Sekiranya Syawal yang lalu, ada ketua rumah yang kekok untuk menjadi imam Solat Sunat Aidilfitri, kini sekali lagi perasaan gementar kembali bertandang di hati  menjelang Raya Haji yang bakal disambut esok hari iaitu pada 20 Julai 2021.

Memandangkan tidak semua berpeluang menunaikan solat Aidiladha di masjid dek kerana kekangan bagi menjaga SOP. Begitulah jika namanya raya, rasa macam tak kena kalau tak buat solat hari raya.

Jadi buat ketua keluarga bolehlah jadikan panduan yang dikongsikan ini sebagai rujukan anda bersama isteri dan anak-anak untuk mendirikan solat sunat Aidiladha di rumah.

Dikesempatan ini KELUARGA ingin mengucapkan  Selamat Hari Raya Korban untuk semua dan semoga tahun hadapan kita dapat menyambutnya di dalam suasana yang lebih meriah dengan dapat berkumpul beramai-ramai di masjid menunaikan solat secara berjemaah. Amin…

Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM!

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.

Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih
Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.

IKLAN

Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Lafaz tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.

Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha
◎ Rakaat Pertama
– Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
– Membaca doa iftitah.
– Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM!
◎ Rakaat kedua
– Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
– Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
– Memberi salam.

Khutbah Aidiladha
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Amin..

KHUTBAH AIDILADHA 2021-JAKIM (EDISI BACAAN DI RUMAH) 

IKLAN

Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM!

 

Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM! Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM! Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM! Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM! Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM! Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM! Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM!

Sumber : JAKIM

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

IKLAN

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE CERIAKAN HATI DENGAN BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Solat Aidiladha Di Rumah, Begini Cara & Teks Bacaan Khutbah 2021 Dikongsikan JAKIM!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI