
Bibir hitam, kering dan merekah tiga masalah kecil tapi mengganggu penampilan wanita. Bila melihat bibir hitam tangan pula mula ‘gatal’ mencabut kulit kering yang mengelupas. Mulalah luka-luka pada bibir. Belum lagi bibir yang merekah menambah rasa pedih dan sakit terutama ketika makan mahupun minum.
Ramai yang menggunakan pelembap untuk merawat masalah ini tapi tidak semuanya berhasil. Tidak semua pelembap bibir dapat mengatasi masalah bibir kering, apatah lagi menghilangkan masalah bibir yang kehitaman akibat memakai lipstik. Dalam hal ini anda mungkin perlu menggunakan kaedah rawatan semula jadi dengan cara berikut.
Madu
Sapukan dengan rata pada bibir setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman. Bersihkan keesokan pagi sambil mengurut perlahan pada bahagian bibir. Amalkan tiga kali setiap minggu.
Lobak merah
Lobak merah segar boleh digunakan untuk merawat bibir kering. Parut sedikit lobak merah dan ambil airnya. Minum air perahan lobak merah tadi. Hampasnya boleh digunakan untuk disapukan pada permukaan bibir.
Minyak badam
Kandungan serat, protein, vitamin A, kalsium dan juga zat besi pada minyak badam membantu mengatasi bibir merekah. Sapukan minyak badam yang dicampur madu pada bibir sekali setiap hari sebelum tidur.
Selain kaedah di atas, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
1. Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
2. Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
3. Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


“Dunia ini sesepi-sepinya, itulah yang boleh jelaskan perasaan saya. Tiada kata-kata lain yang boleh menjelaskan kedudukan saya selain sepi,” kata Raissuddin Hamzah usai menjawab soalan media sebaik selesai majlis bacaan Yasin dan tahlil buat Allahyarham Siti Sarah melalui aplikasi Zoom pada Selasa malam.
Sekalipun sukar untuk menerima erti kehilangan, Raissuddin dalam masa sama berlapang dada menerima qada dan qadar, apa lagi anaknya itu dijemput mengadap Allah dalam penuh kemuliaan.
“Dia seorang anak yang cukup baik, tak pernah bantah, tak pernah lawan cakap saya, ikut apa sahaja saya cakap… dia juga anak yang sangat manja,” kata Raissuddin dalam nada tersekat-sekat.
Ini merupakan kali pertama Raissuddin yang juga seorang penyanyi terkenal di era 1980-an berkongsi perasaanya dengan wartawan selepas 24 jam anak tercintanya kembali ke rahmahtullah selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19.
Kembali mengingati detik-detik dimaklumkan berita sedih itu, Raissuddin berkata, masih jelas di ruang fikirannya bagaimana menantunya, Shuib datang berlutut dan memberitahunya dalam nada yang sangat tenang.
Menurut Raissuddin lagi, anak perempuan kesayangannya itu akan kekal di sanubarinya sebagai anak yang soleh dan telah banyak memberi kegembiraan bukan sahaja pada keluarga bahkan kepada seluruh masyarakat.









