Bagi anda yang gemar makan Sizzling Yee Mee, kena belajar cara untuk sedaikannya sendiri. Ini memandangkan bahan dan cara penyediaannya cukup mudah. Walau tanpa ada hot plate seperti yang biasa digunakan semasa memasak Sizzling, anda masih boleh gunakan peralatan memasak yang lain seperti Maya Miera gunakan untuk memasak menu ini.
Bukan itu sahaja, menurutnya “Bila memasak sendiri bolehlah kita lebihkan cendawan dan ayam mengikut selera sendiri. Memang puas hatilah, rasa Sizzling yee mee ini lagi sedap dari food court. Resipi ini saya buat untuk 15 orang makan. Selamat mencuba”
Sizzling Yee Mee
Bahan-bahan:
2 ekor ayam potong kecil-kecil
4 senduk kicap kipas udang
3 senduk sos tiram
3 senduk kicap pekat
4 senduk kicap cair
3 sudu besar minyak bijan
2 ketul kiub ayam
2 jug air
Sayur pakchoy *saya celur
6 ulas bawang putih *saya cincang
Seketul besar halia *saya hiris
6 tangkai cabai kering buang biji *potong 3
Ads
2 peket cendawan shitake *hiris
6 sudu besar tepung jagung *bancuh dengan air
1senduk minyak masak utk menumis
Cara-caranya
1. Masukkan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cabai kering.
2. Bila dah naik bau dan kekuningan,masukkan cendawan shitake dan ayam, gaul-gaul bagi ayam masak dalam 5 minit.
3. Masukkan semua kicap, minyak bijan, kiub ayam, dan air.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
5. Saya tak dak hot plate, guna non stick pan je..
Masukkan kuah yang dah siap tadi..masukkan mee dan telur..bila mee dah lembut, masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang
Ads
Ini mee yang saya gunakan.
*buat kicap + cabai melaka sama..fuhh sedapppp
Selamat Mencuba.
Astro bakal menghidupkan semula dunia magis kanak-kanak menerusi acara paling dinantikan tahun ini iaitu Astro Home of Kids 2025 yang akan berlangsung dari 12 hingga 15 September 2025 di Pavilion Bukit Jalil Convention Centre. Acara empat hari ini akan dibuka kepada umum dari jam 10.30 pagi hingga 9.00 malam dan yang paling menarik kemasukan adalah percuma untuk semua.
Lebih 15 maskot kegemaran dari dalam dan luar negara bakal menghiburkan pengunjung dalam suasana penuh imaginasi dan interaktif yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Home of Kids menampilkan pertemuan eksklusif bersama maskot paling ikonik yang menjadi kegilaan anak-anak termasuk Didi & Friends, Omar & Hana, Bluey, Pinkfong, Cocomelon, Doo Doo & Tong Tong dan ramai lagi.
Kanak-kanak bukan sahaja berpeluang bergambar bersama maskot kesayangan mereka, malah boleh bermain dan berseronok di zon belajar juga bermain dan kemudian lepak-lepak di ruang rehat untuk keluarga. Kesemua aktiviti ini menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan sarat dengan elemen pendidikan.
Acara tahun ini dikuatkan lagi dengan penyertaan rakan kandungan utama seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies, Disney+ Hotstar, Viu, Moonbug, Warnakala Studios, Les’ Copaque, Monsta dan banyak lagi.
Pengunjung turut boleh melawat 10 booth jualan dan barangan eksklusif, menyaksikan pertunjukan pentas dan merasai sendiri interaksi di booth interaktif daripada jenama popular seperti KFC, FarmFresh, PetroSains, Chicken Rice Shop, Duo Pharma, Zus dan U Mobile.
Astro turut menyediakan zon penstriman khas, iaitu ‘Home of Ceria’, yang menjadikan acara ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga satu peluang untuk meneroka kandungan baharu.
Astro Home of Kids 2025 tampil lebih meriah dan penuh warna dengan satu kejutan istimewa, buat pertama kalinya, penonton berpeluang menyaksikan konsert bertiket yang menampilkan jenama popular kesayangan ramai, Didi & Friends!
Konsert eksklusif ini, yang dipacu oleh UMobile, membuka peluang kepada kanak-kanak dan keluarga untuk berhibur lebih lama bersama watak kegemaran mereka dalam suasana yang penuh keceriaan dan interaktif.
Sebagai sebahagian daripada komitmen ESG (Environmental, Social & Governance), Astro terus menyediakan kandungan yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.
Setiap kandungan yang dibawa adalah melalui saringan ketat agar bebas daripada unsur tidak sesuai, lengkap dengan ciri Kawalan Ibu Bapa dan Profil Mesra Kanak-Kanak. Astro percaya bahawa imaginasi adalah asas kepada pembelajaran dan melalui hiburan, kanak-kanak dapat membina kreativiti dan kemahiran baharu.
Bagi memeriahkan lagi jenama ini, Astro turut menganjurkan versi mini “Mini Home of Kids” pada dua tarikh penting ini iaitu 1 sehingga 3 Ogos 2025 di Pavilion Damansara Heights, KL dan 31 Oktober sehingga 2 Nov 2025 di Paradigm Mall, Johor Bahru.
Acara ini bakal menyajikan pelbagai aktiviti pentas, penampilan maskot, booth kandungan, jualan barangan dan tidak tidak lupakan pertandingan Mewarna bersama Majalah Pa&Ma. Inisiatif ini bertujuan untuk membawa keseronokan Home of Kids lebih dekat kepada rakyat Malaysia di luar Lembah Klang.
Pelanggan Astro berpeluang menebus pas foto eksklusif melalui aplikasi My Astro dan menerima barangan edisi khas apabila melanggan atau menaik taraf pakej Astro. Mulakan langganan Astro One Pack serendah RM49.99/sebulan dan nikmati 8 saluran khusus kanak-kanak serta lebih 17,000 video On Demand.
Untuk pelanggan sooka, kandungan kanak-kanak boleh distrim melalui pelan Entertainment ke atas. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-95433838.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peti ais adalah peralatan yang sangat penting di dapur, tempat untuk kita menyimpan bahan-bahan basah dan makanan agar kekal segar dan tahan lama. Lazimnya peti ais yang baru setahun dua dibeli, mestilah berada di dalam keadaan yang baik di mana boleh mengekalkan kesejukkan suhu yang optimum.
Tapi bila usia peti ais sudah lama, mula lah anda akan hadapi masalah sudah tak sejuk lagi. Hendak dibeli baharu sayang pula, mesti ada cara untuk diselamatkan. Pun begitu, kalau serah bulat-bulat pada yang pakar untuk membaikinya tentu mahal juga kos yang perlu ditanggung.
Sedangkan jika kerosakannya mudah dibaiki, lebih baik anda sendiri lakukan kerja-kerja membaiki peti ais tersebut.
Ini kerana melalui perkongsian video oleh pemilik akaun TikTok @sayazuhri cukup mudah dan sangat membantu untuk dilakukan DIY sendiri. Jadi bolehlah anda jimat kos untuk membaiki peti ais yang tak sejuk lagi.
Tulisnya pada kepsyen video, “Ilmu paling mahal bagi aku untuk dikongsi”. Jadi rugi kalau anda tidak mempelajari sesuatu dengan perkongsian video daripadanya ini kerana menurutnya hanya 2 barang sahaja perlu diganti yang menyebabkan menjadi punca peti ais tak sejuk.
Baiklah jom kita check apa kerosakan peti ais kita bila sudah tidak sejuk lagi.
Langkah 1: Switch off dan cabut kepala plug terlebih dahulu untuk keselamatan anda.
Langkah 2 :Lihat di bahagian belakang peti ais. Buka cover pastikan tidak ada bunyi kompressor.
Langkah 3 : Kemudian cabut overload dan Ptc Relay, dan kedua-dua ini perlu diganti baharu. Harga anggaran RM20 untuk bahagian tersebut.
Disarankan anda check terlebih dahulu PTC Relay peti sejuk anda jenis yang mana satu. Jika ingin beli online boleh klik DI SINI
Nak tahu detail lagi, jom lihat perkongsian video yang telah menarik perhatian lebih daripada 825 ribu tontonan. Semoga bermanfaat.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Semua antara kita menginginkan sebuah keluarga bahagia. Begitu juga kita turut mengharapkan agar suatu hari nanti, anak-anak kita juga dapat membina sebuah keluarga bahagia seterusnya seluruh generasi keturunan Kita hidup dalam suasana yang membahagiakan.
Untuk realisasikan harapan ini, ada baiknya kita hayati perkongsian daripada Dr. Hana Hadzrami untuk kebaikan dalam membina legasi kekeluargaan.
LEGASI
Saya berbual dengan besan ibu saya baru-baru ini di majlis sambutan ulangtahun kelahiran adik saya.
Menarik sekali katanya; “Makcik memang suka anak-anak makcik bermanja dengan pasangan masing-masing. Memang makcik akan suruh anak-anak makcik layan pasangan dengan baik.”
Besan ibu saya ini memang sama prinsipnya dengan ibu saya sendiri. Mereka bukan ibu mertua kuno seperti yang dimomokkan dalam drama atau sinetron. Tetapi ibu mertua yang ada visi jauh ke hadapan.
Kenapa saya katakan begitu?
Tahukah anda, ibu yang menitikberatkan kebahagiaan anak menantu bukan sekadar mempamerkan hiasan untuk halwa masyarakat sekeliling. Tetapi sebenarnya mereka sedang melindungi keturunan mereka sendiri.
Mereka tahu jika anak menantu mereka bahagia, cucu-cucu mereka juga akan membesar dengan bahagia, berpandukan ‘role model’ yang baik.
Mereka tahu yang mereka sedang menubuhkan jaringan perlindungan untuk anak-anak yang lain juga. Anak menantu yang berkasih sayang akan melindungi adik beradik sendiri dan biras mereka juga.
Suami yang iparnya amat melindungi adiknya (iaitu isterinya) takkan berani nak cari pasal nak kahwin cerai atau berpoligami sesuka hati. Apalagi nak menganiaya atau mendera isteri sendiri.
Suami yang menyaksikan biras yang menzalimi isterinya (iparnya) pasti terdorong untuk melakukan hal yang sama terhadap isterinya sendiri. Dia tahu tiada siapa yang berani membuka mulut disebabkan jaringan perlindungan kekeluargaaan yang rapuh pada keluarga mertuanya.
“Abang kau sendiri pun kahwin cerai, jadi kau jangan nak bising kalau aku buat benda yang sama!”
“Kakak kau pun kena poligami, apa salahnya aku madukan kau jugak!”
Anak-anak yang bahagia dan teguh jatidirinya datang dari rumahtangga yang bahagia. Hanya mereka yang diberi kasih sayang, tahu memberi kasih sayang.
Jadilah kita nanti ibubapa dan mertua yang bijak. Ibubapa yang berpandangan jauh. Ibubapa yang membina kota kebal bagi melindungi seluruh keturunannya.
Hana Hadzrami
Usaha melindungi keturunan bermula dari sekarang
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...