Sudah pastinya apabila melakukan pengubahsuaian rumah perlu dilakukan dengan cara berhemah terutama melibatkan sejumlah peruntukkan.
Bagi pasangan suami isteri ini, setelah agak terkilan apabila pakej membuat kabinet dapur tidak disertakan dengan backsplash.
Malah jika mahu memasangnya mereka perlu menambah kos ribu ringgit lagi. Menyedari akan peningkatan kos, suami isteri ini secara tidak sengaja mendapati terdapat produk Backsplash DIY (Aluminum Backsplash Wall Tile) yang murah.
Ikuti lanjut perkongsian mereka.
Ads
_________________
Cabinet buat hrga dah ribu2..igt kn dah termasok skli dgn backsplash..rupanya belum lagi..duit dah habis dekat cabinet n accessories dapur yg lain..tanya tukang berapa plk kos nk buat backsplash..tukang ckp paling murah rm500 depend jenis mcm mana nk buat..boleh cecah ribu2 lgi..mana nk cekau duit lgi..last kami decide hold dlu..duit byk lagi nk guna untuk benda lain..
Ads
Finaly terjumpa benda alah ni dengan xsngaja di tempat yg xde kena mengena pon..harga pon jauh murah rm5/pcs..so kami terus beli n pasang sndri..hasil tersangat luar biase dengan modal hanya rm80 kami dapat hasilkn backsplash yg cantik di mata kami.
Sebenarnya backsplash diy ni ada je jual d sesetengah kedai mr DIY tapi sllu nye stock xckup..xbyk pilihan..hrga dlm rm8/pcs..kalau korang rajin mencari dekat shopee pon ada..cume sama ke x tu sy xpasti semoga bermanfaat untuk semua.
Baru masuk tahun baru, rasanya ada yang dah rasa sesaknya kewangan. Iye lah, itu nak bayar, ini nak bayar. Tiba-tiba ada kecemasan, terus tak tahu nak cekau kat mana duit.
Nak berhutang, better jangan biasakan diri. Sebab bila dah terbiasa, takut jadi susah pada diri. Seperti yang dikongsikan oleh cikgu Fadli Salleh ni. Jom sama-sama ikuti perkongsiannya.
Cerita tentang hutang.
1. Berhutang untuk bayar hutang tak menyelesaikan masalah. la hanya menambah beban dan mengusutkan fikiran.
2. Ramai yang terperangkap dalam hal hutang. Ali hutang dengan Abu RM1000. Abu mula minta hutang dia, Ali tak ada duit, Ali pergi pinjam dengan Siti pula.
3. Siti tak ada RM1000, dia cuma boleh bagi RM300 sahaja. Ali pinjam RM300, bayar kat Abu RM200 dulu, RM100 guna untuk keperluan diri. Hutang Ali dah jadi RM1100 dengan dua orang pemiutang. Lagi pening bila dua serentak minta hutang.
4. Ali mula mencari Sarip nak pinjam duit. Sarip bagi RM300. Ali bayar kat Siti RM100, kat Abu RM100. Dia guna RM100 lagi. Hutang dia dah jadi RM1200 dengan 3 orang pemiutang. Lagi ramai dia pinjam, lagi pening kena tekan.
5. Kitaran begitu takkan terhenti. Sama kes orang start pinjam along. Nak bayar bulanan along ni, pinjam along sana. Last-last pinjam dengan 4-5 along serentak dan tak mampu bayar semuanya.
6. Kalau kalian berada di tempat Siti atau Sarip, tak perlu bagi Ali berhutang dah. Biar dia settle sendiri dengan Abu tu.
7. Kalau kalian berada di tempat Ali, jangan pinjam dah dengan Siti dan Sarip. Minta tempoh masa dengan Abu untuk settlekan hutang. Cukup berhutang dengan seorang, jangan tambah bilangan pemiutang. la hanya menambah masalah
8. Soalnya macam nak settlekan hutang Abu tanpa berhutang? Caranya tiada lain kecuali DUA cara ini
A) Kecilkan komitmen.
– Ada dua kereta, jual satu. Pakai satu cukup.
-Guna motor pergi kerja atau mana-mana
melainkan keperluan bawa kereta. Jimat banyak bawa motor.
– Yang merokok, berhenti merokok. Jimat dah situ. Tak mampu berhenti serta merta, tukar pada rokok daun sudah. Tak payah eksen hisap D Blend lah.
– Netflix, Astro, barangan ansuran terminate semua. Tak perlu pakai masa tengah sesak ni. Dapat jimat lagi.
– Bil elektrik dan air cuba jimatkan semaksima mungkin. Tutup letrik bila tak guna. Jangan bazirkan air. Dah jimat lagi. Tahan keinginan nak tengok wayang ke, nak minum Starbucks ke, nak beli blender viral ke. Tahan selagi hutang tak settle. Nampak nilai segelas Starbucks cuma RM16 sahaja. Tapi kalau sebulan kau beli 5x, tak ke dah jimat hampir RM100 kalau tak beli?
– Makan di rumah. Memasak. Jimat sangat banyak. Kalau berjimat dan kecilkan komitmen seperti cara di atas, aku yakin banyak ratus juga kalian akan dapat lebihan setiap bulan. Lebihan tu terus je bayar ansur-ansur kepada Abu sampai hutang settle.
B) Jana side income
Buat apa jua kerja yang boleh jana income tambahan.
– Jangan gatal-gatal cuba nak berniaga. Kerana berniaga perlukan modal. Dan berniaga tak semestinya untung. 3-6 bulan pertama perniagaan biasanya dalam rugi sebelum orang kenal produk dan perniagaan kita.
– Buat job yang tak perlu modal. Contoh, bawa grab. Food panda. Jadi runner beli barang.
Boleh juga jadi dropship apa-apa produk. Jadi dropship tak perlu sesen modal pun. Bahan pemasaran semua mereka sediakan. Mudah.
Okeh. Tu ja perkongsian pagi ni. Sedikit panjang, namun InsyaAllah bermanfaat.
Jika hendak menyambut hari raya biasanya, kita akan membuat pelbagai persiapan termasuk mencuci barang kemas agar kelihatan baru dan berkilat. Biasanya jika pergi ke kedai pastinya akan dikena upah cuci barang kemas. Oleh sebab itu, ramai yang akan membuatnya setahun sekali.
Tetapi dengan petua yang dikongsi oleh puan Lyza Norliza memberikan panduan yang amat berguna untuk dipraktikkan.Tak perlu tunggu hari raya. Boleh cuci bila-cila masa. Confirm nampak baru dan bersinar. Boleh lah kita berjimat cermat.
MUDAHNYA CUCI BARANG KEMAS
Malam ni nak kongsi sikit macam mana nak cuci barang kemas. Tak payah susah-susah nak pergi ke kedai emas nak cuci barang kemas. Petua ini sudah lama saya guna dan tak pernah sekali pun pergi cuci barang kemas di kedai. Jimat duit + tak risau mereka kikis emas kita semasa ‘proses mencuci emas’.
Caranya mudah, hanya dengan menggunakan cecair pencuci Sunlight dan berus gigi sahaja. Nak guna asam jawa pun boleh juga.
Pertama, rendam dulu dengan air suam dan tuang sunlight ke dalam bekas air suam tadi dan biarkan selama 1/2 jam. Selepas itu boleh gosok kotoran yang melekat pada emas anda.
Berus dengan menggunakan berus gigi yang elok. Jangan guna berus gigi lama yang sudah terkangkang itu sebab berus gigi begitu susah nak tanggalkan kotoran yang melekat.
Langkah terakhir, selepas diberus, bilas barang kemas dengan air paip dan rendam semula dalam bekas dengan air paip juga dalam tempoh 10 minit. Selepas 10 minit, boleh lap barang kemas anda dengan kain kering dan hasilnya memang nampak seperti baru beli.
Orang tua-tua kata orang perempuan kena pandai memasak untuk pikat hati suami dan anak-anak.Wanita pandai memasak adalah wanita yang menjadi kesayangan suami. Malah air tangan isteri itu adalah pengikat kasih suami dan anak-anak.
Oleh sebab itu, ramai isteri akan memastikan dapur kemas supaya mood memasak sentiasa ada setiap hari. Selain memasak hidangan kegemaran keluarga, kelengkapan dapur juga perlu sentiasa bersih dan kemas.
Lantaran itu, ramai wanita sering mencari petua yang mudah supaya dapur sentiasa dalam keadaan sempurna.
Menariknya perkongsian seorang wanita ini menerusi facebook miliknya, beliau berkongsi masalah untuk mencari penyelesaian bagi membersihkan periuk memasak yang sukar dicuci untuk menghilangkan kerak hitam.
”Hai,lari topik kejap. Nak tanya periuk ni nk cuci mcm mana nk hilangkn hitam-hitam ni..sayang sungguh periuk ni.”
Hantarannya itu telah mendapat maklum balas daripada para wanita yang berkongsi petua. Antaranya
Petua 1
“Saya beli klorok botol warna koko (untuk mozek) kt kedai eco..dia mcm asid.. mmg kuat dia punya cecair..sy dh try buat kt bontot kuali sy..buih² bila trkena kotoran.. lpas letak tu,biarkan dulu beberapa mnit..yg berkerak dia tnggal sndiri..yg susah nk tnggal tu sental² skit.. in syaa allah nmok beza sblum slpas”
Petua 2
“Saya Guna jenama ZIP yg ada serbuk bikarbonat tu”
Petua 3
“Pernah tengk video org share guna baking soda brand hammer n lemon je. Tabur baking soda. Perahkan lemon. Lepas tu tonyoh guna lemon tu.”
Petua 4
“Sy pernah buat experiment dulu. Pakai kulit limau,baking soda. Blend jadi mixture yg kasar. Then nnti lumur pd bahagian karat tu. Biar beberapa jam, sental balik dgn berus/sponge yg jenis hijau blakang tu pun boleh. Cuba lah try kot jd. Sy pernah buat dia jadi tp kena kuat lah sikit sental.”
Petua 5
“Guna sabun mandi buku Lux. Lumur sabun pada bahagian hitam biarkan dlm 5 min… Lepas tu baru sental guna sponge hijau yg kasar. Insha allah hilang tapi kalau kotoran yg lama tu kena buat 3 atau 4 kali seminggu baru boleh hilang semuanya.”
Petua 6
“Sabun cap buruh tonyoh gan pengaras berkilat”
Petua 7
“lubang² api tungku dapur tu kena cuci ‘ jolok² p lah gan dawai halus bagi api jdi biru kalau merah mmg hitam bontot kuali periuk.. Nti kuali xhitam.”
Petua 8
“baking soda + cuka masak. x payah rendam ke dgn air panas, tuang terus . tunggu 5 mnit ke 10 . sental guna span hijau kuning yg brand scoth
Petua 9
“Api kuat sangat tu time masak. Lepas tu, tiap kali habis masak. Sental je guna cream cif dan besi tu, apa nama dia ntah. Sy pun guna kuali tefal. Dulu malas sental tiap kali lepas masak bontot dia tu, lama2 mmg jadi mcm tu. Solution nye, kena rajin sental tiap kali lepas masak, dan api jangan kuat sangat.”
Petua 10.
“Baru nampak kat YouTube tadi: didihkan air + soda bikarbonat, rendam periuk kejap then sental² manja. Siap.”
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.