Suami Kalau Isteri Layan Kdrama Biar Je, Ini Antara Cara Melaka Elak Emosi ‘Burnout’
Burnout dalam terma psikologi merujuk kepada keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada individu akibat pendedahan kepada tekanan yang berpanjangan. Ia berlaku apabila kita tidak lagi mampu menampung tekanan apabila sumber kekuatan kita dalam menghadapi tekanan selama ini semakin menyusut.
Burnout sering dilihat sekadar stres biasa namun ia perlu diberi perhatian yang wajar kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan mental sekiranya tidak ditangani dengan baik. Sebagai contoh, jika seorang suri rumah dalam keadaan ‘burnout,’ mereka akan berada dalam keadaan kelesuan melampau sehingga tidak lagi mengendahkan apa yang terjadi kepada keperluan rumah tangga.
Analogi yang mudah adalah seperti kenderaan yang kehabisan bahan api untuk menggerakkan enjin. Dalam keadaan ini mereka tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya. Antara gejala burnout ini adalah seperti sentiasa berasa penat, ada masalah tidur, tidak bermotivasi untuk bekerja, sering marah-marah dan juga sakit badan dan sendi.
Perkongsian Doktor Redza Zainol ini di laman sosial twitter memberitahu bagaimana isterinya menangani masalah burnout ini.
Saya perhati je dari pagi.
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Ads
Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.
Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ini sia-sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.
Itu dulu.
Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang.
Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.
Ads
Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.
Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira.
Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.
Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.
Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi itu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.
Ads
Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.
Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.
Bosan dengan hidangan rumah terbuka yang sarat seperti rendang, ketupat serta aneka mi. Apa kata anda cuba resipi ringkas ini di hujung minggu. Jagung rebus atau bakar yang dimakan ketika panas pasti buat anda terangkat.
Jagung rebus yang sememangnya enak dijadikan makanan sendalan tidak terasa ‘kosong’ dan hambar dengan adanya sokongan rasa enak dan lemak dengan menggunakan petua ini. Bagaimana?
#PETUA 1
BAHAN-BAHAN:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
Air secukupnya
Sebelum merebus pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih. Kemudian rebuslah seperti biasa dan ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan. Biarkan jagung direbus hingga masak. Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.
#PETUA 2
BAHAN-BAHAN:
Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya
Rebus jagung selama 15 minit dan angkat jagung. Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keluarga bahagia adalah impian setiap pasangan suami isteri. Dalam membina sebuah rumah tangga sakinah dan mawaddah sudah tentu cara hidup bertunjangkan kesopanan dan tata tertib yang baik.
Namun sejak akhir-akhir ini segelintir keluarga semakin alpa dengan kehidupan sebegitu. Ada yang tanpa segan silu memaparkan kehidupan dan pandangan kepada umum tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
Sebagaimana perkongsian wanita ini meluahkan rasa kebimbangan terhadap segelintir pasangan suami isteri yang hidup dalam persekitaran urban hingga lupa batas pergaulan dan etika ketika berbicara. Bimbang nanti jejas keharmonian keluarga.
Ikuti lanjut perkongsian wanita ini.
Sebelumnya saya terbaca lalu lalang di wall tentang rancangan temubual beberapa artis lelaki tentang keseronokan babak rogol. Yang berbincang di sana semua suami dan bapak orang. Yang ada isteri. Dan ada anak perempuan.
Tapi tu lah. Orang lelaki ada yang memang otak dia begitu. Lucah memanjang. Kalau tak takdalah pakcik kaki dah reput, gigi tinggal 3 batang pun boleh buat kelakar lagi dengan jiran katil sebelah masa buat senaman.
“Saya ni kaki je tak kuat. Yang lain kuat lagi. Kahkahkahkah!”. Halaaaa…suka sangat. Tu kalau tersedak tu, mahu minta nyawa tu. Tapi yang peliknya bila kita.
Perempuan. Isteri. Ibu. Lalu di wall saya semalam. Seorang perempuan post pada kawannya yang lain. Gambar lelaki. Hanya bertutup daun keladi. Ada banyak gambar. Tapi saya scroll sebelum ternampak yang lebih huduh lagi.
Tak lama selepas kisah minggu lalu. Seorang ibu dan isteri post gambar artis lelaki korea di wallnya dengan emoji love bermata dua.
Tu kisah lepas beberapa bulan KJ dilantik jadi menteri. Bukan sikit ibu dan bini orang post senak dada, berdarah hidung, pecah ovari, tekak berkahak, halkum lekat, buasir.
Satu saja perkara yang boleh terjadi bila kita boleh rasa seronok post dan bercerita benda begini secara umum untuk dilihat orang. Normalisasi.
Bila anggap ia biasa
Kita tak rasa benda tu memalukan. Sedangkan dalam list ‘friend’ kita ada saudara mara, pakcik makcik, ipar duai, tok imam, ketua kampung, mertua, jiran dan mungkin juga anak kita sendiri.
Minat lelaki lain. Cakap benda lucah. Tengok aurat orang. Aurat sendiri juga. Semua benda aib. Yang patut kita malu. Dan kita tak bagi tahu orang. Tapi media sosial buat kita rasa normal benda tu. Semua orang buat. Apa salahnya kita pun buat.
Buat aksi pelik-pelik sebab itu adalah sumber nak bagi laku berniaga. Biasa. Makan dengan suami orang sebab dia kawan yang lama tak jumpa. Biasa. Borak dengan kawan lelaki dalam whatapps sebab dia kawan ofis. Biasa. Puji lelaki lain depan pasangan sendiri. Biasa.
Anak-anak meniru ibu bapa
Biasa yang moga kita tidak lagi biasakan sebab anak-anak kita melihat kebiasaan ibu untuk jadi kebiasaan dia.
Paling sakit bila kita tegur anak-anak tapi anak-anak jawab, “Mak pun sama”. Bila benar ibu adalah ibu, maka dia adalah guru dalam rumahtangga. Kadang asbab dia bukan anak-anak saja, suami pun juga boleh berubah sama. Kalau…
Besar dan kuat pengaruh kredibiliti dia. Sebagai perempuan, isteri, ibu.
3 perkara yang saya perhati bila dipelihara sebaiknya meningkatlah penghormatan diri seseorang wanita walau dia bukan siapa-siapa. Akhlak. Ilmu. Malu. Moga kita lebih bijak seiring usia. Moga kita lebih matang seiring tua.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tidak risau apabila melihat anak kesayangan di sahkan positif Covid-19 silih berganti.
Begitulah duganan yang dilalui oleh selebriti popular, Sharifah Shahirah anak sulungnya, Allisya Tahir telah disahkan positif, selang seminggu anak bongsunya pula di sahkan positif Covid-19.
Muat naik terkini penyampai radio terkenal ini menarik perhatian ramai peminat selebriti ini di media sosialnya. Sharifah Shahirah memuatnaik beberapa foto dan video situasi anak bongsunya setelah dijangkiti virus berkenaan berserta kapsyen yang menunjukkan dirinya tabah dan redha ujian yang dihadapinya.
Malah katanya, sebagai ibu sudah tentu kena biasakan diri untuk menjaga anak yang dijangkiti virus Covid-19.
“Pastu mak dia nak jaga camna? Mak dia kena jaga kenalaa kan dah tentu …kena kerja..lalalalala..kena biasakan…semua biasakan.”
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di