya bagitau sini…
Kalau nak nasi macam biasa… Letak beras yang dah dibasuh 3/4 dari mangkuk dan letak air penuh mangkuk… Jadi nasi akan naik ke atas bila dah masak.
Kalau nak nasi tu lembik… Letak beras 1/4 @ 1/2… Buh air penuh.. So nasi akan lembik sikit.. Senang nak lenyeh bagi baby makan…
Nak masak pun tak lama… Dalam 20min-40min.. Bergantung kepada jenis pengukus dan kuantiti.
Tapi saya suka biar je dia kukus lama… Sampai waktu makan.. Panas panas kan sedap
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...