Biskut Makmur Versi Nak Guna Minyak Sapi Atau Mentega, Rasa Sedap Cair Di Mulut!
Biskut Makmur menjadi antara biskut Raya yang boleh dikatakan biskut wajib ada ketika berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan ketika zaman kanak-kanak dahulu. Hingga kini biskut legend ini tetap digemari ramai tanpa mengira usia.
Rasanya yang ‘gebu’ dan ‘mencair’ di mulut itu yang membuatkan biskut Makmur ini cukup istimewa. Nak-nak lagi bila mengunyah biskut ini akan terasa pula kerangupan kacang tanah di dalamnya. Memang enak sungguh menikmatinya!
Buat anda yang rindu untuk menikmati keenakan rasa Biskut Makmur ini, bolehlah cuba buat sendiri untuk Hari Raya kali ini. Memandangkan membuatnya tidaklah susah bahkan bahan-bahan yang digunakan juga ringkas.
Malahan anda juga boleh tentukan sama ada untuk sediakan Biskut Makmur versi menggunakan minyak sapi ataupun mentega. Ini sepertimana perkongsian resipi oleh Nora Afida yang cukup digemari ramai.
500 gm kacang tanah sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar atau ditumbuk
Minyak jagung secukupnya
Cara-caranya:
Untuk doh biskut makmur
Langkah 1 :
Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
Langkah 2 :
Campurkan tepung gandum bersama gula castor, butter/minyak sapi yang dah dicairkan (pastikan butter/minyak sapi sudah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
Langkah 3 :
Masukkan sikit-sikit minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tersebut boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut itu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
Untuk inti biskut makmur,
Langkah 1 :
Sangai kacang tanah tanpa minyak.
Langkah 2 :
Buang kulitnya dan kisar kacang tersebut. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
Langkah 3 :
Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing.
Boleh susun dalam balang bila biskut sudah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.
Menyediakan kek dengan mempunyai rasa, bentuk dan warna yang menarik menjadi antara ciri-ciri utama membuatkan anak-anak suka menjamah kek.
Namun bagi ibu yang menyediakan menu kek, merasakan alangkah seronoknya memasak kek jika teknik memasaknya mudah dan ringkas.
Barulah rajin jadinya untuk selalu menyediakan hidangan kek buat seisi keluarga.
Di sini, melalui perkongsian Eny Yusnizar ada diberikan resipi mudah buat kek dengan menggunakan 6 bahan, boleh dimasak cara bakar ataupun kukus. Elok sangat dicuba!
1. Dalam mangkuk pemutar, Masukkan telur, gula, ovallete dan esen vanilla, pukul sehingga putih dan ringan serta pekat
2. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil putar.
3. Bahagikan adunan dan campur pewarna.
4. Masukkan dalam acuan size 7 inci. Boleh kukus atau di bakar selama 25 ke 35 minit ikut saiz acuan. Kalau bakar suhu oven 170C. Saya bakar je.
Tips kukus kek atau apam dengan cantik, tak kemek dan kedut.
1. Pastikan balut penutup periuk kukus dengan kain bersih atau balut permukaan acuan dengan aluminium foil agar air kukus tak timpa kek.
2. Guna acuan yang sesuai bukan bekas plastik bekas isi makanan atau bekas ais krim. Ini akan sebabkan kek tu kecut ketepi dan mendap. Sebaiknya guna acuan kek besi tu, acuanya cepat panas, kek naik gebu.
3. Air kukus perlu cukup penuh ye bukan paras bawah je baru haba kukus tu cukup panas nak gebukan kek atau apam. Tapi jangan penuh sangat sampai melimpah atau meruah.
3. Kek juga perlu dimasukkan apabila air kukus mendidih sepenuhnya. Jangan masuk awal semasa air tak mendidih. Ini akan menyebabkan kek atau apam menjadi bantat. Lepas masuk jangan buka langsung periuk kukus sehingga mencapai 25 minit barulah dibuka dan cek kek dah masak ke belum.
Selamat mencuba ye..
Credit : Eny Yusnizar Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kudap-kudapan antara makanan wajib ada ketika pagi raya. Tak sah kalau tak berlawan makan dengan adik beradik. Apa lagi kalau menonton televisyen beramai-ramai. Boleh makan 2 kuih tanpa sedar. Begitu penangannya.
Kudapan yang satu ni agak mahal harganya di pasaran. Maklumlah bahan yang digunakan boleh tahan harganya. Sedap memang sedap tapi mengenangkan harganya kita berfikir-fikir nak beli.
Apa kata cuba buat sendiri. Dapatlah makan lebih sikit malah lebih jimat. Nak buatnya pun sangatlah senang. Jom cuba hari ni.
Ok ni resepinya:
500g serbuk florenta
500g almond slice
200g kuaci hijau
100g kuaci putih
20g bijan putih
20g bijan hitam
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...