Ramadan tahun ini pastinya cukup berbeza buat pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu. Buat pertama kalinya, dia bakal menyambut bulan mulia ini tanpa isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di sisi.
Berkongsi momen kenangan setiap kali ramadan, Shuib berkata, dia dan arwah suka pergi ke bazar bersama-sama untuk pilih dan membeli kuih-muih, termasuk mencari makanan kegemarannya iaitu pajeri nanas.
“Ini kali pertama Ramadan tanpa dia (Sarah). Sedih, gementar pun ya. Fikirkan perasaan anak-anak termasuk diri sendiri juga.”
“Kami suka pergi bazar Ramadan sama-sama. Pilih kuih, cari pajeri nanas. Dan kalau nak cakap apa yang tak boleh lupa ketika Ramadan, saya memang akan minta Sarah masakkan pajeri nanas.
“Dia pun tahu saya memang suka pajeri nanas. Jadi, dia memang takkan tak buat dan dia mesti buat (masakkan). Itu yang dirindui, pajeri nanas Sarah.
“Selain itu, ada lagi satu masakan kegemaran Sarah iaitu dia suka masak kerutup ayam atau kerutup daging. Ya Allah, sedapnya,” katanya.
Ads
Berbicara juga mengenai keperibadian arwah isterinya, Shuib berkata, aktiviti Sarah ketika Ramadan, dia kerja macam biasa dan di sebelah petang pasti akan banyak masa di rumah untuk masak dan menyiapkan juadah berbuka mereka sekeluarga.
“Jadi, Ramadan kali ini tak ada persiapan dan saya lebih kepada perancangan untuk bersahur serta berbuka dekat mana, dengan siapa. Sambutan pun biasa-biasa saja.
“Tak adalah ‘heavy’ sebab memikirkan hari pertama puasa ini sahur macam mana, berbuka macam mana, anak-anak punya perasaan termasuk ‘daddy’ dia punya perasaan juga,” katanya lagi.
Apa pun, Shuib berkata insya-Allah, bulan puasa ini adalah ruang terbaik untuk dia sekeluarga berbuat amal jariah, sedekah dan beribadat.
Ads
“Insya-Allah, harap tahun ini boleh menjalani puasa dengan baik dan dapat perbanyakkan lagi amal ibadat. Dapat buat banyak sedekah khususnya untuk Siti Sarah,” katanya.
Shuib bernikah dengan Allahyarham Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan.
Memiliki set pinggan mangkuk dengan pelbagai pilihan jenama seperti Corelle, Vintage, Luminarc, Duralex dan pelbagai lagi jenama lainnya seakan satu kepuasan bagi kaum ibu jika memilikinya.
Bukan sahaja kerana terpesona dengan rekaan pinggan mangkuk tersebut, malah tidak dinafikan dengan penggunaan pinggan mangkuk ini akan memberi gaya dan aura istimewa ketika di meja makan.
Pun begitu, tidak kurang hebatnya pula bila menggayakan set pinggan mangkuk legend masyarakat kita iaitu pinggan seramik bercorak bunga kangkung ini. Menghargai kecantikan dan keistimewaan pinggan mangkuk jenis ini, keluarga Puan Nora Sheka menggunakan pinggan mangkuk ini sebagai pinggan harian keluarganya. Jom kita baca perkongsiannya.
“Banyak orang guna pinggan mangkuk ikea, corelle, vantage dan sebagainya. Pilihan saya tetap pinggan bunga kangkung untuk kegunaan harian. Biarlah orang kata taste nenek-nenek makcik-makcik pun. Haha biarpun umur saya 34 tahun. Pinggan ni baru lepas dicuci area sinki.”-
Mengulas lanjut posting berkenaan idea untuk menggunakan pinggan mangkuk yang penuh nostalgia ini, nyata Puan Nora Sheka, ada cerita menariknya.
Mulanya saya saja suka tengok post-post di fb dan ig ada hidang makanan pakai pinggan tu. Macam menarik nampaknya. Jadi itu yang tiba-tiba timbul idea untuk memiliki pinggan-pinggan lama ni walaupun saya sebenarnya bukanlah collector barang-barang lama pun.
Jadi saya beli daripada orang kampung, semuanya baru ada ada 21 pcs dan saya beli dengan harga RM170 macam tu la….
Apa yang ingin saya kongsikan, bila kita menggunakan pinggan-pinggan lama dengan corak bunga kangkung ni, jujur saya katakan saya dapat rasakan seakan sedang makan di kampung. Terus teringat nostalgia dulu-dulu, kiranya lagi berselera lah saya makan guna pinggan tu. Komen anak dan suami pula, mereka suka lihat bila makanan dihidang dalam pinggan bercorak klasik seperti itu, katanya pinggan-pinggan tersebut nampak cantik di meja makan.
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.
Menurut sumber, kejadian disedari selepas guru tersebut tidak hadir ke sekolah seperti biasa, malah pihak sekolah turut gagal menghubunginya menerusi telefon.
Keadaan itu mendorong Penolong Kanan sekolah berkenaan untuk pergi sendiri ke rumah guru terbabit bagi memastikan keadaannya.
“Sampai sahaja di rumah, kenderaan milik mangsa masih ada di hadapan rumah namun panggilan telefon tidak dijawab, menimbulkan rasa curiga,” katanya.
Susulan itu, pihak sekolah menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan membuka pintu kediaman mangsa.
Sebaik tiba, anggota bomba berjaya membuka pintu rumah dan mendapati guru wanita tersebut telah meninggal dunia.
Pihak polis turut dipanggil ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.
Maklumat awal mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung dan pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, hasil siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Bukan mudah urusannya bila seorang wanita memikul tanggungjawab menjadi seorang isteri, ibu dan dalam masa yang sama turut berkerja. Memastikan semua tugas dapat dilaksanakan lancar dan sekali gus tidak memberi tekanan melampau dalam hidupnya, skil pengurusan masa dengan bijak amat diperlukan.
Berkongsi kisah berkaitan pengurusan masa, di sini dikongsikan untuk memberi serba sedikit pencerahan dan panduan untuk dipraktikkan agar seorang isteri itu dapat menjalani rutin hariannya lebih tenang dan lancar.
Ini perkongsiannya, jom semak.
Apa nak buat kalau isteri balik kerja jam 6.30ptg dan suami mahu makan sharp jam 8malam?
Seorang isteri, lebih lagi yang berkerjaya, ada anak kecil lebih dari 1, dan suami pula jenis balik kerja nak lihat rumah dan anak semuanya tenang terurus..dan… nak makan hasil air tangan isteri di rumah. At least ada dua lauk.
Telan air liur kejap.
Boleh tercepit jiwa raga antara penat dan tanggung jawab!
Saya kira ini soalan menarik untuk dikongsi. Mungkin ramai sahabat ibu yang dalam senyap mengalami tekanan mengurus konflik ini.
Take a deep breath.
Allah kan ada?
Apa yang saya syorkan ni mungkin agak padat bagi kebiasaan ibu.
Tetapi, mungkin juga boleh jadi guideline big picture kronologi rutin harian yang mungkin boleh bantu ibu yang tak tahu nak start dari mana..nak buat macam mana…untuk lihat dari sudut berbeza.
Yang meraikan apa yang isteri mahu kawal dan elakkan dan apa yang suami suka.
Kita taknak pertikaikan ‘kenapa’
Tapi yang kita nak fokus adalah ‘bagaimana’
Dan..bila uoll baca ni. Pandanglah dari sudut yang baik baik.
Here it goes. Bismillah.
Dalam apa jua keadaan yang perlu kita lalui. Always start dengan mind.
1- Reset otak, kita sedang main game. Ada levelnya.
Kira on ur mark, get set, GO! Ha kene rasa camtu. Baru thrill. layannnn. Happy happy sahaja. Cara gerak pun kene macam orang tengah main game.
Haha. Memang macam tak masuk akal. But then, untuk kita manage badan yang lelah penat bekerja seharian, kita hanya ada satu CHOICE. Mainkan otak!
2- Dalam kereta, otw back home siap siap beli roti ke cekodok, buah..lempeng..chocolate bar snickers ke…NGAP dengan senang hati untuk alas perut.
3- Sampai je rumah, terus masuk toilet jangan pandang kanan kiri, mandikan anak anak. Ya! Mandikan. Takya nak suruh berdikari sangat. Ini bukan masanya. Mandikan. Wangikan. Gosok sampai kilat anak tu.
Hehehe. Suami happy bila anak fresh.
Satu anak mandi tak sampai pun 5 minit.
4- Lepas tu siapkan anak baju bedak semua dalam bilik. Make sure bilik kunci. Buka aircon atau kipas. Spray bilik biar wangi semebak. Buka cerita untuk anak tonton sementara kita urus diri…yang penting anak tenang kat dalam bilik tak merayap keluar.
Hadkan masa urus anak 10 minit sahaja. Ni tak perlu kelam kabut pun. Bebual la dengan anak sambil mandikan tu.
5- Settle anak, mak pulak mandi. Mak mandi pun takya lama lama. 5 minit. Dah.
Maka cukuplah 15 minit sesi mandi dan freshkan diri. Kene mandi supaya dapat recharge energy.
Kalau terus buat kerja dapur, u akan menyumpah penat tak sudah!
7pm
6- Bawa anak anak masuk dapur. Kat lantai dapur sediakan satu ruang, atau paling tak pun buat petak guna scotch tape kat atas lantai area dapur.
Buat deal siap siap ngan anak. Sediakan mainan yang u reserve, yang anak suka, hanya untuk main pada waktu u masak. Dan u boleh pantau.
Untuk kes ibu ini, anaknya 5 tahun dan 3 tahun. Dan suaminya tak suka anak tengok tv. Dan ibu ni tak senang hati bila suami tegur itu ini aktiviti yang anak buat.
Dan aktiviti yang suaminya syorkan menurut si isteri adalah aktiviti yang memerlukan bantuan orang dewasa.
Huhuhu comel sangat cerita ni kan. Tapi yes..apa yang kita boleh buat adalah fokus apa yang kita boleh kawal. Jangan sibuk tak puas hati dengan suami. We just do what we can do. Thats it.
Communicate ngan suami untuk terangkan kecelaruan emosi u tu adalah satu proses lain. Just in case, komunikasi tu tak berlaku atau belum berjaya…cuba buat yang no 6 ni.
7- START MASAK. Masa yang diperlukan sebenarnya tak lama. Maksimum 30 min is more than enough.
Ya. 30 min. So supaya flow lancar, make sure persiapan potong memotong, pembahagian bahan mentah, semua u da siap label 1-5 contohnya. Siapkan on weekend.
Atau bahan mentah seperti ayam ikan, siap siap pindahkan dari bahagian frozen ke bahagian yang bukan frozen sebelum pergi kerja.
Contoh, hari isnin guna semua yang label 1. Jadi takya nak habiskan masa termenung depan fridge pening pening lalat.
Letak timer kalau tak biasa masak laju. Practice makes perfect! Kata tengah main game. Chill dulu. Later bila u da terror, baru nikmatnya tak terkata.
7.45pm
8-Settle masak, SOLAT MAGHRIB. Hangkut anak anak juga. Unless jemaah dengan suami. Kalau tak, bawa anak anak solat ngan di bilik.
Kalau u jenis sensitip benor suami tegur tegur anak, u anggap je la anak tu kembar u. Di mana u ada, di situ anak ada.
8pm
9- MAKAN. YEYYYY!!
Tapi mama. U jangan makan sama. U suap anak anak. Sebab suami u suka u bebual bebual dengan dia. Kalau u makan sekali dengan anak dan suami. Mau tercekik nak melayan karenah anak dan borak suami.
Lagi pun. Suami u jenis suka yang bersih teratur. So suap anak tu kira tak sepah dan juga bonding time u dan anak. Bonding time u dan suami.
Belajar untuk hargai masa ini.
Bacalah doa banyak banyak untuk setiap suapan. Hadiahkanlah zikir zikir yang baik setiap kali pandang mata suamj saat berborak tu.
30 min makan siapp!
10- KEMAS. Settle sinki. Jangan ada yang tersisa.Mop takya buang masa lap lap lekit sana sini.
Untuk kes sahabat ibu ni, suami sangat sangat pembersih. Takde makna sinki ada pinggan semalam.
So?
Ambil lebih kurang maksima 30 min untuk cuci dan bersihkan dish. Suh anak duduk dengan ayah. Cakap kat anak kuat kuat. Go dengan ayah. Nanti ayah sedih kalau abang tak cerita cerita dengan ayah.
Huhuhu ni dialog sebenarnya cara halus nak sampaikan kat suami tengokkan anak sekejap.
9pm
11- Sediakan tempat tidur dan bawa anak anak masuk bilik. Tutup lampu sambil tu bolehlah kita solat dalam keadaan gelap. Tenang sikit.
12- COP! Daaaaahtu bilanya maknya nak makan?
Pas habis solat. Makan! Huhuh ok fine. Ni tak ambil kira bab diet. Kalau diet terpaksa adjust makan dalam kereta otw back home tu atau sebelum solat maghrib
13- Bilas badan mandi hilangkan bau berlengas dapur kat badan pastu sapu minyak seluruh badan. Lagilah di bahagian pinggang dan tapak kaki. Mintalah suami sapukan. Biar hangat. Hahaha jangan hangit. Pakai stokin. Minum air secukupnya. Buka audio quran biar hati bahagia.
14- Disiplinkan diri tidur selewatnya jam 11pm supaya u tak pengsan untuk teruskan perjuangan. Sambil pejam mata syukur Allah beri hidup beri iman beri kasih sayang.
15- Bangun awal sebelum subuh. Dapatkan tahajjud walau dua rakaat.Kekuatan yang u bakal dapat serious amazing biiznillah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.