Pelakon terkenal, Norman Hakim memuatnaik video membuat kejutan sempena hari lahir isteri tercinta, Memey Suhaiza.
Dalam kapsyennya, aktir berbadan sado ini turut menitipkan ucapan khas buat isteri kesayangannya itu
Tulis Norman, dirinya sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah SWT untuk membahagiakan orang yang dicintainya itu.
Kelihatan majlis sambutan hari lahir Memey telah diadakan di kediaman mereka sendiri.
Turut meraikan majlis adalah pelakon Abby Abadi sekeluarga yang tampil Manis mengenakan baju bertemakan rona putih.
Ads
Seperti kebiasaannya, apabila mengadakan majlis pasti Norman tidak ketinggalan berkongsi rezeki dengan menjemput sebahagian anak-anak tahfiz dan mengadakan bacaan Yassin serta solat berjemaah.
Perkongsian bapa kepada 6 cahaya mata ini telah meraih perhatian ramai dan telah ditonton lebih 18 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Sibuk beraya mak ayah jangan terlupa memberi perhatian kepada anak autism atau Sindrom Down kerana ada waktunya mereka pasti tidak selesa.
Apa lagi ketika berdepan dengan tetamu yang ramai ketika berkunjung di hari raya. Ketika beraya, kanak-kanak dengan sindrom Down mungkin mengalami stimulasi berlebihan kerana suasana yang bising, orang ramai, serta rutin yang berubah. Mak ayah perlu alert tanda-tanda ini.
Beberapa tanda yang boleh diperhatikan termasuklah:
1. Menjadi gelisah atau mudah merajuk
Anak sindrom Down mungkin kelihatan resah, sukar memberi tumpuan, atau cepat merajuk tanpa sebab yang jelas.
2. Menutup telinga atau mata
Jika mereka merasa terlalu terangsang, mereka mungkin menutup telinga kerana tidak tahan dengan bunyi bising atau menutup mata kerana cahaya yang terlalu terang.
3. Menunjukkan tingkah laku berulang
Mengulang-ulang perbuatan seperti menggoyangkan badan, mengelak kontak mata, atau menggigit jari mungkin tanda bahawa mereka cuba menenangkan diri dalam situasi yang tidak selesa.
4. Keletihan atau hilang minat secara mendadak
Walaupun anak sindrom Down kelihatan gembira pada awalnya, mereka mungkin tiba-tiba menjadi letih dan ingin pulang lebih awal daripada yang dijangkakan.
5. Menunjukkan tanda-tanda kebimbangan
Jika anak mula menangis, memegang erat ibu bapa, atau enggan bercakap, ini boleh menjadi petanda bahawa mereka merasa tidak selesa dan terlalu terangsang.
Kanak-kanak dengan sindrom Down boleh menikmati suasana beraya dengan selesa jika ibu bapa dan keluarga memahami ciri ciri sindrom down serta cara mengurus stimulasi berlebihan mereka.
Dengan mengenali tanda-tanda keletihan atau ketidakselesaan awal, ibu bapa dapat membantu anak-anak ini menjalani pengalaman yang lebih menyeronokkan dan bermakna.
Sumber: Hello Doktor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jumlah pengikut seramai 50 ribu bukan satu angka yang kecil untuk seekor kucing. Tapi inilah hakikatnya buat dua ekor kucing comel, Garfield dan Maya. Mempunyai pengikut tegarnya sendiri, kemunculan Maya dan Garfield atau nama manjanya Apil sentiasa dinantikan.
Ada sahaja keletahnya yang sentiasa mencuit perhatian. Lincah kala beraksi, malah cukup aktif ketika bermain. Sentiasa menghiburkan para pengikutnya.
Tak Pernah Sangka
Begitu juga ‘Mama’ dan ‘Ba’ serta abang-abang Maya dan Apil. Kehadiran kucing-kucing comel ini ternyata buat keluarga kecil ini menjadi bertambah meriah.
“ Diam tak diam kami sudah bersama Apil dan Maya hampir 3 tahun yang lalu. Kalau diikutkan pada mulanya suami saya jenis yang takut kucing walaupun jauh disudut hatinya dia sukakan kucing.
Suami pernah berhajat, kalau dia terjumpa kucing Persian berwarna oren, dia akan beli. Kebetulan atau lebih tepat, ketentuan Allah SWT, kami dipertemukan dengan Apil. Saya langsung tak jangka suami buat keputusan untuk membeli Apil ketika itu.
Maklumlah kami langsung tak pernah berbincang bab memelihara kucing dan saya kira, keadaan itu mustahil akan berlaku. Tapi apabila melihat Apil buat pertama kali, kami jatuh hati dan tak sangka suami pun sama. Bila dia setuju untuk membeli, saya rasa macam terawang-awangan. Tak percaya. Macam mimpi.
Saya tak pujuk tapi anak-anak yang merayu. Yang benarnya, hatinya sendiri memang dah terpaut pada Garfield,” katanya lagi.
Bimbang Apil berseorang, Maya pula hadir melengkapkan lagi keluarga kecil ini, sebulan selepas Apil muncul. Bertambah meriah jadinya.
“Maya pula dibeli sebulan selepas Garfield. Suami rasa simpati melihat keadaan Garfield yang keseorangan dan kesunyian setiap kali saya dan suami keluar bekerja dan anak-anak ke sekolah. Lanjutan dari situ, suami mula mencari kawan untuk Garfield.
Maya dipilih kerana di antara banyak-banyak kucing di petshop waktu itu, Maya yang paling kecil dan pemalu. Dek kerana kasihankan padanya, kami pilih Maya. Kini selepas berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dapatlah saya menemani Maya dan Apil kala anak-anak ke sekolah,” luah ibu kepada Ziqry Huzairy, Zizry Huzairy dan Zilfizzry Huzairy ini lagi.
Anggap Seperti Anak Sendiri
Sungguh membuat keputusan untuk memiliki kucing kesayangan tidak semudah yang disangka. Komitmen harus tinggi dan perlu lebih rajin untuk menguruskan segala kelengkapannya.
“Jujur pada mulanya, perasaan takut dan risau memang ada. Apabila kita sudah mengambil keputusan untuk membela kucing, komitmen pada mereka adalah seumur hidup. Makan, minum, perlindungan, kasih sayang dan perubatan perlu tip top.
Itulah yang kami risau, takut tak mampu nak lakukan. Tapi syukur, semakin lama kucing-kucing ini dengan kami, keadaan jadi normal malah kami tak kekok lagi. Kami banyak belajar dari pengalaman orang, juga membuat pemerhatian sendiri dengan sikap kucing-kucing ini. Sekarang, Apil dan Maya sudah kami anggap seperti anak sendiri.
Apil sangat manja terutama dengan suami. Mudah mengalah dengan Maya malah aktif dan keletahnya sentiasa mencuit hati. Suka melihat burung dan gemar melihat suasana luar (tapi tak suka keluar). Satu lagi, hobi utamanya adalah menggigit plastik. Apa sahaja plastik barang yang kami bawa balik, dia akan gigit sampai puas.
Maya pula berbeza dari Apil. Maya agak sombong, tak suka dipegang dan hanya mahu dibelai pada masa tertentu sahaja. Maya jarang bersuara, takut mandi dan kuat tidur. Maya juga tak sukakan dunia luar dan stress jika dibawa keluar. Malah dia juga agak clumsy tapi keletahnya amat mencuit hati,” katanya teruja bercerita.
Si comel Apil dan Maya sememangnya dijaga cukup sempurna. Malah kedua-duanya sentiasa dijaga dengan baik. Pantang sakit atau alahan, kedua-duanya pantas dibawa ke klinik untuk menerima rawatan.
“ Untuk Apil dan Maya kami berikan Royal Canin Indoor untuk makanan kering serta Fussie Cat untuk makanan basah mereka setiap hari. Boleh dikatakan anggaran untuk kelengkapan mereka sekitar RM300 setiap bulan,” kata anak kelahiran Gemencheh, Negeri Sembilan ini lagi.
Page Dunia Maya HD Tarik Perhatian Ramai
Bermula dari kucing biasa, Apil dan Maya terus menjadi kucing popular gara-gara page Dunia Maya HD yang mendapat sambutan ramai.
“Saya selalu muat naik gambar Maya di group kucing. Banyak permintaan agar saya mewujudkan pula page Maya. Maka terhasillah Dunia Maya HD yang sudah beroperasi lebih 2 tahun.
Setiap hari memang kami akan kongsikan segala telatah Maya dan Apil di sini juga berkongsi cerita dan pengalaman dengan rakan-rakan yang banyak bertanya.
Bagi saya menjaga kucing sememang boleh memupuk sifat disiplin yang tinggi. Contohnya dalam hal membersihkan tandasnya, menukar air dan bekas makannya, memandikan, mencuci telinga, dan banyak lagi.
Disiplin ini penting supaya kesihatan mereka sentiasa terjaga. Menjaga kucing juga meningkatkan sifat tanggungjawab pada diri. Selain itu, jiwa juga menjadi lebih sensitif. Hati mudah tersentuh dan simpati melihat haiwan lain terutamanya yang terbiar. Ini mendorong kita untuk membantu kucing-kucing yang lain pula.
Pun begitu sifat rajin juga perlu ada kalau nak pelihara kucing di rumah. Saya amat menitikberatkan bab kesihatan dan kebersihan. Setiap hari, saya akan memastikan tandas mereka bersih supaya tidak wujud bau yang tidak disenangi.
Apil dan Maya adalah Indoor cat, jadi kebersihan mereka dan rumah kami juga perlu seiring. Saya mengemop lantai dua kali sehari dan pasang air purifier supaya bulu, habuk dan bau diserap sepenuhnya,” katanya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Julai 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebutlah apa sahaja menu utama yang dimasak setiap hari, pasti kita akan menggunakan bawang sebagai antara bahan utama di dalam ramuannya. Tanpa bawang seakan hilanglah rasa ‘manis’ dan aroma masakan tersebut.
Jadi untuk memastikan stok bawang sentiasa ada, selain perlu membelinya di pasar atau kedai-kedai runcit, ada baiknya kita mencuba untuk menanam bawang sendiri di laman rumah.
Ini sebagai mana menurut Azlina Mat Lazim, bawang sesuai di tanam di tanah lapang dengan keadaan cuaca panas dan tanaman bawang ini tidak suka dengan air.
Tambahnya lagi, biasanya untuk menanam bawang perkara utama kena lihat tujuan ia ditanam. Sama ada ditanam untuk isinya atau menanam bawang untuk diambil daunnya sahaja. Tujuan yang berbeza ini akan menentukan cara tanaman yang perlu dibuat. Ini sebagaimana yang dijelaskan detail oleh Azlina. Semoga ianya bermanfaat dan selamat mencuba!
Mudahnya Tanam Bawang
Tanam untuk tujuan dapatkan ubi bawang caranya potong akar dan kepala bawang seperti gambar di bawah.
2. Jika tanam untuk tuaian daun, hanya potong kepala bawang seperti gambar di bawah.
Tujuan potong kepala bawang untuk percepatkan proses pengeluaran daun bawang. Manakala bawang yang dipotong akar tidak boleh diambil daunnya, nanti mati pokok bawang berebut neutren
3. Bawang perlu medium 2:1.. Pasir dan tanah. Tanam hanya 3/4 sahaja dalam tanah.
bila dah kuar daun tinggi sejengkal..baru timbus bawang tersebut
Ekstra tip :
-Bawang tidak perlu racun serangga sebab serangga takut dengan bau bawang yang kuat.
-Baja masa mula-mula tanam sahaja.
-Ingat bawang macam Kambing, tak suka air. Jangan rajin mandi bawang.