Fazura menerusi laman instagramnya berkongsi gambar ketika zaman sekolahnya membuatkan ramai yang teruja. Apatah lagi, mommy Fatima tampak comel dan cukup bergaya walaupun masih kecil.
Tidak dinafikan, setiap daripada kita pasti menyimpan memori semasa zaman kanak-kanak kan. Apabila dikenangkan kembali tersenyum sendiri lebih-lebih lagi jika memori itu cukup manis.
Perkongsian pemilik nama sebenarnya Nur Fazura nyata meraih perhatian ramai. Dia memuatnaiksekeping gambar bersama rakan-rakannya di sekolah rendah.
Apa yang mencuri tumpuan adalah penampilan isteri kesayangan Fattah Amin yang tampil bergaya, berbeza dengan rakan-rakannya yang lain.
Fazura dilihat memakai T-shirt berwarna pink, bercermin mata gelap, memakai rantai dan beg tangan. Manakala rakan-rakannya memakai uniform sekolah.
Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai. Rata-rata menyatakan Fazura seorang yang pandai bergaya sejak dari kecil lagi. Malah lihat sahaja gayanya di dalam gambar tersebut. Memang sah, dari kecil dah pandai bergaya.
Perkahwinan adalah ikatan kasih sayang antara suami isteri. Hubungan yang terjalin sudah pastinya memerlukan tolak ansur antara suami isteri.
Ketahui cara bagaimana membina kebahagian rumahtangga
1. Hidup Saling Lengkap-Melengkapi
Melayari bahtera perkahwinan bukanlah seperti kehidupan ketika anda bujang dulu. Ia memerlukan komitmen dan perkongsian hidup dalam pelbagai aspek. Sentiasalah ingatkan dalam diri anda bahawa perkahwinan yang bahagia boleh dicapai dengan anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Bantu pasangan anda jika dia mempunyai masalah dan cuba atasi kelemahan dia.
2. Suami Libatkan Diri Juga Dalam Urusan Rumahtangga
Sebagai suami, anda tidak boleh abaikan 100% urusan kerja rumahtangga dan hanya mengharap isteri anda. Sekali-sekala, ringan-ringankan tulang anda untuk membantu isteri di dapur atau mengemas rumah. Peruntukkan sedikit masa cuti hujung minggu anda membantu isteri.
3. Ringankan Mulut Memberi Pujian
Sentiasa beri pujian kepada pasangan anda. Tak kira samada anda seorang suami mahupun isteri. Mulakan dulu. Memberi pujian merupakan cara anda menunjukkan anda menghargai kehadiran pasangan anda dalam hidup anda serta ia boleh menggembirakan hati dia.
4. Jangan Sering Memperkatakan Kelemahan Pasangan
Elakkan suka memperkatakan kelemahan pasangna anda. Ini merupakan perkara yang sensitif di mana, kelak boleh menyumbang kepada berlakunya pergaduhan konflik dalam rumahtangga. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kelemahan dalam soal seks. Bincang secara baik bersama pasangan anda jika anda mengalaminya.
5. Elakkan Ungkit-Mengungkit
Satu lagi kesilapan yang harus anda elakkan ialah elakkan daripada mengungkit pekara-perkara yang silam. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau membantu dia, jangan ungkit-ungkit perkara tersebut. Ini menunjukkan anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan.
6. Jaga Penampilan Setiap Masa
Sebagai isteri, ini merupakan salah-satu tanggungjawab anda. Sentiasa tampil dengan kemas dan menawan di mata suami anda. Ini boleh memberi mood yang baik kepada suami anda seterusnya dia akan lebih sayang anda. Suami juga harus jaga penampilan diri mereka. Cukur ‘bulu-bulu’ yang ada di muka anda.
7. Pelihara Kebersihan Kamar Beradu Anda
Bilik tidur anda merupakan tempat terpenting dalam hubungan suami-isteri. Inilah di mana kemuncak cinta anda berdua akan direalisasikan. Pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih dan kemas. Jangan biarkan kain baju kotor bersepah. Adalah juga dinasihatkan anda cuci cadar, selimut dan sarung bantal anda sebulan sekali sekurang-kurangnya. Semburkan wangi-wangian yang boleh ‘membangkitkan’ ghairah anda berdua.
8. Beranikan Diri Untuk Mulakan Dulu
Sebagai isteri, anda tidak harus hanya bersikap menyerah diri dan tunggu suami anda mulakan aktiviti berbentuk seks. Sekali-sekala, anda mulakan dulu. Mulakan mencium dengan penuh ghairah suami anda. Jadi lebih aktif dalam hubungan seks. Pasti suami anda bertambah-tambah sayangnya kepada anda.
Sumber: ikahwin.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hal rumah tangga terutama yang membabitkan sensitiviti memang tidak wajar didedahkan kepada orang luar. Lebih-lebih lagi mengadu domba dalam media sosial jika tidak berpuas hati pada pasangan.
Namun, itulah situasi yang berlaku sekarang. Ada sesetengah pasangan yang menggunakan media sosial sebagai tempat melepaskan geram kepada pasangan mereka tanpa sedar perbuatan tersebut sebenarnya membuka aib pasangan.
Penceramah bebas Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Dini dalam satu perkongsian menegur agar pasangan suami isteri tidak berkongsi mengenai hal rumah tangga di media sosial.
“Jika terdapat masalah yang timbul dalam hal perkahwinan, perlu dijaga aib masing-masing. Hal rumah tangga tak boleh sewenangnya diceritakan di media sosial. Suami dan isteri perlu jaga aib masing-masing.
“Meskipun ada hal yang berlaku dalam perkahwinan, itu hanya milik kita dengan pasangan. Termasuk hal di bilik tidur. Tahanlah diri dari mengikut emosi dan meluahkan di tempat yang salah,” tulisnya lagi.
Cabaran menghias rumah kampung peninggalan keluarga agar terlihat moden dan cantik tentu ada kesukarannya yang tersendiri. Pun begitu, dengan sentuhan magis Puan Siti Jamilah Ahmad ini, siapa sangka rumah kayu yang dihuni terlihat indah dan kemas bergaya pada dekorasi dalamannya.
Mengetahui kisahnya lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Saya sekeluarga tinggal di rumah ini sejak lepas kahwin, ini memang rumah turun temurun peninggalan famili. kalau hendak dilihat, renovation hanya saya lakukan pada bahagian dapur. Di mana saya sudah ubah suai buat batu, cuma bahagian asal rumah saya tak usik. Sekadar buat pun cat dan tampal walpaper sahaja.
Kiranya sekarang ini saya tinggal di rumah ini bersama anak beranak, 6 orang semuanya. Anak-anak semua sudah besar, anak sulung 23 tahun usianya dan yang bongsu akan duduki peperiksaan SPM tahun ni, yang lain semua kat U.
Bercerita tentang konsep dekor rumah ini, sebenarnya saya sendiri yang tentukan. Saya memang minat konsep moden. Kalau hendak dibanding antara saya dan suami dalam hal cerewet menghias ni, kira senang cakap dua-dualah cerewet.
Jadi situasi rumah ini memang beginilah dari masa anak-anak masih kecil hinggalah sekarang sudah besar panjang. Saya akan pastikan rumah akan sentiasa kemas dan bersih. Anak-anak masa kecil dulu memang saya didik agar tidak usik barang-barang.
Barang deco kebanyakan saya suka beli kedai eco sebab murah boleh bajet, jika ada bajet lebih saya suka pergi ikea dan kaison.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...