Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, pempengaruh media social, Siti Jamumall terpaksa membuang kandungannya gara-gara kandungan anggur atau molar pregnancy.
Menerusi Tik Toknya semalam, Siti memberitahu kandungannya terpaksa digugurkan selepas doctor mengesahkan dia mengalami kehamilan anggur atau molar pregnancy.
“Rancang nak sorok dulu berita kehamilan sampai bayi dalam kandungan besar sikit tapi tak kesampaian. Siti kena molar pregnancy,” katanya berkongsi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa menjalani prosedur mencuci kandungan dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya.
Ads
“Allah bagi pinjam sekejap. Doakan semoga semuanya selamat.
Ads
“Kena jalani prosedur untuk cuci kandungan. Takut tapi kena kuat,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Siti dan suaminya Khairul Aiman Abdul Kudus mendirikan rumah tangga pada 1 Jun lalu. Siti turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Aturan Allah tak siapa mampu menduga. kematian itu rahsia dan ketentuan taqdirnya di sisi Allah. Dialah yang menetapkan dan maha mengetahuinya. Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal).
Semalam, dalam keceriaan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pastinya ada yang gembira dengan keputusan cemerlang yang diperolehi. Namun, tiada siapa yang menduga, setiap aturan yang telah ditentukan.
Seorang pelajar menemuai ajal setelah mengambil keputusan SPM semalam sungguh meruntun jiwa. Malah arwah merupakan salah seorang penerima Anugerah Cemerlang SPM 2018 Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dengan memperoleh keputusan 6A dalam SPM.
Melalui perkongsian Aji Yusop menjelaskan arwah merupakan penerima anugerah pelajar cemerlang.
Muhamad Hakimie Ifwat Sabaruddin, 18, Penerima Anugerah Cemerlang SPM 2018 Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya petang tadi selepas ambil result”
Dalam pada itu, menurut laporan harian metro, dalam kejadian 6.30 petang haria ini, mangsa yang menunggang motosikal bersama rakannya, Amzar Amran, 18, dikatakan terjatuh selepas terlanggar motosikal ditunggang warga emas dari arah sama berhampiran susur keluar Bandar Darulaman, Jitra.
“Kami berempat sempat menghabiskan masa makan dan main game (permainan komputer) di Aman Central, Alor Setar hampir setengah hari selepas mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
“Tetapi apabila pulang, tak sangka hanya kami bertiga yang selamat manakala rakan baik, Muhamad Hakimie Ifwat Sabaruddin, 18, meninggal dunia dalam kemalangan di depan mata kami,” kata Qumail Saini Suhaimi, 18.
Menurut Qumail, ketika itu dia menunggang motosikal bersama seorang lagi rakan, Aqil Amzar Mas’ad, 18, di bahagian depan manakala mangsa yang menunggang motosikal lain berada di belakang.
“Ketika itu, saya cuba mengelak motosikal ditunggang pak cik itu dan mungkin arwah tak perasan serta tak sempat mengelak menyebabkan berlaku kemalangan.
“Ketika itu saya nampak Muhammad Hakimie terpelanting dan tidak sedarkan diri manakala Amzar yang membonceng motosikalnya pula menjerit meminta tolong kerana kaki kirinya dipercayai patah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jitra, malam ini.
Amzar dimasukkan ke Hospital Jitra kerana parah parah dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Qumail berkata, mereka hanya mampu melihat keadaan mayat rakan mereka kerana tidak berani mendekatinya sebelum pasukan paramedik dari hospital mengesahkan dia sudah meninggal dunia.
Katanya, hubungan mereka berempat sangat rapat sejak di tingkatan satu dan mereka tinggal di asrama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.
“Arwah Muhamad Hakimie memperoleh keputusan 6A dalam SPM manakala saya pula mendapat 4A dan Aqil Amzar serta Amzar pula masing-masing memperoleh keputusan 9A dalam SPM diumumkan pagi tadi.
“Arwah sangat baik dan berhasrat untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi dan meminati bidang fotografi,” katanya.
Jenazah Muhammad Hakimie dibawa ke hospital untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Sukamari, Pendang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pejam celik, genap setahun pemergian penyanyi terkenal tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Menurut suaminya yang juga pelawak, Shuib, pernah berhasrat untuk mengubah suai rumah bagi memberi suasana baharu.
Bagaimanapun, Shuib terpaksa melupakan perancangan itu baru-baru ini selepas mendapat mimpi sedih seakan-akan Allahyarham Sarah tidak bersetuju dengan keputusan itu.
“Selepas enam bulan arwah meninggal dunia, saya pernah terfikir nak ubah suai rumah untuk memberi suasana baharu dan sudah berbincang dengan pereka dalaman.
“Bagaimanapun, bulan lalu saya batalkan hasrat itu selepas mendapat mimpi sedih. Dalam mimpi itu, saya masuk ke rumah baharu dan tercari-cari arwah tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pada majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian Sarah, malam tadi.
Menurut Shuib, mimpi yang dialami turut mengganggu emosinya ketika itu dan membuatkan dia kuat untuk terus tinggal di rumah yang sudah mereka diami hampir empat tahun.
Shuib berkata, walaupun sudah setahun pemergian Sarah, dia masih menyimpan barang-barang peribadi milik isterinya itu untuk dijadikan kenangan.
“Ada barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang. Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah,” katanya.
Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu jam 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini, akibat Covid-19.
Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.
Kita biasa dengar bahawa anak-anak kecil bila berbicara, setiap apa yang dituturkan adalah lahir dari hatinya yang suci dan penuh keikhlasan. Ini membuatkan kadang-kadang kita sebagai ibu ayah tersentuh hati dengan setiap jawapan yang diberikan oleh anak-anak kita.
Baru-baru ini Shakilla Khoriri ada berbual santai dengan anak perempuannya Nur Ameena Sofia yang sedang menggenakan telekung untuk menunaikan solat. Perbualan mereka anak beranak lebih kepada tentang kebaikan solat dan syurga.
Namun apa yang lebih menyentuh hati dan menarik perhatian netizen hingga menyebabkan berasa sebak dan mengalirkan air mata, bila Shakilla bertanyakan anaknya apa yang dinginkan di syurga.
Si kecil itu terus menjawab, dia hanya mahu ummi dan daddy sahaja dan terus berlalu di sejadah yang telah terbentang.
Nyata momen yang dikongsikan oleh Shakilla ini menatik tumpuan netizen.
Meninjau di ruangan komen, siapa sangka kata-kata yang diucapkan semasa bersembang dua beranak ini membuiatkan ramai berasa sebak. Lebih-lebih lagi di usia sekecil itu, dia seakan telah faham keadaan hubungan ibu ayahnya dan terus berharap kebaikan untuk keduanya.
“Amina nak ummu dan daddy” betapa pentingnya ibu bapa untuk anak kecil ini”-komen netizen.
“Sebak pula bab umi dan daddy. Hati seorang ibu macam I ter nagis part ni,” komen seorang wanita yang juga seorang ibu .
“Sedih lak… bijak ameena” tulis netizen yang lainnya.
“Semoga Alllah permudahkan segala urusan dunia akhirat awak aminah sayang dan awak jadi anak solehah buat ummi dan daddy..Amin ya Allah Ya Mujib,” antara doa yang ditinggalkan di ruangan komen.
Terdahulu sebagaimana semua sedia maklum tentang perpisahan yang terjadi di antara Shakilla Khoriri dan Fizi Ali sebelum ini dan urusan anak mereka sepakat untuk menjaga Ameena secara bersama-sama.
Jika salah seorang perlu bekerja atau ada urusan, bekas suami atau isteri berkenaan akan bergilir-gilir mengambil Ameena.
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.