Ads

Solat Tanpa Telekung! Penjelasan Sahih & Fakta Penting Isu Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perbualan hangat apabila tular gambar yang memaparkan beliau menunaikan solat tanpa telekung.

Solat tanpa telekung menjadi topik hangat apabila foto Biduanita Negara itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mempersoalkan kesahihan solat berkenaan, malah tidak kurang juga yang secara terbuka ‘menghukum’ tanpa mendapatkan penjelasan sebenar daripada sudut hukum.

Dalam suasana masyarakat hari ini yang pantas memberi pandangan, isu ini sebenarnya membuka ruang yang lebih besar tentang kefahaman kita terhadap syarat sah solat bagi wanita.

Solat Tanpa Telekung! Penjelasan Sahih & Fakta Penting Isu Siti Nurhaliza
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perbualan hangat apabila tular gambar yang memaparkan beliau menunaikan solat tanpa telekung.

Solat Tanpa Telekung: Telekung Bukan Syarat Sah Solat

Secara asasnya, para ulama sepakat bahawa antara syarat sah solat bagi wanita ialah menutup aurat dengan sempurna. Namun begitu, telekung bukanlah rukun atau syarat wajib yang menentukan sah atau batalnya solat tanpa telekung.

Menurut Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim, telekung hanyalah pakaian tradisi masyarakat Melayu yang memudahkan wanita menutup aurat ketika solat.

Dari sudut hukum, wanita boleh menunaikan solat tanpa telekung dengan apa jua pakaian sekalipun, asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan syarak iaitu:

Ads
  • Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
  • Tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit
  • Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan

“Ramai tanya saya adakah solat DS Siti ini sah? Jawapannya sah. Beliau telah tutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat. Telekung hanya budaya bukan rukun atau syarat sah solat,” jelas beliau.

Solat Tanpa Telekung! Penjelasan Sahih & Fakta Penting Isu Siti Nurhaliza

Isu Solat Tanpa Telekung dan Dagu Yang Jadi Persoalan

Antara perkara yang turut menjadi tanda tanya dalam isu solat tanpa telekung ialah bahagian dagu adakah ia termasuk dalam kategori wajah yang boleh didedahkan ketika solat?

Menurut Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab, sempadan wajah ialah daripada tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke bahagian bawah dagu serta dari telinga ke telinga.

Ini bermaksud bahagian luar dagu termasuk dalam kategori wajah. Namun bahagian bawah dagu yang bersambung dengan leher tidak termasuk dan wajib ditutup ketika solat.

Ads

Walau bagaimanapun, para ulama turut membincangkan perkara ini secara terperinci dan terdapat khilaf (perbezaan pandangan). Justeru, ia bukan isu yang wajar diperbesarkan sehingga membawa kepada kecaman melampau terhadap isu solat tanpa telekung.

Jadikan Isu Solat Tanpa Telekung Ruang Menambah Ilmu

Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menegur dengan hikmah dan berlapang dada dalam perkara yang mempunyai perbezaan pandangan. Tidak semua perkara yang tular perlu disambut dengan emosi.

Isu Siti Nurhaliza solat tanpa telekung ini sepatutnya menjadi ruang untuk masyarakat memahami hukum sebenar dan membezakan antara budaya dan syariat.

Ads

Kesimpulannya, solat tanpa telekung tetap sah selagi aurat ditutup dengan sempurna mengikut ketetapan syarak. Telekung hanyalah pakaian yang memudahkan, bukan penentu sah atau batalnya solat tanpa telekung.

Semoga setiap perbincangan yang berlaku membawa kita kepada ilmu, bukan sekadar sensasi.

BACA LAGI : Solat Hajat Untuk Zara Qairina, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Dihadiri Ribuan Jemaah

Sumber: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Anak Pinjam Duit Mak Ayah Wajib Bayar! Teguran Tegas & Peringatan...

Anak pinjam duit mak ayah wajib bayar walaupun sudah meninggal dunia. Ini penjelasan tegas UAI tentang hukum hutang, faraid dan bahaya makan harta secara batil.