Jika reda anak datang daripada reda ibu bapa maka reda isteri datang daripada reda suami. Isteri yang solehah akan menjadi ketua bidadari di syurga nanti sedangkan isteri yang nusyuz tempatnya di neraka.
Justeru, isteri wajib mengikut perintah dan faham kehendak suami. Kerana itu, antara rela dan terpaksa, si isteri akan akur biarpun terselit rasa kecewa. Namun, sejauh mana suami cuba untuk memahami keinginan atau apa yang disukai oleh sang isteri. Arahan macam mana yang membuatkan isteri boleh terima tanpa terpalit perasaan ‘terpaksa’. Cubalah fahami.
Jangan terlalu melihat ‘derhaka’ isteri, sehingga kita melupakan ‘derhaka’ kita sendiri. Sama-sama kita hadam perkongsian indah dari Mizan Dzai ini.
SUAMI DERHAKA
=============
Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya derhaka pada suami tapi bagaimana kalau suami menyakiti hati isteri?
Jawapan Ustaz :
Berdosalah juga cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditandai oleh Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.
Kerana isteri, rezeki kau bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriat kau.
Kerana isteri, makan pakai kau dijaga.
Ads
Kerana isteri, tenang hati kau.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata kau.
Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela kau yang tersembunyi dari pandangan mata kau dan masih menerima kau seadanya.
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka walaupun kecil dimata kau tapi besar untuk dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buat kau wahai yang bergelar suami.
Mengapa Wanita sering menangis?
Ads
Jawab Allah :
Kerana Wanita itu unik. Aku ciptakan mereka sebagai makhluk yang istimewa.
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.
Ads
Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi.
Wanita makhluk yang tabah dan kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana aku beri air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
Wanita itu tersangatlah istimewa.
Kirimkan pada Wanita yang kau sayangi.
Kirimkan juga pada lelaki agar mereka lebih menghargai Wanita.
Dan agar kau tahu bahawa Wanita itu adalah ciptaan Allah yang istimewa.
Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana?
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan bukan hanya bab penjagaan yang dititikberatkan. Kena ingat juga, bela kucing bukan sekadar makan minum je, kebajikan kucing dan orang sekeliling terutama jiran anda juga patut kena jaga. Jangan sampai anda menerima aduan mengenai bau yang kurang menyenangkan atau si comel anda mengganggu ketenteraman jiran.
Sebagai jiran, kalau tak nak kucing orang lain datang ke rumah gunakan petua mudah ini. Ynag penting kucing jiran anda takkan berani dekati. Cukup mudah dan yang penting kaedah ini tidak akan menyakiti kucing tersebut. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim.
Moga dapat membantu! KAEDAH MENGHALAU KUCING TANPA MENYAKITI Halaman rumah saya memang menjadi tempat parkir kucing. Saya tidak meminati kucing namun tak sampai pula menyakitinya. Kesan cakar dikereta, motor, dan najisnya memang benar-benar menduga kesabaran. Namun saya ingat ia ujian kesabaran. Pesan saya kepada mereka yang meminati kucing, semestinya memelihara dengan haknya. Makanan dan kediamannya, najisnya serta yang bersangkutan dengannya agar tidak menyakiti jiran tetangga. Jenuh mencari cara bagaimana harus dibuat dengan kucing. Nak dibuat yang bukan-bukan, Islam tidak benarkan. Alhamdulillah bertemu juga satu cara yang baik dan tidak menyakiti kucing. Iaitu MENTIMUN BATANG. Rupanya kucing takut dan menjauhinya. Cuba letak dimana.mana. insyaAllah kucing tidak akan datang dekat. Sebabnya Wallahu a’lam. Saya tak tahu. Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam kesibukan hidup harian, dengan kerja tak habis-habis, nak kejar dateline, urus rumah tangga lagi, kita mungkin ada terlepas pandang saat-saat kecil yang sebenarnya...