Kek coklat Moist versi kukus, mudah dan sedap. Anak-anak pasti sukakannya. Buat untuk hidangan minum petang nanti memang sesuai ni.
Jom admin kongsikan resipi kek kegemaran ramai ini. Resipi asal adalah daripada puan Nora Syikin
Bahan-bahan:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
– semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.
Bahan ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
– adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang(sapu dlu minyak@marjerin keliling acuan@loyang). Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau tak melekat dh masak.
Ads
Topping
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.
Roti Jala memang sudah selalu kita jamah. Kiraian roti yang dicicah bersama kuah kari pekat ini memang terangkat kalau tengah lapar.
Tapi itu kisahnya dengan Roti Jala biasa. Bagaimana pula dengan Roti Jala Coklat? Siap kuah coklat lagi. Tengok gambar sahaja sudah rasa terliur dibuatnya. Inikan pula mencuba sendiri di rumah bersama anak-anak. Pasti anak-anak tak sabar dan berebut-rebut nak makan.
Resipi awesome ini dihasilkan oleh adik Muhamad Fadzul Illahi Azhar di facebooknya. Mulanya dia sekadar mencuba, mana tahu ada yang suka dengan roti jala coklatnya.
Tak sangka pula Roti Jala Coklat Bersos Coklatnya mendapat perhatian ramai. Malah katanya ramai yang tempah lagi dan lagi. Wow!
Dari saja-saja buat makan, sampai la menjadi duit poket. Hari ini saja saya dapat tempahan 70 set. Saya ingat orang tak suka. Saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan. Saya nak sis-sis yang tak buat apa-apa kat rumah. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT. Sama-sama kita kongsi ilmu. Yang mana dah share sebelum ni bagus la, yang belum share silakan.. saya halalkan.. ☺ tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.. saya jual 1 bekas RM5 ADA 7 KEPING.
GUNA KUALI NONSTICK
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sb serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sb gula
Sedikit garam
3 sb minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan (jangan pekat sangat jangan cair sangat)
Caranya:
1. Kacau semua bahan dalam satu mangkuk, lepas tu blend hingga halus.
2. Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari, tu adunan cantik.
3. Kalau blend adunan tu xda pusar atau pusar kecik, masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
Kunci kebahagiaan sesebuah keluarga bukan didasari harta dan wang ringgit semata-mata. Sebaliknya tahu akan tanggung jawab masing-masing. Kerana itu, keperibadian pasangan kena ambil tahu, jangan hanyut dan suka melihat luaran, sedangkan dalaman kita tak tahu. Akhirnya rumah tangga berantakan.
Dalam satu perkongsian oleh Profesor Madya Yasmin Hanani Mohd Safian, beliau menasihati kaum wanita supaya menyiasat terlebih dahulu latar belakang calon suami supaya tidak timbul masalah dikemudian hari.
Perkongsian pensyarah dari Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat lebih 10 ribu tanda suka dan lebih 9 ribu perkongsian di Facebook.
Kes benar Lelaki penagih, isteri kerja kerajaan. Bila suami kena tahan di lokap, keluarga lelaki cari si isteri minta tolong jamin dari lokap. Keluar masuk lokap, keluarga lelaki suruh isteri jamin. Bila isteri nak minta cerai, keluarga laki tak bagi. Yelah sapa nak tanggung anak depa.
Mak bapa, abang-abang si lelaki semua sama dalam kes ni. Jangan tak tahu ramai keluarga mengahwinkan anak lelaki mereka yang bermasalah agar isteri boleh jaga anak lelaki mereka. Yang penagih Yang gay Yang kaki hutang sana sini.
Isteri professional juga ramai yg begini. Tak tahu sebab apa. HR ada data berapa ramai pekerja wanita berhutang jauh dari kemampuan kerana suami tak bertanggungjawab. Hutang kereta, rumah semua atas nama isteri.
Jadi orang perempuan jangan la syok sangat kalau famili lelaki datang meminang. Maaf kan bahasa saya kasar. Wanita dan keluarga wanita perlu tegas. Tak rugi eh tolak pinangan orang. Yang pandai cakap Yang nampak hebat Tulah yg bahaya.
Orang Arab berkali-kali pesan Lelaki walaupun solatnya sepanjang malam dan rajin puasa sunat, tetapi kedekut dgn anak isteri, bukanlah suami yang baik. Culas nafkah bukan perkara kecil. Namun, kita bukanlah demanding, cukup lah lelaki itu bersungguh bekerja. Rezeki tu Allah tentukan. Tapi kalau kerja pun malas, hutang pun atas nama isteri, hmm krik krik sajalah.
Alaa isteri sedekah saja pada suami, no bukan macam tu. Sebab tu orang Arab sangat particular bab lelaki pinang anak mereka.
Anak perempuan bukan bab mahar saja yg dibincangkan tapi risk assessment itu perlu dilakukan, tazkiah latar belakang. Janganlah rasa offended kalau bakal mertua check CTOS CCRIS PTPTN. Itu perkara asas bagi seorang laki iaitu kemampuan bayar nafkah.
Maka akan berkata lah lelaki, hmm macam ni banyak la zina, nak kahwin susah. Yang cakap macam ni sebab nak free seks sahaja. Nak seks tapi taknak bayar nafkah. Bila berkahwin kita kena bekerja, kalau tak kahwin pun memang kita kena bekerja untuk nafkah diri kita juga, kan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita semua pasti biasa mendengar ungkapan, sesungguhnya doa itu senjata bagi seorang mukmin. Di sini dikongsikan di sini satu kisah berkaitan doa daripada seorang suami yang benar-benar dapat merasa pergantungan kepadaNya dengan berdoa dan bukannya doa dibaca hanya sekadar lafaz di bibir. Semua ini berlaku setelah dirinya menukar kerjaya. Jom semak.
Doa ini sesuatu yang sangat berharga untuk manusia. Cuma kadang-kadang kita tak perasan. Mungkin sebab tak tahu atau tak rasa. Dulu waktu makan gaji, aku rasa hidup ini sudah terjamin. Gaji masuk tiap-tiap bulan. Walaupun tak seberapa, tapi bolehlah untuk keluarga kecil. Nanti bila naik pangkat, naiklah lagi gaji tu.
Waktu itu, berdoa pun sekadar melafazkan di bibir saja. Konon-konon, tak adalah nak minta apa sangat selain naik pangkat dan naik gaji. Tidaklah terlalu terdesak.
Sombong.
Sekarang bila tiada siapa yang beri gaji pada aku, melainkan aku perlu cari duit untuk menggaji diri sendiri, baru aku tau langit tinggi rendah.
Bila aku mula berniaga, aku mula merasai betapa pentingnya doa itu dalam hidup. Aku beli banyak buku dan cari bahan bacaan berkenaan rahsia doa. Apa doa-doa yang Nabi ajar, doa dari Quran, apa punca doa ditolak, bagaimana nak dapat doa mustajab dan lain-lain.
Aku cakap terus terang. Bila kau duduk dalam situasi aku, kau akan tahu bahawa diri kau ini tiada apa. Kosong.
Kau bergantung seluruhnya pada Tuhan.
Kau buat apa pun, akhirnya nanti semuanya ditentukan oleh Dia. Tugas kau berusaha dan berikhtiar, hasilnya memang kau tak boleh jamin.
Kau buat marketing, sales, FB Ads, buka booth dan macam-macam lagi teknik jualan. Ada kala untung, ada kala rugi. Ada kala produk kau laku, ada kala tak terjual.
Dan siapa yang tentukan rezeki kau?
Tuhan.
Yang sebelum ini ketentuan rezeki-Nya aku mungkin tak ambil pusing, sebab kononnya dah tetaplah aku akan dapat slip gaji tiap-tiap bulan.
Sekarang, tiada tempat lagi aku nak minta selain dari-Nya.
Baru aku tahu erti pergantungan dan pengharapan kepada Tuhan. Setiap bait doa itu aku tuturkan bukan mainan kata semata-mata, tapi betul-betul datang dari hati. Seolah-olah seperti seorang manusia yang terkapai-kapai hampir lemas di laut dalam, minta diselamatkan.
Akhirnya tersedar, pentingnya doa untuk aku ‘connect’ dengan Tuhan, kerana hanya Dialah tempat mengadu dan minta pertolongan.
Usaha itu aku tetap lakukan. Ilmu jualan dan pemasaran, kelas-kelas perniagaan, kelas penulisan, semua aku cari. Itu tugas sebagai hamba.
Namun duit yang datang selepas itu, tiada siapa yang tahu berapa jumlahnya.
Ketika ini baru kau nampak, ada benda yang kau tak boleh kawal. Siapa sangka ada orang nak tawarkan kau projek juta-juta entah dari mana. Kadang-kadang kita buat promosi produk pada orang lain, tiba-tiba orang lain yang beli.
Semua benda dalam kawalan Tuhan. Mudah saja bagi Dia. Maka kau perlu minta pada Dia banyak-banyak.
Minta supaya Dia mudahkan urusan kau, perancangan kau berjaya, dan kau dapat hasil seperti mana kau mahu.
Kau sihat, kaya, perniagaan maju, semua sebab Tuhan izinkan.
Sebab itu aku sekarang banyak menulis tentang doa dan tawakkal, dua konsep yang penting dalam hidup bertuhan, namun sering kita terlepas pandang. Mungkin bukan kau, tapi aku yang kurang ambil berat sebelum ini.
Aku tak kata semua orang makan gaji dan berniaga sama situasi dengan aku. Mungkin orang lain semua ‘smooth sailing’. Cuma aku saja yang lalui pengalaman begini. Baguslah, peringatan untuk aku juga supaya dekatkan diri dengan Tuhan.
Apa-apa pun situasi kau sekarang, jangan tinggalkan doa dan tawakkal.
Kalau kau dah senang, kaya, sihat, anak-anak semua menjadi – kau doalah supaya kesenangan itu berkekalan dan berpanjangan.
Kalau kau dalam kesusahan, hutang keliling pinggang, anak tak dengar kata – kau doalah supaya Tuhan beri jalan keluar dan mudahkan urusan hidup kau.
Pusing ikut mana pun, sama ada kau sedar atau tidak, kau perlu selalu berinteraksi dengan Tuhan melalui doa dan solat. Kau tak lupakan Tuhan, Dia takkan tinggalkan kau keseorangan menghadapi kehidupan.
Doa, kawan-kawan. Satu senjata ampuh yang Tuhan sediakan untuk kita. Agar kita sedar, diri ini hamba dan tiada apa-apa melainkan Dialah pemberi segala-galanya.
Kecurangan suami di media sosial boleh mengundang dosa, aib dan risiko undang-undang. Ustazah jelaskan kenapa bukti perlu dibawa ke saluran yang betul.