Buat penggemar petai, andai dapat menikmati hidangan tengah hari atau malam  bersama ‘butiran mutiara hijau’ ini akan membuatkan makan bertambah berselera. Apatah lagi jika digandingkan dengan sambal belacan yang menyengat, memang cukup puas hati.

Pun begitu, stok petai bukannya sentiasa ada di rumah. Dan jika ingin dibeli banyak untuk disimpan di dalam peti sejuk bimbang pula akan menjadi kecut dan kering, kurang enak pula rasanya jika hendak dimakan.

Namun tahukah anda, sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk kekalkan kesegaran petai hatta hingga berbulan-bulan lamanya. Ini dikongsikan oleh Puan Norbaizura Sani, jom semak apa perlu buat.


Petai sepanjang tahun!

Kalo jumpa petai murah2 tu beli la, boleh buat stok kat rumah. Takpun minta mak beli petai banyak kat kampung tu kemudian frozenkan dengan cara ni. Petai mahal wooo kat bandar ni. Korang ikut teknik ni silap-silap boleh berniaga petai frozen. Ni zura bagi tips penyimpanan petai supaya tahan lama & fresh.

Ini rupa petai bila dah frozen! Tahan lama berbulan2 dengan syarat masa nak guna rendam biji yang nak pakai je. Jangan rendam dan masuk peti berulang kali. Biji-biji petai pun tak melekat satu sama lain sebab tu kalau boleh petai jangan basuh masa proses penyimpanan. Kalau terkena air nanti biji petai melekat sesama sendiri.

Langkah Demi Langkah Penyediaanya:

  1. Petai fresh yang di beli.

 

2. Kupas petai sebiji2. Saya suka buat macamni sbb petai bila nak guna nanti lebih fresh.

 

3. Buang selaput petai tu sehingga sempurna. Selaput tu Kalau x cuci bersih blh buat petai tu berkulat kalo lama2 di frozen.

IKLAN

 

4. Dah siap bersihkan selaput tu jangan basuh petai tu!!! Terus je Simpan dalam bekas kecik2 & nak susun dalam peti ais.

 

IKLAN

5. Masukkan dalam peti ais beku & frozenkan.

 

6. Ini rupa petai yg telah frozenkan kemudian rendam bila nak masak. Biji dia fresh tau

Selamat mencuba.

sumber : Norbaizura SaNi via MAHN