Namun siapa sangka, setiap kejayaan itu pastinya ada pengorbanan yang harus dilakukan. Begitu juga dengan penyanyian Kaka Azraff menerusi perkongsian di Instagram miliknya, ibu muda ini melahirkan rasa syukur mempunyai suami yang memberi sokongan dan sanggup berkorban demi kejayaannya.
Semalam (ahad), lagu ciptaan Noki, Loca B & Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Menjulang trofi dalam saingan melayakkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
Malah, beliau sendiri membawa anaknya ketika membuat latihan bagi memantapkan persembahan. Akhirnya semua ini berbaloi apabila lagu nyanyiannya mucul sebagai juara.
Ikuti perkongsiannya.
Thank you for everything my love. Izinkan i focus, takeover my routine, bangun pagi siapkan Aslan sebab nak bagi i tidur lama. Bagi idea, plan kan our stage performance and mood. Macam2 u sacrifice utk i settlekan AJL, thank you sayang! Berkat doa you semua ni InshaAllah. My no1 supporter , my bestfriend.
Practice.. terpaksa bawak anak. The struggle is real, but we got to do what we gotta do. Ada anak bukan alasan. Lantak lah orang nak cakap apa. Mommy2 mesti paham, kan? Yang penting, Aslan happy dapat jumpa rapper favourite dia @ikhwanlee94 and @kuning.langsat PEACE!
Sumber: Kakaazraff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dua orang insan berbeza karekter dan minat, hidup bersama di bawah satu bumbung di bawah ikatan bernama pernikahan. Pastinya bukan mudah tetapi itu tak mustahil, andai kedua-duanya saling memahami antara satu sama lain.
Namun adakalanya karekter atau tabiat ketika di zaman bujang terbawa-bawa sehingga ke alam perkahwinan. Itulah yang menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati yang akhirnya membawa konflik dalam rumah tangga.
Justeru, sebelum berkahwin, baik lelaki mahupun wanita kena ubah sikap. Tidak lagi boleh menganggap diri bujang.
Ini yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin berkenaan tabiat-tabiat yang perlu diubah oleh orang lelaki sebelum berkahwin.
Lelaki, kalau ada niat nak kawin, maka ubah dulu tabiat-tabiat ini…
1. Solat.
Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu…tapi kalau kita masih sama, masih bawak perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumah tangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu takkan dapat bertahan lama…sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.
2. Kerja.
Bila nak kahwin, pastikan anda dah ada keje yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu utk satu tempoh yang tertentu…nak bela anak orang, nak jaga anak org, keje tak boleh ikut suka, tak boleh keje sekejap, berenti, pastu menganggur sehingga dapat keje yang sesuai, yang ikut cita rasa anda sendiri…tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan…jadi, pastikan anda mempunyai keje yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.
3. Perangai bujang.
Perangai bujang ni banyak klu nak disenaraikan…merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya…maka kita perlu ubah semua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawak motor berhati2, kurangkan keluar melepak, keluar umah pd masa2 yang sesuai dan balik umah sebelum tengah malam…didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai2 masa kita bujang dulu…
4. Belajar mengemas.
Jangan terus letak dalam minda yang keje rumah adalah keje isteri shaja…kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat keje2 umah…perlu tahu cara menyapu smpah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dh biasa buat, dah selalu buat tu…percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat keje2 rumah.
5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.
Sekarang, sebelum kawin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan…semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dgn mereka atas nama “kawan”…tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi…kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja…anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.
Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan…Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata2. Tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing.
Kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t…
Maka, ubah tabiat2 yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumah tangga… ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak sulung masuk sekolah, Intan Ladyana sebak, “Anak Mommy dah ready, Mommy yang tak ready.” Ramai ibu-ibu bila mana anak sulung mula sekolah, selalunya akan mengalirkan air mata.
Ini tidak terkecuali dengan pelakon dan pengacara Intan Ladyana. Ketika menghantar anak sulungnya, Evie Khadeeja yang kini berusia tiga tahun menghadiri hari pertama sesi persekolahan tadika, Intan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir laju.
Melalui entri di laman Instagram Story, Intan berkongsi momen anak pertamanya itu sudah bersedia untuk ke sekolah.
Kelihatan Evie comel dengan pakaian seragam sekolahnya. Paling mencuri perhatian warga maya ialah situasi di mana Intan sebak dan menitiskan air mata ketika menghantar Evie ke sekolah.
Tidak hanya Intan, Haris juga turut berkongsi momen anak sulungnya memasuki alam persekolahan.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Harris Alif pada 5 Februari 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja dan Harris Umayr yang kini berusia lapan bulan.
Kisah seorang lelaki India mengambil upah mencuci kereta menjadi viral baru-baru ini. Semuanya disebabkan perkongsian seorang lelaki Melayu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Hajat Adi W. Kamal ke kawasan berkenaan adalah untuk membeli buah kepada ibunya. Kebetulan, dirinya didatangi budak perempuan berketurunan India yang menawarkan khidmat mencuci kereta.
“Dia tanya kalau saya nak basuh kereta. Pada mulanya saya kata tidak tetapi sebab dia pakai baju seragam sekolah dan saya ingat ada seorang lelaki berjalan bersama sebuah baldi dan kain lap di bahunya. Lantas, saya fikir lelaki itu mungkin ayahnya.”
Saya tanya budak tu, berapa? Dia kata ikut abang (terpulang untuk bayar berapa). Saya kemudian tanya dia, siapa basuh kereta? Dia jawab ayah. Saya kata OK dan cepat-cepat keluar dari kereta,” Ujar Adi yang memuat naik kisah berkenaan di laman facebooknya.
Menurut Adi lagi, budak perempuan yang masih menggalas beg sekolah di bahu itu kemudian berlari ke arah bapanya di hujung simpang, sebelum bapanya berpaling ke arahnya lalu berjalan sepantas mungkin sambil membawa baldi yang dipenuhi air.
“Saya kemudian berjalan ke arah dia dan berikannya duit dan beritahu ambil wang. Tak perlu cuci kereta saya OK,” katanya.
Rupa-rupanya, lelaki tersebut, Sukumaran Sanmugam sedang mengumpul wang untuk membeli buku sekolah untuk anak perempuannya.
Sukumaran yang berusia 40 tahun mengambil upah mencuci kereta di jalanan sejak lebih dua tahun lalu, dan pendapatannya bergantung kepada sumbangan ihsan orang ramai dengan kadar yang tidak menentu.
“Saya tak pernah menetapkan berapa harga untuk cuci kereta. Bukan senang nak dapat pelanggan sebab sekarang ni sudah ada banyak kedai mencuci kereta.”
“Berapa yang mereka nak bayar saya terima. Sebab bukan senang, kalau hujan tak dapat cuci kereta. Ada masa saya dapat RM20 sehari, paling tinggi RM70 sudah cukup bersyukur,” katanya yang tinggal bersama isteri dan anak-anak di Padang Jawa, Shah Alam dengan kadar sewa RM350 sebulan.
Disebabkan tidak mengenakan caj yang tetap, bapa kepada dua orang anak ini tetap sedia untuk mencuci kereta walaupun ada pelanggan yang hanya mahu membayar RM1.
“Ada pelanggan kata kalau RM1 saja dia OK untuk keretanya dicuci. Saya terima dan saya cuci keretanya. Lepas cuci, dia hidupkan enjin dan saya ingatkan bayar saya tapi dia pergi macam tu saja. Tak sempat nak merasa RM1 tu, nasib saya kena tipu.”
Rentetan daripada itu, dia bersyukur dipertemukan dengan Adi yang memberikan sumbangan untuk beli buku sekolah buat anaknya. Bukan itu sahaja, Sukumaran turut menerima bantuan daripada orang ramai yang digunakan untuk perbelanjaan keluarganya.
Anak perempuannya, Shariminy yang berusia 12 tahun, pula memberitahu, dia sering membantu bapanya mencuci kereta di sekitar Shah Alam selepas tamat waktu persekolahan.
“Ayah pernah terlibat dalam kemalangan. Jadi tangannya pernah patah dan dimasukkan besi. Dia tak boleh buat kerja-kerja berat sebab kadang-kadang tangannya sakit dan perlu dirawat.”
“Sebagai anak sulung daripada dua beradik, saya cuba tolong ayah. Dia cuci kereta, saya tolong lapkan. Saya buat pun lepas waktu sekolah sampai petang, di rumah saya boleh belajar,” katanya sambil menambah, bapa menghantarnya ke sekolah setiap hari dengan menaiki motosikal sebelum memulakan kerja sebagai tukang cuci kereta.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.