Nak miliki kulit wajah yang mulus dan dalam masa yang sama cerah berseri, seorang wanita tidak semestinya perlu mendapatkan rawatan kecantikan di spa terkemuka semata-mata. Malah bukanlah suatu yang menghairankan, perawatan kecantikan juga boleh dibuat di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang lebih semulajadi dan selamat.
Salah satu daripadanya adalah menggunakan ramuan istimewa yang boleh didapati dari dapur anda sendiri untuk menghasilkan skrub kunyit yang istimewa. Jika diamalkan wajah akan menjadi lebih halus dan kulit nampak berseri-seri.
Ingin tahu rahsia penyediaannya, jom semak perkongsian daripada Nur Azuwa ini.
Wawa nak share salah satu cara Wawa jaga skin. Actually dah lama dah tak pakai skincare tapi dalam sebulan lebih ni terjebak dengan skincare tapi yang organik berasaskan kunyit.
Scrub Kunyit
Bahan-bahannya:
1. Serbuk kunyit(mana-mana jenama tapi kalau pakai kunyit hidup lagi bagus, dalam 3 inci pun memadai)
2. Asam jawa
3. Beras pulut
4. Air
5. Blender atau lesung batu
Ads
Cara membuatnya:
1. Rendam beras pulut semalaman supaya lebih lembut
2. Bancuh asam jawa dengan air untuk mendapatkan airnya. Buang biji.
3. Campurkan kesemua bahan dengan cara mengisar sampai halus atau sederhana halus. Atau dengan menggunakan lesung batu.
Ads
4. Dah siap! Masukkan scrub tadi ke dalam bekas yang kering dan di tempat yang kering dan dingin. Lagi best kalau simpan di dalam peti sejuk.
5. Bila nak guna, lumurkan ke muka dan biarkan selama 15 minit kemudian scrub muka dan bilas bersih guna pencuci muka.
Kenapa Wawa guna bahan-bahan ni?
1. Asam jawa terkenal dengan vitamin A, C, carotene, serta magnesium yang efektif untuk memutihkan dan mencerahkan kulit. Manakala, kandungan tartaric acid pada asam jawa meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit sehingga mampu memutihkan warna kulit secara maksima.
Kandungan Alpha Hydroxy Acid (AHA) pula berfungsi untuk mengeksfoliasi kulit dan ia juga memiliki kandungan hydra-lock yang berfungsi untuk menjaga kelembaban kulit.
2. Kunyit pula bersifat antiseptik dan anti inflamasi dalam mencegah pembentukan jerawat dan pigmentasi. Ia juga mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi untuk mencantikkan, menghaluskan dan mengurangkan kedutan di wajah.
3. Beras pulut pula membantu menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping
memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Selain itu ia dapat menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap jika digunakan secara konsisten. Sebab tu kulit orang Thailand cantik cantik mulus tau!
Jadi, jom amalkan penggunaan ketiga-tiga bahan ni untuk dapatkan kulit yang lembut, halus, cerah berseri dan awet muda
sumber : Nur Azwa Sallehan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bimbang jika masalah bau badan tidak dirawat, akan menyebabkan orang lain tidak selesa rapat dengan kita, lebih-lebih lagi jika suami merungut tentang hal ini. Sebagai isteri segeralah berbuat sesuatu agar masalah ini segera di atasi.
Jika buntu untuk menyelesaikan masalah bau badan ini, bolehlah dicuba amal petua dengan menggunakan daun inai dan sirih sebagai ramuan utamanya. Nak tahu lanjut jom semak satu persatu.
[su_highlight background=”#f2af61″ color=”#242121″]Rebusan Daun Sireh Dan Inai[/su_highlight]
Bahan-bahan:
♥3 helai daun sireh
♥Segenggam daun inai
♥3 gelas air
Cara-cara:
1. Rebus kesemuanya di dalam periuk dengan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas.
2. Tapis dan minum bila sudah suam. Diamalkan seminggu sekali atau setiap kali habis haid.
Sumber : Norliza Mohd Salleh
Selain itu di sini turut dikongsikan beberapa petua untuk memutihkan ketiak agar badan bukan sahaja tidak berbau malah bahagian bawah lengan ini juga terlihat putih bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melepasi usia 40 tahun sememangnya cukup membahagiakan kerana sudah pun berada di landasan dan hampir mencapai matlamat dan cita-cita yang diimpikan.
Namun dikala usia sebegini kesihatan adalah perkara dan kunci utama untuk kita kekal sihat dan bertenaga.
Bagi mencapai emosi yang baik dan sihat, Dr Malar menyarankan lima vitamin ini dapat dicapai sebelum menginjak usia 40 tahun. Jom sama-sama kita lakukan!
Sebelum kita mencapai usia 40 tahun, semua orang perlu dapatkan lima vitamin ini dalam hidup.
Vitamin 1- Senaman Vitamin yang pertama bernama senaman, saya bukan suruh bersenam untuk nak kurus tapi sebenarnya senaman ini sangat penting apabila kita makin berumur supaya tulang dan otot mendapat rangsangan bahawa sumbangannya masih diperlukan dalam tubuh.
Bila makin berumur ni pergerakkan kita makin terhad kan. Kadang nak ambilkan air pun kita suruh anak. Sama juga, nak buka kipas pun pakai remote saja, jadi memang kurang bergerak.
Bila makin kurang bergerak tulang akan dapat satu mesej, tulang akan rasa tak penting lagi bagi tubuh kita. Kita kena bersenam dan bergerak dengan lebih banyak apabila kita makin berumur supaya tulang kita teruskan meminta kalsium dan vitamin daripada darah dan perut.
Kita boleh elakkan dan lambatkan proses kerapuhan tulang atau osteoporosis.
Vitamin 2 -Vitamin D Vitamin kedua ialah Vitamin D. Tanpa vitamin ini tulang tidak boleh membina sel-sel tulang dan tak boleh jadi lebih kuat. Yang bestnya tak perlu beli pun, cukup hanya dapatkan dedahan cahaya matahari selama 15 minit sehari. Sudah memadai!
Vitamin 3 – Karbohidrat Kurangkan makan karbohidrat. Kurangkan makan nasi, roti, capati, roti canai atau apa jua jenis roti. Makin kita berumur kita akan kurang keperluan tenaga sebab kita dah tak membesar, dah tak buat kerja-kerja lasak dan sebagainya jadi sangat penting untuk kita kurangkan jumlah makanan dan tenaga yang kita ambil supaya tidak terlebih dalam tubuh kita dan tidak ditukarkan menjadi lemak.
Tip mudah, kurangkan nasi dalam pinggan dan kurangkan karbohidrat.
Vitamin 4 -Air Kosong Ajarlah lidah untuk suka air kosong. Air kosong yang mencukupi sangat penting untuk dehidrasi. Tolaklah tepi minuman-minuman sedap dan cari air kosong.
Vitamin 5 -Bersyukur Bila dah cecah usia 40, bersyukur adalah vitamin yang penting untuk sentiasa kekalkan kesihatan mental kita. Bila usia 40, tenaga dah makin kurang, kecantikkan dah tak semacam dulu jadi bersyukurlah dengan hidup anda.
Bersyukur dengan rezeki yang halal dan bersyukur dengan suami yang ada walaupun dia tak seromantik yang diinginkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada supaya dengan adanya kesyukuran kita gembira dalam hidup ini dan sekaligus kekalkan kesihatan mental.
Jadi, inilah masa yang paling sesuai untuk anda berubah sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’ sudahpun tiba.
Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini bakal disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir.
Mereka terdiri daripada FIFFY AFRINA (23, Pulau Pinang), MELLYA (23, Selangor), TINA (24, Shah Alam) dan QILA (21, Selangor).
Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab.
Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’.
Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang.
Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang.
Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang.
Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masadepan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka. Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana. Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran. Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain. Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luarsana,”
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malam kemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga bakal dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu. Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di www.hijabista.com.my/ratuhijabista, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.