Semalam, telah tular sebuah video yang menumjukkan seorang remaja lelaki telah dibelasah oleh sekumpulan remaja lelaki dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Kejadian yang membabitkan pelajar di sebuah sekolah di Gombak itu meraih perhatian ramai bukan sahaja kerana membelasah remaja lelaki berkenaan tetapi ada beberapa suspek mendakwa mereka mempunyai ‘cable’ dan kebal daripada tindakan undang-undang.

Berdasarkan video, mangsa terdahulu dipaksa berlawan dengan salah seorang suspek. Bagaimanapun keadaan menjadi tidak terkawal selepas rakan-rakan suspek yang lain campur tangan menyebabkan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan.

Turut kedengaran dalam video itu, suspek mendakwa mangsa ‘tidak sedar diri’ dan ‘tidak menghormati mereka.’

Di laman sosial, kakak mangsa, Maisarah Mazlan dalam kenyataan awalnya di Instagram berkata, “Make sure korang ready jelah esok aku sampai sekolah. Pukul adik aku camtu paling hebat lah tu?!

“Make sure korang tengok adik-adik korang, kutip awal-awal,” katanya.

IKLAN

‘Spender Pun Mak Bapak Beli, Ada Hati Nak Jadi ‘Kapla’! Tular Video Remaja Lelaki Dibelasah. Kejadian Berlaku Di Gombak

Video tular itu mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak dan netizen yang menggesa pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan remaja terbabit.

“Spender pun mak ayah yang tolong belikan lagi dik. Ada hati nak berlawan bertumbuk macam gangster. Aduhai.. Saya titipkan doa buat kita semua yang membaca ini supaya anak-anak kita terhindar daripada situasi sebegini. Amin,” komen Aida Hebat.

“Tangkap dan masukkan ke sekolah juvana terus! Mak bapak tak payah nak acah-acah kesian anak musibat korang kena hantar sana. Ya Allah, jauhkanlah keturunan aku dari jadi manusia-manusia macam ni,” komen Nur Atiqah.

IKLAN

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian selebriti tempatan antaranya penyanyi rap, Caprice dan pelakon Eyra Hazali yang bertindak meletakkan hantaran tersebut di IG mereka.

‘Spender Pun Mak Bapak Beli, Ada Hati Nak Jadi ‘Kapla’! Tular Video Remaja Lelaki Dibelasah. Kejadian Berlaku Di Gombak

Kasi masuk dalam (ditangkap) semua budak-budak ini. InsyaAllah. Harap-harap cikgu dengan ibu bapa ambil berat pasal kes ni.

IKLAN

Buli bukan satu perkara yang betul. Tidak kisahlah bagaimana kejadian buli itu bermula. Pukul memukul tak tunjuk awal hebat, tapi tunjuk kelemahan diri sendiri kerana tak boleh menerima kekurangan sendiri. Tak doa yang tak baik, tapi harap terima hukuman yang setimpal.

Kemaskini mendapati kakak kepada remaja berkenaan telah memuat naik hantaran terbaharu di IG yang memaklumkan bahawa sekumpulan remaja yang memukul adiknya telah ditahan oleh pihak polis pada malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Maklumat terkini, mereka sudah ditahan dengan polis untuk siasatan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @_maisarahmazlan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI