Kalau ingin dihitung, tentu begitu banyak dosa yang telah kita lakukan di muka bumi ini dalam menggalas tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu buruk baiknya diri kita ini. Bahkan melalui rahmat dan kasih sayang Allah, diharapkan diampunkan segala dosa-dosa yang telah dilakukan.
Pun begitu, menyentuh tentang taubat selain seseorang itu nekad untuk berubah menjadi lebih baik, lagi sempurna apabila turut disertakan dengan mendirikan solat taubat.
Namun mungkin masih ada yang belum faham bagaimana untuk mendirikan solat sunat dua rakaat ini. Maka di sini dikongsikan cara paling ringkas dan mudah untuk yang pertama kali ingin mendirikan solat taubat ini.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
CARA PALING MUDAH NAK BUAT SOLAT TAUBAT ::
Kita ni tak lari dari buat dosa.. Dosa nyata dan dosa yang tak nyata.. Bila terbukak je pintu hati dan mula sedar selama ni banyak buat dosa, hati terus rasa nak bertaubat.. Risau kalau esok lusa mati.. Terus tak sempat..
Tapi ada di antara kita tak berapa pandai.. Solat pun sebelum ni kejap buat kejap tak.. Hafal pun mana yang perlu je.. Ni nak buat Solat Taubat, bila bukak buku, ada do’a.. ada Penghulu Istighfar.. ALLaH.. Dah la tak hafal.. Nak baca arab pun tak tahu.. Abes camne?
Takpe.. Ni baba tunjukkan cara Solat Taubat yang paling mudah.. Satu baba nak tekankan.. Kita bila bertaubat, kita tak boleh assume sekali buat, kompom ALLaH terima taubat..Kena buat selalu.. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih.. Pastu rajin nak beribadat.. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.. Tanak lagi buat dosa-dosa lama.. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima..
Solat ni elok buat malam-malam.. Sebelum tidur atau sebelum Subuh.. Waktu sunyi malam.. Bunyi cengkerik je ada.. Baru tenang bila nak mintak ampun dgn ALLaH..
Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Ads
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dalam keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah…
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.. Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesal dengan dosa-dosa kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam bahasa melayu.. Luahkan apa yang terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Bukan tak boleh baca do’a taubat atau Penghulu Istighfar, tapi kalau nak baca pun masih terkial-kial, camne? Kita nak mintak ampun ni.. Takkan dengan air mata meleleh-leleh tu jugak kita nak refer kertas baca do’a? Guna je do’a bahasa melayu dulu.. Nanti inshaALLaH bila dah istiqomah, baru la upgrade sikit.. Cari do’a bahasa arab..
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.. Camne kita nak bersihkan hati..
InshaALLaH, kalau buat selalu, kita akan rasa beban yang ditanggung tu hilang.. Senang kan?
Satu kita kena ingat, ALLaH Maha Pengampun.. RahmatNya melebihi MurkaNya..
Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat
sumber : Wan Muhanmad Hanif Satar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memetik laporan di akhbar Sinar Harian, baru-baru ini ada melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 bagi membantu barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Tabung itu akan membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment dan makanan.
Dan alhamdulillah, setakat jam 10.30 pagi ini Dato Dr. Hussamuddin Yaacub berkongsi diakaun fbnya berkenaan jumlah kutipan yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.
“Alhamdulillah setakat jam 10.30 pagi tadi Tabung Sinar Covid berjaya pungut sejumlah RM61.745.20sen dari sumbangan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang perihatin. Tahniah atas kemurahan hati kalian. Team Sukarelawan Sinar Covid tidak tunggu lama, mereka telah bergerak sejak semalam lagi untuk beli & edarkan keperluan mendesak ini. Syabas!!!”
Meninjau di page Dr Azry Fikry yang juga merupakan antara team Sukarelawan Sinar Covid berkongsi foto saat mengagihkan sembangan dan turut dijelaskan melalui catatannya untuk makluman umum.
Jumlah kes Covid-19 terkini yang semakin meningkat telah mengakibatkan kepada kekurangan bahan dan alat perlindungan diri para petugas di hospital mahupun klinik kesihatan kerajaan. Dengan situasi yang kian meruncing pada hari ini, Sinar Harian bersama Panic Button Club, Crossfit Pahlawan, Ansara B9+B11, NGO Pertubuhan Kebajikan Semai Budi (PERMAI BUDI) telah melancarkan tabung sumbangan untuk mengumpul dana bagi membeli dan membekalkan peralatan tersebut kepada petugas kritikal barisan hadapan.
Alhamdulillah inisiatif ini telah berjaya menzahirkan sejumlah RM25,000.00 hasil sumbangan orang awam dalam masa 1 hari sahaja. Menerusi dana yang dikumpul, kami telah membeli barangan keperluan yang diperlukan :
1. 250 unit PPE (Personal Protective Equipment) – Klinik Kesihatan Seksyen 19
2. 7 kotak topeng muka – Hospital Shah Alam
3. 5 x 5L Sanitizer – Klinik Kesihatan Seksyen 19
4. 2 x 5L Sanitizer – Hospital Shah Alam
5. Khemah dan kanvas – Klinik Kesihatan Seksyen 19
6. KFC dan beras untuk semua petugas – Klinik Kesihatan Seksyen 19
7. Makanan x 100 – Hospital Shah Alam
8. Facemasks – 7 kotak Hosp S.alam
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat membantu dan meningkatkan lagi motivasi para petugas barisan hadapan negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Terima kasih! #CovidSinar
Seperti ramai yang tahu, menjadi penghantar makanan bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Berhadapan dengan risiko yang melibatkan nyawa kerana selalu berada di atas jalan raya menyebabkan pekerjaan itu harus diselami dengan sifat sabar yang cekal.
Berkenaan hal itu, seorang bapa kepada seorang penghantar makanan ataupun yang lebih tepat rider Grab Food luah rasa sebak apabila melihat satu tulisan yang dicatat oleh anaknya pada bag Grab Foodnya.
Tulisan itu memaparkan nombor telefonnya sebagai emergency contact yang ditulis (abah).
“Aku touching bila aku terbaca. Bergenang air mata aku bila aku ternampak apa yang anak aku tulis di bag.
“Ya Allah kau lindungi anak aku dalam urusan seharian keluar mencari rezeki. Jauhkan dari benda yang tidak dingini,” luahnya apabila terlihat tulisan di bag GrabFood anaknya.
Selain itu, dia juga mendoakan rider lain agar dipermudahkan urusan di atas jalan raya yang banyak halangannya.
“Anakku Grab Boy. Ya Allah lindungilah semua pekerja-pekerja penghatar makanan daripada benda tidak diingini. Amin,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen netizen, ramai yang turut sebak dan mendoakan keselamatan rider lain. Kerana sebagai pelanggan, mereka juga faham bahawa pekerjaan itu bukanlah satu hal yang mudah.
Sumber: Mijikofruito
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menanam pokok kunyit antara pokok yang bolehlah dikatakan wajib ada di setiap rumah bagi yang gemar bercucuk tanam. Ini memandangkan, daun kunyit sering digunakan di dalam masakan bahkan isinya juga.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk menanam pokok kunyit agar berdaun lebar dan subur menghijau ada cara dan ilmunya yang perlu diketahui. Jika salah caranya itu yang menyebabkan sering terjadi pokok kunyit yang ditanam tidak dapat hidup dengan subur dan macam-macam lagi yang boleh terjadi.
Oleh itu, apa kata buat anda yang baharu ingin mencuba menanam pokok kunyit ikuti tip yang dikongsikan oleh Siti Samsiah atau lebih mesra membahasakan dirinya dengan panggilan nenek di media sosial.
Cara Nenek Tanam Cun Melecun Tanpa Cacat Daun
Ini Pokok kunyit nenek cun melecun tanpa cacat daun. 3 gambar lagi tu baru semai pun dah naik cantik tunas-tunas. Ini cara nenek semai atau tanam kunyit.
Langkah 1 : Cangkul atau gemburkan tanah. Nenek guna tanah kompos beli di nursery dan ditambah dengan tanah sabut hancur.
Langkah 2 : Gaul tanah tadi dengan baja organik tinja ayam.
Langkah 3 : Biarkan beberapa hari.
Langkah 4 : Kemudian tabur isi-isi kunyit pastikan mata tunas hala ke atas.
Langkah 5 : Tutup nipis-nipis dengan sabut hancur/cocopeat/tanah peroi dan disiram hari-hari.
Langkah 6 : Nenek tanam dibawah matahari sepenuhnya
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520