Asyik melihat HP tanpa hiraukan anak yang meminta perhatian? Malah ada yang sanggup memarahi apabila diganggu.  Tidak hanya di rumah, bahkan di luar ketika makan bersama keluarga atau teman,  tangan galak memicit-micit mahu menumpukan perhatian pada Hp.

Situasi ini bukan perkara baru malah ia adalah gambaran masyarakat sekarang yang hidup bertuankan Hp. Sehinggakan ada yang mengabaikan anak keluarga.

Di dalam satu perkongsian, Ebit Lew bercerita mengenai kisah yang pernah berlaku ketika dalam satu seminar yang beliau kendalikan sebelum ini. Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.


Semasa keluarga sunnah soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam.

Sampai rumah pegang phone

Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main gadget

Takde langusung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji. Tidak dibelai,disayangi dan diberi perhatian..

Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi pe ghuni langit.

Suapkan isteri dan anak

IKLAN

Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahmati keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.

Masa berharga bersama keluarga

Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta’lim dan Majlis ilmu.

IKLAN

Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita..sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.

Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan.

Menangis depan Allah

Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena..

Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kuramg 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu-ebit lew & Airis HayFarayqal di Matrade KeluargaSunnah.